Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Dec 23, 2015

BANYAKNYA BENDA NAK CERITA KAT KORANG NI


Apalah yang aku bizi sangat ni kan. Haaaaaaaa, itu nanti dah jadi bendanya baru boleh cerita. By the time nak jadi benda tu punyalah banyak benda nak kena setel. Huhu! Cuti sekolah ni gunakan masa semanfaat yang boleh.

Suami cikgu lah kata kan. Nak kata bizi tu takde lah sampai minum pun tak sempat, tapi pun boleh tahan jugaklah. Cikgu-cikgu ni banyak meeting tak di duga. Haha! Gelak tak ikhlas, =P.

Lepas tu Qery kan dia menggalas *ewah poyo sangat galas-galas. huhu* jawatan Ketua Guru Disiplin. Jadinya setiap hari kalau ada kes kes yang perlu di setelkan, dia kena lah setelkan dulu. Sebagai isteri, kena lah redho dengan siapa dan tugas apa yang suami kita galaskan.

Untuk next year, dengar-dengar kena jadi Ketua Guru Pengawas, bagi peluang kat guru lain pulak jadi ketua disiplin konon. Haha! Yang sebenarnya uolls tahu je lah perangai budak-budak ni. Dengan anak sendiri pun kita geram, ini kan pulak anak orang. Anak sendiri boleh marah and cubit kalau geram, kekekeke! Anak orang ni susah sikitlah. yang tau tu tau lah. Yang tak tau tu toksah tau lah. Buat pening je, hihi!

So cuti sekolah untuk sesiapa yang tak tau, kalau korang tengok kalender tu. Nampak macam banyakkkknyaaaa cuti sekolah cikgu. Sebulan lebih. Haaaaa, nampak banyak kan. Ekceli, minggu pertama cuti dan minggu terkahir cuti, cikgu-cikgu kena naik sekolah kerja macam biasa. Minggu meeting. Setelkan program-program yang bakal di buat untuk tahun depan. Siapkan kelas-kelas, siapkan kertas kerja.

Macam Qery dia pegang bilik Kemahiran Hidup, so dia akan pastikan bilik tu kemas, setiap tahun ada perubahan, mesti cantik, file-file mesti lengkap, bilik mesti ada warna warni yang boleh bagi murid-murid ceria. Gitu. Setiap tahun jugaklah aku akan melayan dia buat itu ini nak letak kat bilik KH. So Qery bukan minggu pertama dan minggu terakhir je dia datang sekolah. Esok ni pun dia kata nak gi sekolah sebab nak cat bilik KH. Nak koyak semua kertas-kertas yang tampal kat dinding, nak letak yang baru. Nak kemas bilik store PJK. Nak buat itu ini. Haih! Terlebih rajin, huhu!

So bila dapat cuti ni, barulah dapat setelkan kerja-kerja tertangguh. Pergi SSM, daftar pergi haji, nak bercuti sana sini. Walaupun aku tak suka bercuti masa cuti sekolah. Tapi tak ada pilihan. Haha! Kalau dah kata suami kau cikgu, maka, masa cuti sekolah je lah pun nak kemana-mana.

Ni ha sampai tak tau nak cerita apa kat korang tau, sebab banyak sangat dah pendingnya, huhu! Nak cerita pasal rumah, tunggu aku setel stok-stok pindah pegi tempat lain dulu. Rumah aku ni nak kata kecik tu tak ada lah. Alhamdulillah selesa lah anak beranak nak duduk tidur makan semua. Tapi sebab stok barang dah melampau-lampau, dengan bilik atas pun penuh, ruang dapur pun penuh, ruang makan pun penuh, sesak jugak napas aku nengoknya. Huhu!

Itu nasib baiklah Izz Qaiser tak memanjat. Tak tau lah tak memanjat ke atau belum fasa nak memanjat lagi ke apa kan, huhu! Tapi sebelum kejadian itu berlaku, baik aku pindahkan barang ni ke tempat lain. Boleh la bernafas sikit. Orang nak datang pun takde lah susah hati sangat. Bukan susah hati apa pun, orang nak masuk dapur tiap kali nampak stok tiap kali tu terkejut, hahaha! Banyaknya barang. Rumah dah tak macam rumah dah.

