Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Nov 6, 2014

Happy Berganda

Harini malas nak layan 30days challenge, huhu. Saja nak bagitau iolls gumbira bila dapat agen yang super kelakor. Hahahaha!

Aku ada buat group wasap untuk agen2 SQB.Yela senang sikit kalau ada info ke apa terus bagitau kat situ. Nak wasap sorang2 benda yang sama macam leceh pulak kan. Mula-mula bukak peluang untuk agen, aku tak terfikir pun yang kakak-kakak aku akan join jadi agen. Ceera aku tau la sebab dia memang dah start jual tudung, so dia tak ada masalah nak pegi pos semua.

Tetiba kaklang wasap tanya aku boleh tak dia nak jadi agen. Eh eh ehhhhh, mesti lah boleh sangat kan. Lepas tu Kak Ninie pun wasap bagitau nak jual. Esoknya cek pm kat facebook Kakcik pun nak jadi agen. Lepas tu tetiba Andak wasap pagi-pagi bagitau dia nak jadi agen. Eh suka lah hati kite tu. Hahahaha!

Kalau arwah abah ada mesti dia happy semua anak dia berniaga. Sebabnya dulu arwah abah selalu tanya aku, kakak-kakak ko taknak buat online jugak ke. Ofkos lah dorang nak, tapi mungkin belum masanya lagi kan. Masa tu kaklang je yang buat online sama-sama dengan aku. Tiap kali melawat arwah abah, mesti abah tanya 'Kaklang bisnes Ok?'

Mestilah ok. Kaklang hebat kot. Haha! Kalau lah arwah abah ada lagi mesti dia happy and tiap2 minggu mintak macam-macam kat anak-anak dia. Kekekeke!

Pastu seronok bila customer yang selama ni beli itu ini, beli macam-macam sejak aku start meniaga tetiba kata nak jadi agen. Kebanyakkan agen aku adalah customer yang beli BB Cream, hihi! Dorang suka, pastu risik-risik dengan aku suruh open agen. Maka baiklah...

Aku happy bila agen bagitau ramai customer dorang puas hati. Try sekali terus beli. KakJeng pulak cerita dia letak kat surau lepas tu tulis note suruh try, kalau suka nak beli terus contact KakJeng. OMG KakJeng jual bagaikan halilintar. Tetiba je nak repeat order lagi. Takuit kite. Kaklong kawasan Seremban sangat. Hahaha!

Aku ni memang kurang pandai bagi kata-kata semangat. Tak ada ciri-ciri ketua langsung sebenarnya, hahaha! Tapi dalam group tu dorang semua share idea, share pengalaman, bagi kata-kata semangat. Aku tukang baca je sebab aku memang tak sempat sangat nak join. Izz Qaiser ni tak tentu. Ada satu hari tu dia nak melekat je taknak berenggang langsung. Ada hari dia ok. Biasalah anak kecik kan. Plus aku masih jual produk lain macam tabita ibu putih semua. So kena layan customer jugak.

Penat? Penat tapi seronok. Rasa berbaloi dengan apa yang kita dah usahakan. Seronok bila dapat tolong agen-agen. Seronok bila dorang happy. Aku ada banyak plan lepas ni. Ada bermacam produk nak keluarkan. Sekarang tengah tengok bahan2 apa yang sesuai, tengok try sendiri. Kalau ok baru proceed. Gitu.

Sekarang kalau ada agen baru berminat memang ambik pre-order je sebab tengah tunggu kilang siapkan, KLIK SINI kalau korang berminat nak jadi agen. Aku tak kata yang aku dapat tolong agen 100%. Cuma aku bantu apa yang termampu. Aku letak senarai nama korang kat blog. Share kat ig n fb. Tengah process nak iklankan kat beberapa orang blogger. Yang selebihnya ikhtiar kita sama-sama tau.

Aku segan sebenarnya bila agen2 panggil bos bos bos, hahaha! Sebab rasa macam kuli lagi kot. Kalau bos aku dah goyang kaki arah orang je kan. Tapi aku rasa better aku belajar dari bawah. Semua process kena belajar. Dari sekecil-kecil kuman sampai sebesar-besar alam, kena tau buat supaya kalau ada staff *kalau ada, hihi* dorang tak boleh nak tipu kita. Gitu.

