Nov 3, 2014

Day 1: Gambar terbaru dan 5 fakta tentang diri

Sibuk nak try.Pepaham la bila umur meningkat macam ni susah la nak dapat idea untuk update. Lagipun dulu  tak kawin lagi, boleh la nak kutuk2 Qery, muahahaha! Sekarang tak boleh dah, derhaka nanti. *bunyi wanita muslimah sangat* kekekeke!

 
Gambar terbaru.
 
Memandangkan aku memang jarang selfie, jadi tak adalah gambar yang terbaru sangat. Yang paling baru ni adalah hari Khamis lepas.  Itupun ambik dalam kereta, gelap sikit sebab hujan lebat kat luar. Menunggu Qery setelkan kerja kejap
 


5 fakta tentang diri sendiri

1. Aku suka buat hal aku je. Aku jarang lah bergosip cerita pasal orang sana sini sebab aku memang tak minat sangat. Kalau benda tak ada kene mengena dengan aku memang aku tak pernah fikir. Pastu orang akan nampak cam aku alone je, hahaha! Kawan ajak lepak pun kengkadang aku malas. Baik duduk rumah.  Tapi jangan kata aku tak pandai ber-sosial ye. Aku pandai je, cuma aku malas.

2. Malas. Haaaa itu memang fakta diri sendiri sangat. Selalunya tahap malas aku ni memang tak dapat digambarkan dengan puisi. Lols. Dah kenapa nak puisi kan. Huhu! Korang pernah tengok kot aku up gambar kat ig yang aku masak nasi lepas tu aku pecahkan telur atas dia. Itu sebab aku malas nak basuh kuali. Hahaha!

3. Berangan. Aku kuat berangan. Ekceli aku pun konfius. Tak tau la berangan ke atau suka fikir benda yang mengarut. Kadang2 bila tengok semut jalan, aku terus fikir apa lah yang semut tu fikir sekarang ni. Lepas ni semut tu makan kat mana. Dia ada kawan ke tak. Macam mana dorang nak cam muka kawan dia. Camne dia cakap dengan kawan dia. Der sangat

4. Suka puji diri sendiri *depan suami*. Sampai Qery meluat. Hahahaha! Kalau dia tengah buat kerja ke, tengah tengok tv ke, aku akan duduk sebelah dia,pastu puji diri sendiri cantik, sopan, bijaksana dan paksa dia angguk.

5. Blur. Selalunya aku akan buat - buat blur. Atau nama tak sopannya buat bodoh. Huhu! Sebab aku rasa, buat bodoh lagi best dari buat pandai. Sebab tu bila orang bagitau aku buat itu buat ini jangan itu jangan ini, biasanya aku akan dengar and 'oh yeke' 'ok ok' gitu. Hahaha!

Itu je lah. Byebyebye!
 

7 comments:

Norma NML said...

geramnya tengok baby yg chubby tu..so cute :-)

nurhawahaider said...

silent reader. tapi dari zaman kak sepet belum tunang dgn abg qery sampai dah de baby qaiser. Barakallah kak sepet! tahniah utk new produk seqy beauty. ada niat nak try tapi tunngu keje dlu. huhu

Unknown said...

Seronok jugak buat question tag macam tu. Nak buat jugak ler :)

Jom Baca: Kurus dengan tingkatkan Leptin

ayunidati said...

bulatnya baby.. comel...

Liyliz said...

mcm cabaran kelab abg ben ashari je ni

anaalut said...

cmelny baby :)

Unknown said...

Geram tengok pipi baby tu.. :)