Wahhhh, pejam celik pejam celik tiba-tiba dah masuk sekolah kan. Untuk parent yang pertama kali hantar anak ke sekolah tu memang akan rasa sedih, macam tak sangka je anak dah besar. Ada yang excited, ada yang tak ada perasaan. Hahaha!
Teringat Qery bagitau beberapa hari lepas, murid tahun satu kali ni kat sekolah dia kebanyakkannya tak tau apa. Buat ujian and markah rendah sangat. Tak macam tahun lepas, tahun lepas katanya banyak murid dapat markah 70 ke atas. Tahun ni 70 ada 2 3 orang je kot, yang lain semua 20+. So mana-mana cikgu yang ajar tahun satu untuk tahun ni struggle sikit lah ye. Hihi!
Tetiba aku teringat kisah aku masa kekecik. Aku umur 5 tahun dah sekolah kat Tadika Al-Islah. Pakai tudung uolls, sekolah agama. Masa tu ada je tadika Kemas, tapi mak aku nak aku blajar kat tadika yang belajar agama lebih sikit ni. Ok la, banyak belajar doa-doa. Banyak tau kisah-kisah Rasul, isteri dan sahabat-sabahat. Belum masuk darjah satu aku memang dah tau membaca, baik rumi mahupun jawi. Mengira pun dah pandai. Dulu aku suka membaca. Lols! Hahahaha!
Suka tu sampai tahap kakak aku kena gi beli buku cerita tiap kali dia gi tuiton kat Martin sana. So pertama kali masuk sekolah rendah. Jemah yang hantar, masa tu pun takdelah kekok sangat kat sekolah sebabnya kawan masa kat tadika tu ada yang sama-sama satu kelas. So lek lek je la. Tinggal aku nak kena hafal kantin letak kat mana, toilet kat mana, nanti nak balik kena lalu mana. Camtu.
Perangai buruk aku dulu, aku malas nak belajar benda yang aku dah tau. Masa masuk darjah satu. Ada lah murid lain yang tak pernah pergi tadika. So memang dorang tak tau apa, belajar dari zero kat situ. Yang aku ni berlagak pandai dah. Aku tak dengar pun apa cikgu cakap. Sibuk pok pek pok pek. Selalu kena marah dengan cikgu sebab tak dengar dia ngajar, hahaha! baik sekolah agama, mahupun kebangsaan. Aku mainnnnnnn je. Sebab aku rasa benda tu aku dah tau, buat apa lah aku nak belajar lagi. Bila cikgu tanya pun aku boleh jawab. Ceaaaaaaa, rasa nak lempang je kan. Haha!
Aku nak kata seronok masa sekolah rendah tu, tak ada lah seronok gila. Aku budak biasa-biasa je. Hari-hari menangis nak pegi sekolah, sebab tak siap kerja, haha! Yelah mana nak siap, kau asik main je. Kat sekolah kena cubit dengan cikgu, kena denda macam-macam. Semuanya sebab tak siap kerja sekolah. =P
Langsung tak ingat nak buat kerja sekolah bila dah sampai rumah. Kecuali kalau subject yang aku suka tu, aku buat jugaklah. Kalau mak aku tanya ada kerja sekolah ke tak, then baru aku terfikir. Kalau tak, tak ada lah aku buat. Bila dah sampai sekolah, kelam kelibut menggigil-gigil tangan buat laju-laju, pastu mata asik tengok pintu je, takut cikgu dah masuk kelas. Huhu!
Masa tu pun jadual susun sendiri. Sekarang ni kebanyakkan mak mak dorang cek buku anak dia kan. Yelah dibuatnya tak bawak buku, kang nyusahkan mak jugak nak pi hantar. Dulu kalau tak bawak buku, kena berdiri atas kerusi. Aku ni suka sepahkan barang. Kadang2 tu buku pun tak jumpa. Dah la melalak tak nak pegi sekolah, nanti cikgu marah. Huhu!
Mak aku garang. Apa pun terjadi kau kena pegi sekolah. Tak ada istilah ponteng ke apa. Hujan pun mesti pergi. Basah pun basah lah.
Teringat masa tu aku tadika. Tudung tak jumpa. Tudung masa tu warna purple. Dah la aku menangis taknak pegi sekolah. Mak aku mengamuk suruh pegi jugak. Merasalah aku pegi tadika pakai serkup opah-opah tu, hahahahaha! Yang ada lipat besar kat depan tu, siap ada manik-manik lagi. Kau mampu???