Aku paham sekarang ni semua benda mahal. Itu mahal ini mahal. Kadang2 sesak tengah bulan. Memang paham sesangat. Aku pun pernah kerja dengan orang dulu. Aku rasa ramai kot sekarang yang dah berjinak-jinak jual itu ini nak tolong suami , nak bantu keluarga. Dulu aku buat bisnes online bukan sebab nak jadi kaya pun. Cuma nak lepas sebulan sebulan. Serius tak tipu. Sebab gaji tak cukup. Cukup la kalau tak shopping. Tapi mampukah kita tak shopping. Kita kerja setengah mati, tapi tak dapat nak hiburkan hati pun. Dah la kerja stress kan. Sebab tu la aku start bisnes online.

Korang pun boleh try bisnes pelan-pelan. Maaflah aku memang kalau boleh nak buat dropship. Sebab aku paham bukan semua orang ada modal. Walaupun promo modal Rm350, tapi bukan semua orang yang mampu. Korang kalau nak jadi dropship bolah tanya-tanya agen SQB, sebab aku perasan dorang ambik dropship. So harap dapat bantu sikit-sikit. Dapat RM50 sebulan pun siapa nak bagi kan.

Mungkin bulan ni dapat Rm50, mana tau bulan depan dapat RM100. Rezeki ni kita tak boleh jangka. Kita doa je banyak-banyak. Yang penting niat jangan terpesong. Niat lah nak bantu suami ke, nak ada simpanan nak kawin ke, nak simpan untuk anak ke, nak simpan nak buat umrah ke, mesti Allah bagi kalau niat kita baik. Jangan la mula2 je dah niat 'aku dapat duit ni nak enjoy sakan'.

Pastu macam aku pernah bagitau dulu, jangan pernah tinggal sedekah kat mak bapak. Masa bagi tu mintak mak bapak doakan sekali korang murah rezeki. Doa tu penting sangat. Aku ni sampai sekarang rasa menyesal tak sudah lambat bagi arwah abah duit belanja. Selalu cam terkilan je. Dia jaga kite berpuluh tahun, bukak kedai siang malam tak ada cuti, tapi susah beno nak spend sikit untuk dia. Haihhhh.... Itu aku ye, jangan nyesal macam aku nanti. Sob sob sob

So, kalau korang berminat nak jadi agen, boleh contact aku. Tapi sebelum tu mintak korang cek dulu kawasan mana yang available. Sebab kalau korang tanya aku kawasan mana yang kosong, aku tak boleh nak jawab, sebab aku tak ada depan laptop 24H. Sekarang ni setiap malam aku akan update kawasan semua.

Masih belum terlambat nak mula. Tak ada yang terlambat dalam dunia ni selagi kita masih hidup. Ecewah, haha! Yang penting kena usaha. Kalau harini tak ada customer, mungkin esok, atau lusa, atau minggu depan. Yakin dengan rezeki Allah, banyakkan sedekah, solat dhuha. Insyaallah senang rezeki nak masuk.

Jom kita sama-sama tingkatkan taraf hidup =)

Wasap 012-2678134

Tips berbisnes aku tak ada,tapi aku pernah tulis macam mana aku mula berniaga. Mungkin dapat bagi inspirasi kat korang yang baru nak berjinak-jinak. Baca SINI

6 comments:

Kak Aya said...

tak pernah komen sblm ni, tukang baca je tp hari ni nak komen..sementelah lagi kita pun agen SQB.

betul sgt apa yang sepet tulis, kebanyakkan nak duit lebih utk diri sendiri dan nak bantu suami.

kak aya tumpang happy dan bangga menjadi sebahagian keluarga SQB walaupun baru je nak merangkak.

eyza said...

Sepet.. kita dah booking utk Bandar Tun Razak.. hari ni kita bank in yer.. :) x sabar nak jadi agen gak ni..

akish ali said...

sesape yg nk jd dropship..mehla join sy..sy agen agen skudai.bkt indah.gelang patah...

sms.whatsapp,wechat.telegram
018 2777794

qila ashari said...

sesape nk jadi agen dropship jugak blh contact saya jgk...qila agen area bangi,bandar baru bangi,bandar seri putra..0176724313...=))

Abang Bear said...

Salam kenal... salam singgah...

Nur Saleha Jayiddin said...

suke baca blog sepet. beli barang ngan sepet pon best. terbaik service!
kejap dah dpt brg