Jan 22, 2016

KEGILAAN APAKAH INI??

Semalam memang kelam kabut tak tau nak cakap apa. Haha! Aku ni takde la kelam kabut sangat, cuma bizi packing untuk Stokis je la. Yelah korang pepahamlah kalau dah namanya stokis pun bukannya restock sikit-sikit. Terkedek-kedek aku nak mengira masuk dalam kotak. Semalam je dah 1000 kotak keluar dari HQ. Mungkin bagi produk gah-gah rasa nak gelak je tengok ayat aku ni ha, keluar 1000 pun kecoh. Haha!

gambar stok yang kami hantar ke staff semalam, sebab nak pas ke stokis

Tapi bagi aku dah Alhamdulillah sangat. Keluar sehari 100 pun dah bersyukur. 30 hari dah 3000 kan. Rezeki sikit pun syukur, rezeki banyak lagilah syukur, kekeke! Berkat doa korang la jugak produk Seqy Beauty dikenali. Kalau korang tak kenalkan kat kawan-kawan, tak bagitau ke-best-an produk Seqy, tak mungkin la kita boleh menambah lagi produk-produk. Mana tauuuuuu akan ada produk lain nanti. Kan kan kan. Hihi! Tapi banyak lagi yang kami kena improve. Yelah, semua orang ada kekurangannya. So aku pun kena banyaaaaaak lagi belajar. Harap sokongan dari korang tak kan pernah pudar. Ewah! Haha!

Handphone aku semalam sampai kena charge 2 kali tau. Dua2 handphone pulak tu. Notification masuk tak berhenti-henti. Banyak yang tak dapat nak reply, huhu! Semalam pun lepas maghrib baru sempat makan. Dah macam puasa pulak. Qery pulak seminggu ni sampai sakit pinggang. Hehe! Kesian.. Awal2 masuk sekolah, memang banyak lah benda nak di buat. 

Kalau tak, harini nak pegi ambik stok skincare kat kilang, tak tau lagi keputusannya. Sama ada dia larat nak ambik atau dia nak suh lori hantar ke kami je. Aku berdoa lah dia suh lori datang hantar je, haha! Harini memang banyak gak lah urusan sebenarnya. Aduhai, harap2 sempatlah buat appointment jumpa doktor check-up. Asik tangguh-tangguh je. Huhu!

Qaiser pulak perangainya semalam memang menduga keimanan aku, haha! Sekarang ni dia suka lari-lari and hempaskan badan kat aku. Eiii sabar je la. Aku risau lah kot dia terlompat kat perut ke apa kan. Banyak kali pulak tu cubaan dia nak melompat atas perut. Geram je aku rasa, huhu! Pastu pegi dapur nak pegang tangan. Kalau nak buat susu, pepandai lah kau gunakan satu tangan je, nak cedok susu, nak angkat cerek tuang air dalam botol susu, nak pulas penutup botol susu. Tak nak lepas tangan langsung, bajet romantik sangat anak aku ni. 

Itu kalau nak pegang tangan. Dibuatnya nak dukung sambil nak buat susu. Ha kau bayangkan lah. Stress gila aku, dah la sakit pinggang ni. Tapi sebab kesiannnn, yela nanti nak ada adik dah, kompom terbahagi kasih sayangnya, haha! Untungla jadi yang sulung ni kan, atleast lahir2 merasa kasih sayang 100% dari mak ayah, yang lahir ke 2 3 4 5 ni dah kompom2 akan di bahagi2 kan, haha! Tapi biasalah jawapan selamat, mami sayang uolls sama rata. Kah!

Harini dah Jumaat, korang mesti happy kan sebab cuti lajak sampai hari Isnin. Aku pun suka gak, sebab Qery kata nak bawak jenjalan sempena sambutan yang amat baik masa pertama kali bukak booth haritu, haha! Over sangat kan. Seronok dia sampai nak bawak berjalan satu keluarga. Tapi memang permulaan yang baik lah untuk kami sekeluarga tahun 2016 ni. Banyak dah kami rancang projek2 sepanjang tahun 2016. Semoga dipermudahkan Allah swt. Korang pun jangan lupa doakan sekali yeah. Hihi!

Eh nak ingatkan korang, walaupun esok cuti, korang kena cecepat order produk Seqy Beauty, sebab harga runtuh ni tidak pernah mengenal hari cuti. Haha! Harga runtuh ni available SEMENTARA STOK MASIH ADA je tau. Kalau korang rasa cam ala nanti lah order, harini dah Jumaat, nanti Selasa baru boleh pos, baik order Selasa tu je. Ok sukatilah, tapi jangan nangis kalau Selasa tu stok habis. Sebab sekarang ni pun Skincare kat HQ memang yilek pocik. Ada pun memang khas untuk dropship je itupun berapa je lah sangat. Entah2 harini pun boleh habis. Huhu!

Tak caya, jap aku printscreen beberapa status stokis dari FB jap.

 Ini aku printscreen status semalam tau, aku tak tau lah harini dorang masih ada simpan lagi ke tak stok harga runtuh tu. Huhu!

Memula tu semua stokis bajet stok banyak konon boleh bertahan seminggu, alih2 tukar status bagitau mungkin sehari dua je, haha!


Tak senang stokis kita ni nak bekerja asik mikir customer yang tak henti2 wasap, huhu!

 
Terpaksa restock lagi katanya, huhu!

Ha iolls dah bagitau Set Skincare memang laku keras.

So kalau korang taknak terlepas HARGA RUNTUH OPOCOT MAK KAU ni, make sure cecepat cari agen Seqy Beauty, dorang pun aku baca-baca kat status facebook semalam dah tak boleh nak booking2, jenis siapa bayar dulu dia dapat. Huhu! Ok lah. Aku macam biasa nak menjalankan tanggungjawab sebagai suri rumah sekejap, anak dah terbiar dah tu. Haha! Kbye =)

2 comments:

ika said...

thank sepet, buat harga runtuh..berbaloi-baloi beli.. mmg tgh menunggu sepet buat harga runtuh sbb nak bawa bb cream travel korea..huhu

Obat Ajaib said...

Success for all :)