Di kala aku tengah update ni, sebelah tangan tengah makan, sebelah lagi tengah menaip. Wow! Nampak cam workaholic sangat kan, padahal perut kenyang lagi. Tapi jenis tak boleh nampak makanan atas meja. Haha! Pasni senak la ni, pastu dah jadi pemalas asik nak baring je. Lumrah kejadian manusia (haha! padahal kau sorang je gitu), pandai tak i cover line. =P
Korang apa kabar? Dan dan tu tanya kabar, takde topik nak ajak borak lettew. Mihmihmih! Sejak semalam, banyak gak orang wasap cadang next booth untuk kitorang. Paling banyak Shah Alam and JB la. So kitorang pun tengah fikir-fikir lagi. Ada satu kat Shah Alam ni nak bukaknya bulan 4, tapi bulan 4 tu bulan aku nak beranak.
Nanti tak best lah kalau bukak booth aku takde kan. Aku kan retis, kahkahkah! Silakan muntoh. Aku ijinkan. (kembang2 hidung gelak). Aku lah rasa tak best, aku pun nak gak nyibuk kat situ, nak kepochi joyah2 sikit. Nanti kang aku tengok live update dari handphone je, boleh meroyan dibuatnya. Huhu!
Ada kat JB ni pulak, Qery nak tengok masa dia, risau dia ada kelas tambahan ke, gelas ganti ke, acara sukan ke. Kalau tak ada apa-apa, boleh la ke sana. Itupun dari minggu lepas aku suruh cek jadual dia, tak cek cek jugak. Sat lagi dia balik kang aku nak membebel. Huhu!
Aku ni pun boleh tahan gak, masa mengandung asik nak membebel je. Tapi kat Qery je lah. Haha! Tak boleh tengok dia senang, ada je aku nak bebelkan. Dia tido lena pun aku rasa tak puas hati. Hahaha! Psycho betul. Masa ngandung Izz Qaiser pun sama jugak perangai aku ni. Mak aku pun perasan dah kenapa la aku ni sikit-sikit nak marah. Huhu! Eh biarlah, masa ngandung je boleh marah. Kalau tak ngandung aku geram ketap-ketap bibir je. Kikiki! Aduhai, semoga Qery memaafkan dosa isterinya. Kalau tak susahlah nak beranak nanti. (>_<)
Pastu rumah aku ni ha, masih lagi begitu bersepah dengan stoknya. Ops, macam nak kena bebel lagi kat Qery. Kurus lah pipi aku kalau asik membebel je. Tak selari dengan kegemukkan lengan pula. Huhu! Oklah, nak lipat baju, nak mandi, pastu nak tengok Adi Putra kat tv. Nak feeling2 jap. Kbyeeee =)
1 comment:
perempuan & bebelan mana boleh dipisahkan.. tambah2 dengan en suami & anak2... lg kuat kita membebel kan
Post a Comment