Terjawab sudah kehilangan pesawat MH370

Sejujurnya, sejak hilang pesawat, dari hari pertama sampailah semalam. Aku kerap tengok berita kat AstroAwani501. Walaupun tak kenal siapa-siapa pun dalam pesawat tu, tetap rasa sedih, risau. Tak dapat bayangkan perasaan keluarga mangsa. 

Yang aku tak dapat terima, bila ada orang yang tak bertanggungjawab tunjuk pandai buat spekulasi sendiri. Buat cerita itu ini, burukkan pilot, burukkan co-pilot, tiba-tiba macam dia tau sangat apa yang terjadi. lagi geram bila ada orang yang kurang bijak sibuk nak share cerita yang dah tau tak sahih. Tambah lagi orang yang memang tak bijak terus komen tanpa berfikir. Rasa macam.. Ya Allah, sedarkanlah dorang ni semua.

Aku harap keturunan aku biarlah tak pandai, tapi jangan buat benda-benda bodoh. Biar tak pandai tapi jangan biadap. Benda ni perkara serius. Jangan senang-senang nak mainkan perasaan orang. Jangan suka-suka buat andaian padahal kenal pun tidak.

Semalam bila PM kita umumkan apa yang terjadi, rasa sebak sangat. Bila tengok rakaman ahli keluarga mangsa tu rasa alahai.. Tak sanggup rasanya kalau jadi kat diri sendiri. Tapi apa-apa pun tetap rasa bersyukur sebab persoalan selama ni dah terjawab kemana hilangnya pesawat MH370. Cuma macam mana boleh berlaku tu memang akan makan masa untuk teliti satu-satu, kena ada jawapan yang betul-betul sahih, baru boleh diberitahu umum. 

Bukan semua masalah negara rakyat perlu tau. Kadang2 aku tak paham dengan manusia yang tak paham ni. Masalah negara adalah rahsia negara. Kenapa dan mengapa kita lambat tau, jangan persoalkan. Ofkos mana-mana kerajaan akan buat yang terbaik untuk negara sendiri.

Aku bagi contoh terdekat apa maksud bukan semua masalah boleh diberitahu tu ye. Boleh diaplikasi kat keluarga. Bukan semua masalah emak ayah kita boleh tau. Kadang2 emak ayah akan cover segala masalah. Contoh kau nak pegi sekolah luar negara. Selama ni kau ingat mak ayah sentiasa ada duit untuk kau. Tapi yang kau tak tau selama mak ayah membesarkan kau, kadang2 dia ada pinjam duit family lain. So kali ni dia tak dapat nak bagi ko pegi luar negara sebab besar perbelanjaan. Mak ayah akan create alasan lain supaya korang boleh terima. Mungkin mak ayah akan bagitau universiti tempatan lebih bagus. Atau bagitau universiti luar negara kurang bagus, susah nak dapatkan makanan halal and so on. 

Hal keluarga pun terkadang banyak rahsia. Inikan pulak negara. Semua benda berlaku mesti bersebab. Fikir secara positif. Jangan la kaitkan pasal pesawat ni dengan politik negara. Tak ada kena mengena langsung kot. Aku tengok sekarang ni sikit-sikit politik, paling tak tahan kalau boleh dalam dunia ni apa yang silap, semua salah kerajaan. Bencana alam yang datang dari Allah swt pun seboleh2 nak salahkan kerajaan. Tak percaya Qada' Qadar dah kot. Jangan la sebab politik kita yang beragama Islam ni berpecah belah bertikam lidah. Not good not good.

Marah betul rasanya ni. Hihi!

Al-Fatihah untuk mereka yang beragama Islam. Salam takziah untuk semua keluarga mangsa.
Sesungguhnya dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali.

Comments

#prayformh370 #prayforsofuanibrahim #doauntukmh370
#MengenangMH370 atau #RememberingMH370
Unknown said…
troskan berdoa je.just ended not crashed.klu terhempas mane buktinye??still ade harapan lagi.
HyRoSSa NeNy said…
betul2... kdg2 bukan sume bnde yg kite bole tawuk... ne la tawuk kot2 kite tawuk sume rahsia negara... mulut tempayan kte ni akn mnyebabkan kemudaratan yg lebih..

good example yg sepet bagi...ehehehe