Bukak Booth di Bandar Sri Permaisuri!!

STICKY MODE UNTIL 16HB JAN 2016.

Alhamdulillah, akhirnya kita dah confirm untuk bukak booth kat Area Bandar Sri Permaisuri. Haaaaa, sesapa yang FREE tak ada buat apa-apa Sabtu ni, meh la jenjalan kat sini.


Event : FOOD FIESTA
Tarikah : 16 Jan 2016 (Sabtu)
Masa : 10 pagi sampai 11 malam.
Tempat : Bandar Sri Permaisuri. (Berdekatan Deretan Mee Kari Udang Galah)

Kalau korang google map, rasanya memang akan keluar location dia. Huhu!

Booth Seqy Beauty, memang betul-betul depan Restoren Mi Kari Udang Galah ni, haha! Penganjur dia actually owner kedai ni. So kita memang ambil yang dekat dengan kedai dia je. Nanti korang boleh la singgah kedai makan kat sini.

Ada gerai-gerai (booth) makanan yang dorang janjikan LEBIH MURAH dari biasa. So Sabtu ni takyah masak. Haha! Meh jenjalan kat sini je isi perut. 

Pulak tu ada cabutan bertuah! Haaaaa sesiapa yang bertuah tu bakal mendapat produk Seqy Beauty secara PERCUMA!! Kita sponsor lebih 20 barang. Rugi lah kalau korang tak datang.


Plus ada macam2 lagi hadiah menarik, tak silap aku ada jugak orang hadiahkan voucher penginapan. Bestnya kalau dapat tu. Ada jugak persembahan BUSKER, game makan-makan pun ada. Haaaa baru ingat pasal cabutan bertuah tu, ada 200 tau, banyak ok. Sila doa banyak-banyak korang antara yang bertuah. Huhu!

Kenapa korang kena datang BOOTH SEQY BEAUTY??

Sebab kami bagi HARGA SPECIAL untuk korang! Hanya kat booth SAHAJA! Bestnya, dah la dapat harga special, tetiba memang cabutan bertuah, dapat lagi produk Seqy Beauty. Jimat berganda kan... Hihi!

So, save the date ye uolls. Akan ku tunggu dengan penuh setia kat booth nanti. Jangan terkejut pulak tengok Kak Sepet kemain gemok gedempol tak seperti dalam blog and instagram. hahaha! 
JOM JUMPA DI SANAAAAA!!

Comments