Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Nov 4, 2014

Day 2 : 5 Cara Memenangi Hati Ku

Tak paham sangat nak menang-menang hati ni. Hihi! Tapi takpe, layankan aje...

1. Senyum

Aku suka orang yang pemurah dengan senyuman. Senyum boleh mengubah kehidupan. Ewah, haha! Masa aku kerja kat KPJ Selangor, kitorang memang ada kursus belajar cara senyum. Cara senyum jumpa pesakit yang tengah sakit, pesakit yang tengah marah, pesakit yang tengah tak ada mood. Gitu. Dulu GM dia Encik Johar, beliau memang akan round satu hospital setiap hari untuk pastikan staff dia senyum. So kalau ada sesiapa yang tak senyum, dia akan bagitau bos setiap department staff mana yang kena pegi lagi kursus senyum tu. Hihihi! Bagi aku la kan, biarlah muka tak cantik mana pun, tapi kalau suka senyum mesti manis, pastu sejuk je hati. Kan kan kan

2. Cool

Bukan cool yang poyo tu. Yang poyo cam bajet bajet tu aku nyampah sangat. Hahaha! Cool ni ala-ala bertenang je. Ada masalah datang tak ada la melenting ke apa. Tapi kalau masalah datang bertenang sampai ke sudah pun payah jugak ye dok. hahaha! Maksud aku, bertenang dan cool, boleh selesaikan problem dengan baik. Kebanyakkan orang yang aku kenal, kalau ada masalah terus gelabah, lepas tu aku jugak yang kena selesaikan *ecewah nak kata diri sendiri cool, puii sangat, haha!* Tak adalah. yang last tu nampak nau nipunya kan. Tapi memang kebanyakkan kita ni kelam kabut, ada masalah terus stress, lepas tu tak boleh buat kerja, lepas tu terpaksa shopping online. (-_-)

3. Lemah lembut

Aku dari dulu suka dengar orang yang sopan bercakap. Tak kisah la cakap pelan pun takpe. Aku suka dengar suara yang mendayu-dayu. Yang garang-garang tak suka sangat. Kalau orang cakap garang2 dengan aku, aku tak dapat berfikir. Selalunya mesti aku tak bercakap sangat. Maksud aku kasar je tau. Dia baik tapi cara cakap dia kasar. Eh paham tak. Huhu!

4. Sempoi.

Aku suka orang yang sempoi. Boleh korek hidung sama-sama. Boleh kentut sama-sama. Lols. Perumpamaan je tu. Aku suka orang yang tak cover-cover la. Bila dengan orang dia buat perangai dia je. Open minded dan sebagainya. Haha! Nampak sangat dah tak tau nak tulis apa.

5. Rendah Diri

Opkos. Sapa suka orang bongkak? Semua suka orang yang merendah diri kot. Buat bodoh lagi bijak dari buat pandai. Wat lek Wat pis je lah. Aku suka orang yang dia tak menunjuk apa yang dia ada. Idola sangat lah kalau jumpa orang camni.

Kesimpulannya, aku dah kawin dan tak ada gunanya lagi nak memenangi hatiku ini. Dah terlambat,


dan silakan menyesal.

krik krik krikkkkkk

4 comments:

Miss Moon said...

suka nom 3 tuh mebi sebab kita pun lemah gemalai org nyer hahahhahahhaha

ISNA MAJID said...

suka entry ni.

Liyliz said...

teringin la nk p kursus senyum tu.

IdAmAn said...

Hahahahaha kelakar la sepet oi. Kesimpulan 2 yg penting ye dok.ahahha