Tapi aku pun bukan reti serik ke apa. Tetap jugak tudung hilang-hilang. Mana tak nya, balik rumah je campak tudung pi mana tak tau. kekekeke~~~
Sekarang ni kat sekolah macam dah tak berapa best kan, sebab dah tak ada la pengalaman kena denda ke, kena marah dengan cikgu ke, kena cubit ke. Sebab semua pun tak boleh. Dulu kita ni kalau dah bimbing cara baik tak jalan, boleh la lagi cara paksa. haha! Sekarang ni, sapa nak pandai boleh belajar dan dengar cakap cikgu. Sapa yang malas, degil tak nak belajar, setakat nasihat je boleh. Nak marah tak boleh, nak cubit tanda sayang pun tak boleh. Budak nak jadi apa pun tak tau lah. Mengikut kematangan dan kewarasan budak tu sendiri. Kesian kadang-kadang.
Cara pembesaran kita dulu pun tak macam sekarang. Sekarang ni tersangatlah mencabar. Terlalu mencabar. Harap-harap parent zaman sekarang ni alert lah dengan perkembangan anak masing-masing. Yang paling risau tu kalau ada anak perempuan. Bukan lah kata anak laki takyah risau. Ekceli kalau dah nama 'anak', ofkos kita risau. Tapi tu lah, menjaga sorang anak perempuan, lebih susah dari menjaga sekandang lembu. Orang yang ada anak perempuan je paham perasaan tu kan. Semoga anak-anak kita semua dilindungi Allah SWT.
So adik-adik yang masih bersekolah tu, Kak Sepet nak suruh enjoy tu tak ada lah enjoy sampai takyah belajar ke apa. Cuma hargailah tiap masa, saat korang belajar, hargai guru-guru korang. Ilmu yang kita bawak sampai ke harini, kebanyakkannya memang jasa dari guru-guru masa kat sekolah. Sekali korang buat hati guru tu terluka, memang tak berkat ilmu tu sampai bila-bila.
Itu yang ada budak bijak, tapi sebab eksyen dengan cikgu, sampai sekarang susah dapat kerja. Sampai sekarang buat apa tak berjaya. Sebab ilmu tak berkat tu. Ada budak yang yang tak berapa bijak, tapi dia hormat cikgu dia, bila dah besar ada je rezeki yang dia dapat. Walaupun kita selalu je terlepas pandang benda-benda ni. Ekceli benda ni pun penting dalam hidup kita. Hormat lah guru kita. Dia garang sebab nak kita pandai. Dia marah sebab dia ambil berat. Dia tegur sebab dia sayang.
Belajar sungguh-sungguh. Jangan jadi cam Kak Sepet, asik main je kerjanya. Huhu! Sian mak ayah awak tu kerja siang malam, bukan buat satu kerja tau, 2 3 4 5 kerja dah. Semata-mata nak bagi keselesaan untuk keluarga. Jadinya, balas kebaikkan mak ayah awak tu, kalau dah usaha tapi tak pandai tak apa. Yang penting dah buat yang terbaik. Ok adik-adik.
Tiap-tiap hari pegi sekolah, kena tanam niat dalam diri, nak belajar cari ilmu kerana Allah. Ha ustajah sangat Kak Sepet, haha! Tapi bila niat camtu, mana tau nanti terang hati minda tu sekali ke kan. Siapa tahu. Tahun lepas dapat no corot, tahun ni tetiba dapat top 5 ke. Boleh la kembang-kembang hidung suruh mak ayah sign report card. kekekeke!
Apa-apa pun, selamat kembali ke sekolah!!! Bermulalah rutin harian menggosok baju, dan rutin mingguan mambasuh kasut. Boringggg....hahaha!
Bye!
3 comments:
Selamat Tahun Baru 2016 Sepet..
Bermula lah episod jadi supir akak ni Sepet..
Nasib tahun ni satu tempat .. tak lah akak terkejar-kejar..
Salam sepet. Sy mariam. Sy ne pengguna tegar produk seqybeauty. Terima kasih byk2 sebab hasilkan produk mampu milik ne. Sy just nak bagitaw yg packaging bb cream dan serum loose item 50 ml tu kurang user friendly la sepet
Contohnya, sy dah ada 3 botol bb cream dan masih simpan botol yg pertama.
Smlm try2 la picit2 dan rupanya ada lagi bb cream dalam tu
Serum 50 ml pun sama since kita tak dapat bukak utk tahu berapa baki kandungan yg tinggal kan. Hari ne picit2 takde serum yg keluar tp bila esoknya picit2 ada pulak yg terkeluar
So harap lepas ne dpt improve packaging yer
At least kita boleh taw berapa yg left,so nk cepat2 order stok baru..hehe
Sy dah tak boleh nk brpisah dgn bb cream ne..hihi
Harap jangan tersinggung yer. Ne juz pendapat sy la. Sorry and TQ
Assalamualaikum..
Sy pun sokong psal packaging bb cream tu.bila tekan susah nk kluar.tekan kuat2 3,4x dah terkeluar byk secara tiba2..huhu
Ekceli masa mula2 beli dh jd cmtu.mgkin 1 dlm 1000 ke dpt yg x ok xtau la kan..
Post a Comment