Lagi-lagi bila buat promo akhir tahun ni. Sepanjang bulan Dec ni kita ada buat promosi. Minggu pertama promosi loose item, minggu kedua promo bb cream, minggu ke tiga ni promo sakura mask. ha esok kita ada promo Set Skincare pulak.

Eh lupa nak bagitau uolls, sesiapa WARGA KELANTAN, Seqy beauty dan keluar dah kat corong radio Kelantan FM. Kot-kot lah korang nak gi jalan naik kereta gi memana tu, bukaklah Kelantan FM. Kat rumah pun boleh dengar tau. Hihi! Nanti kita masuk negeri lain pulak. Negeri lain jangan cemburu tau, mihmihmih!

Sekarang ni Izz Qaiser tengah nak melekat kat aku. Perut dah membesar ni makin galak pulak dia nak berdukung. Adui patah pinggang lah rasanya. Kadang tu stress betul tau bila tengok Qery jalan lenggang kangkung, hahahaha! Walaupun bukanlah salah dia pun, dah anak nak kat aku, nak buat macam mana kan.

Tapi berat kot. Dengan handbag ko pepaham je lah. Ada baju anak, ada pampers, ada botol susu, dengan barang-barang aku lagi. Lepas tu dengan aku dah semakin membesar ni nak membawa perut, dengan nak dukung Izz Qaiser yang dah lebih 10kg lagi. Adui tak terbawak rasanya. Kadang tu Izz Qaiser dia tetiba nak aku dukung, tak sempat la nak bagi handbag kat Qery, so semua aku bawak, haha!

Izz Qaiser pulak jenis nak Qery dukung, 30 saat lepas tu nak aku dukung, kang nak Qery balik, kang nak aku pulak. Eh tak kuasa aku nak pas pas handbag. Tu yang redho je. Tapi sakitlah pinggang dibuatnya. Lagi-lagi sekarang ni dia tak sihat sangat, lagi lah nak melekat kat aku. Siap kalau aku tak angkat, dia punya nangis tu macam kena dera. hentak hentak kaki baling baling badan. Aku mampu tergelak je. Huhuhu! Sebab rasa kelakar tengok perangai budak kecik tu. Dalam hati 'kalau mami pang sekaliiiiiiiiiiiiiiiii ni baru kau tahu erti kehidupan'. Tapi dalam hati je lah. =P

Haaaaa lupa lagi nak bagitau. Aku dah tak pakai dah number 012-2678134 tu. Dah sebulan kot. Ke lebih, tak ingat pulak. So kalau ada sesiapa nak contact, nak buat iklan ke, nak mintak iklan kat blog ke, nak iklan kat instagram ke, nak itu ke nak ini ke. Sama ada korang pm kat facebook aku, atau korang boleh dm kat instagram. Atau korang boleh email sepetsshop@gmail.com. Ha tapi kalau korang dah pm n dm or email tapi tak ada respon, silakan komen kat facebook atau ig bagitau suruh cek pm/dm/email. Biasalah aku ni memang dah fasa kena makan kismis bebanyak.

Ok tu je, nanti lepas edit gambar aku update lagi ye. baru transfer gambar kat komputer. Kebetulan gambar tu cantik cantik, rugilah kalau i tak menunjuk di sini, kahkah! Kbye

2 comments:

Yana Libra said...

bz nye ye :)

Hayati M Y said...

Awal awal lagi boleh la sepet nak dukung dia..
dah masuk 7 8 9 bulan.. mampu tengok jelaa..
gila letih kot beranak no 2 anak no 1 baru masuk setahun.
abes dia lanyaknyee badan kitaa. tapi baby dah keluar
suka tengok bila dak abg dtg cium2 adik dia. sayang laa konon, pastu tangan tarik kaki dia. hamboii~

http://kedinkyst.blogspot.my