Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Nov 23, 2014

Berleter di malam hari

Hallu everibadehhh...

Tetiba rasa malam ni nak update. Sekarang masa aku menaip ni pukul 12.40 pagi, nanti tengok pukul berapa siap eh. IzzQaiser tengah tido, laki iolls pun tengah tido. Sesambil tengok running man rasa naluri nak update blog tu datang. Ok takyah naluri sangat pun tak pe sebenarnya. Saja nak kencang2. Hihihi!

Lama kan tak update. Pasal aku susah hati sebenarnya. Stok BB Cream memang HABIS. Sesiapa yang terus buat payment kat aku, memang aku pas terus kat agen yang masih ada stok. Tapi dah boleh bertenang sikit sebab BB Cream SQB dah LULUS KKM. Yabedabeduuuuu....!! Alhamdulillah sangat-sangat. Bukan apa, kesian agen2 SQB nak menerangkan BB Cream SQB selamat kat customer. So lepas ni jangan ragu-ragu lagi ye.

Ramai yang macam, 'Ala Sepet ni lama tak update, boring laaaa camni'

Hihihi! Saja bagi hidung kite kembang ke hape? Bukan tak nak update tau. Sebabnya kalau ada benda nak cerita, aku terus cerita kat Qery. So nak cerita banyak-banyak kali dah kenapa kan. Hahahaha! Selalunya nak cerita kali ke dua dah malas tahap mak lampir. Dulu masa tak kawin lagi boleh la. Ada banda nak cerita je terus update kat blog. Sebab dulu nak call Qery memang tak kot. Masa bercinta jarang kolling2, nak cerita apa-apa nanti jumpa baru cerita. So nak tunggu nanti jumpa tu, baiklah cerita kat blog dulu.

Sekarang ni ada anak. Masih kecik dan pandai nak jaga diri sendiri lagi. Mihmihmih! Tak boleh diduga perangainya. Kadang2 ok. Kadang2 meragam. Kadang2 nak melekat je. Jenis tak nak minum susu botol pulak. Adoi. Susu badan masuk botol pun dia tak mo. Dia tak suka kot. Itulah yang susah.

Haritu tinggalkan anak kat rumah mertua sebab kena ikut Qery tengok teater, lecturer dia kata wajib pegi. Baru sampai, sekali mak mertua call suruh balik. Muahahahaha! Sebab anak aku menangis tak berhenti, pastu taknak minum susu botol. Adehhh.. Baru-baru ni beli puting yang lain bagi dia try. Nampak cam ok sikit, tapi ikut mood dia. Cuma yang tak ok, lubang puting tu besar sangat kot. Qaiser selalu tersedak.

Esok Ahad kan, nak mengambil stok BB kat kilang. Kali ni order beribu-ribu kotak. Takut and seram kalau-kalau stok tak cukup lagi. Dah dapat stok kat tangan baru kita akan open agen balik ye. =)

Oklah, dah malas nak taip. Bye2


4 comments:

Chekgu Azrine said...

Alahai izz..dh mcm anak akk xmo langsung botol..skang dh 2tahun lbh msh lg bf

eamy milea said...

bby nak manja2 ngan sepet hehe

Latifah said...

saya pon mengalami masalah yg sama. Mcm2 puting try dari yg murah sampai yg paling mahal. Dari tak tau brand puting smpi sekarng ni dh expert! Nasib yg last sekali cuba die nak. Sabooo jer laaaa..

LatifahFazri

Mami Izaara Imani said...

saborr je lahh..
kak sepet try mimijumi
dulu anak sy pun tak nak botol..
dah lah nak balik KL..anak tggl kt Swk..acaner tu..dahtu tnya kwn2 mcm mana..try MIMIJUMI..alhamdulillah..sbb lembut mcm pau kita..haha