Jan 19, 2016

Kisahnya Si Adi Putra

Assalamualaikum korang!

Eii tengok tak cerita Cinta Si Wedding Planner tu. Sebenarnya aku memang dah tanam azam yang tinggi taknak terjebak tengok drama-drama ni. Bukan sebab i kekwat ye, haha! Sebab aku ni kalau dah sekali tengok, kang tak boleh tinggal. Pulak tu nanti cam teremosi melebih-lebih, malam terfikir-fikir, kalau episode tu tengah sweet nanti malam kang tersengih2. Kalau episode tu emosi, kang aku tak boleh tidur sebab bengan punya pasal.

Dah berapa tahun aku tak tengok drama ni wei, pelakon baru langsung tak tau. Kalau ada budak-budak muda ni semua cam jambu air alolololo. Bukan lah taste aku. Aku ni walaupun muka tak berapa nak jelita, tapi taste tu nak yang hensem aje. Tak sedar diri kannnn, kekeke!

Kalau diberi pilihan Aaron Aziz atau Adi Putra memang aku pilih Adi Putra. Bukan la kata aku suka Mr Perfect, tapi aku suka lelaki macho. Macho ala-ala Beto Khusyairi pun dah ok dah. Kiranya dalam banyak-banyak pelakon, yang aku minat Adi Putra, Hans Isac, Beto. Muka ala-ala serius gitu. 

Aku suka lelaki yang jarang senyum, yang garang-garang sweet sikit. Auw! Bayangkan je pun dah bahagia, kahkahkah! Dan ofkos Qery memiliki kesemuanya. Krik Krik Krik...

Tapi seriuslah, Qery masa mula-mula dia nak ubah aku menjadi seorang perempuan yang OK sikit, kemain garang woi. Aku dulu, walaupun ada boifren, tetap aku keluar dengan lelaki lain. And tetap aku bermesej-mesej dengan kawan2 lelaki. Ofkos lah sebab masa tu rasa digilai ramai, kahkahkahkah! Maafkan Kak Sepet yang over ini. =P

Dia punya garang tu buat aku stress gila. Setiap hari gaduh manjang. Siap rampas telefon, paksa aku pegi kedai telefon, beli telefon baru, beli simkad baru. Wow! Konon aku kena mesej dengan dia sahaja. Bye2 kawan2 lelaki yang lain. Hihi!

Pulak tu tak boleh pakai baju seksi, kalau baju kurung tu memang kena pin lah kat bahagian kolar tu. Walaupun dah berbutang, tetap kena pin. Baju tak boleh jarang. Ini cerita zaman free hair ye. Sekarang ni korang toksah cakap lah. Dah pakai tudung pun, dah kenapa pakai tudung nak kena pakai baju jarang pulak kan. Lempang nak? haha!

Pastu Qery korang memang tau la susah gila nak senyum. Kiranya kalau dia gelak-gelak tu barulah nampak muka dia manis. Tapi kalau cakap biasa, takde nya nak senyum ke apa. Cenggitu je muka stress, hahaha! Masa bercinta dulu, penat aku ajar dia senyum. Nak senyum kat aku pun malu kemain lagi. Kalau lah tetiba dia senyum tanpa di suruh, rasa cam ada anak panah tercucuk kat jantung aku. Rasa macam jatuh cinta tergolek-golek. Giitew over dia. Haha!

Pastu kuat cemburu dia jangan di bayangkan. Sampai sekarang ni aku memang tak berani langsung nak cakap lebih-lebih dengan lelaki. Haha! Walaupun dah kawin, cemburu dia samaaaaa je cam dulu. Sampai sekarang ni kalau dia nampak lah lelaki tetiba komen aku kat facebook, tak sampai 24jam, akan hilanglah lelaki tu dari frenlist aku, haha!

Tapi tapi tapi, aku suka je. =P

Rasa cam comelnya lahai laki aku ni. Ops, tercerita pasal laki sendiri pulak. Nak cerita pasal Adi Putra sebenarnya.

Kisahnya si Adi Putra ni, aku memang lah peminat beliau. Minat lah sebab pandai berlakon. Pastu muka tu ala-ala taste aku kan. Hekhek! Haritu aku tak dapat tengok cerita Suamiku Encik Ustaz, merajuk tak hingat dengan Qery. Haha! So bila tau Adi Putra berlakon dalam drama Cinta Si Wedding Planner ni, aku takde lah beriya nak tengok sangat. Kalau wayang atau drama 2 jam tu nak gak aku tengok sebab terus habis. Kalau drama berlarutan ni aku risau aku tak boleh control emosi sendiri ni, haha!

So aku takde lah tengok sehingaaaaaaaaaaaaaaaaaaaalahhhhh Jumaat lepas, aku tertengok sikitttttt je pun. Sikit sangat lah babak Adi Putra tengah marah Bazli sebab tak dapat terima Zara tu adik beradik dia kan. Ok lah aku cam fineeeeeeeeeeee, tak nak tengok. Sokeyyy Sepet tertengok sikit je jangan fikir dah.

Tapi tak boleh wei! Hahaha! Aku cammmmmm, geramnya!! Terus daftar tonton tau. Tengoklah dari episode 1 sampai 10. Punyalah malam tu tengok sampai episode yang latest tu. Tapi aku banyak skip2 lah. Kalau babak Adi Putra dengan Mira tu je aku tengok. Kalau part lain aku lajukan, tak koser mak encik. Hihi!

Pastu tersengih sorang-sorang sebab perangai diaaaa lebih kurang macam Qery. Tak ada la samaaaaa sebijik. Ada part-part yang garang tu, yang tak nak senyum tu. Yang suka buat keputusan sendiri, yang sweet tapi taknak ngaku, haha! Itulah pasal aku tersengih-sengih. Haih, menyampah lah. Kenapalah aku tertengok cerita tu. Sakit hati nak tunggu episode episode. Tak tenteram jiwa aku ni ha. Kenapalah aku nak menjiwai sangat pun kan...

Sebab tu lah sampai sekarang aku tak tengok2 cerita dilwale. Nanti bila dah surut sikit orang bercakap pasal cerita ni, then baru aku tengok. Time tu aku nak up status kat facebook pasal dilwale korang jangan nak pepelik pulak eh. Biarkannnnnnn aku yang ketinggalan jaman ini. Huhu!

So sekarang... Bila lah nak pukul 7 malam. Hergh!!

6 comments:

uSMie said...

hari ni episod akhir sepet... baik tgk... baru ada feeling

Liyana Anuar said...

huhu..dah terjebak susahlah :p

hachereennor'ain said...

Kak, Cinta si Wedding Planner ni mana ada Jumaat. ni salah hari ni hehehehhehe

E'in said...

e'in tak tgk pun cite nie.. best ea?

arzmoha said...

owh peminat adi putra ya

Suri said...

Sy tgk cite ni khamis lepas sekejap je dlm 5 minit paatu trus tutup hahha.xmenahan oiii.mlm tu trus mimpi ngeri pasal si mira filzah dgn adi putra.adoiii tobat x nk tgk dh.