Aktiviti malam

Semalam aku tak boleh tidur, bukan semalam je la. Ekceli tiap-tiap malam pun sekarang ni susah nak tidur. Pinggang dah start sakit tak selesa. Ke kiri senak, ke kanan senak. Aku pelik jugak apa benda la over sangat aku ni. Perut bukan besar sangat pun. Kalau dah penat sangat baru tertidur, itupun terjaga terjaga nak buang air. Aku tak merungut tau, saja je cite cite kat korang. Aku rasa benda ni normal untuk orang pregnant. Macam badan extra panas dari biasa, senang mengah, loya-loya. Just take it easy *sedapkan hati*

Sebelum ni aku tak pernah la google pasal ibu mengandung, apatah lagi nak baca buku, beli buku, apa-apa je la. Aku jumpa doktor untuk first check-up pun tepat 16 minggu baru terhegeh-hegeh nak pegi, baru la nak scan ke apa. Selalunya untuk first baby biasanya kita akan cari info sana sini, cari makanan yang sesuai, dah start tengok buku nama anak. Which is bagus sangat berbanding orang macam aku ni. Jangan ikut perangai aku ye.

Aku pemalas membaca, tapi aku suka dengar orang cerita. Selalu aku suruh mak cerita, awal pregant macam mana, elok makan apa, apa yang tak elok buat semua. Plus aku ramai kakak-kakak,  pun dorang ada cerita pengalaman masing-masing. Tu yang aku macam selamber rilex-rilex. Sebenarnya aku takut jugak check up lambat, takut kena marah dengan doktor, tapi doktor tu rilex je cakap takpe. Mak pun cakap dia 5 bulan baru pegi klinik cek. Tapi mak tu boleh terima lagi la sebab anak ramai, aku ni anak pertama, entah apa yang bizi aku tak tau la. Kekeke!

Bila tak dapat tidur ni, dan mempunyai kesedaran sebagai emak, haha! Aku pun google la pasal ibu mengandung. Baca macam-macam info, baru la nak start excited. Pejam celik tau tau lagi separuh tempoh nak bersalin. Kalau masa mabuk teruk tu, rasa lambat sangat masa berlalu. Rasa nak nangis je sebab badan lembik, terpaksa menyusahkan Qery, baring je keje aku. Nasib baik la sekarang dah better walaupun ada hari yang rasa teruk, tapi takde la hari-hari. Boleh terima lagi la. Hihi!


Bila tengok gambar ni, aku punya perut besar dia dalam gambar macam16-18wks. Tak over ke depan lagi. Tapi orang kata start 5 bulan akan cepat membesar. Tapi lepas makan memang keras gila rasa penuh melampau-lampau.

Setakat ni belum rasa baby tendang ke apa, entah la aku pun tak tau rasa dia sebenarnya macam mana, haha! Sebab kadang2 memang akan rasa perut macam lain, tapi tak tau la angin bergeledak dalam perut ke apa. Baby boy atau girl pun tak tau lagi. Qery la lawak, dia kata kalau perempuan nak camelia, tapi kalau lelaki letak kamal je, hahaha!

Aku tak kisah, asalkan sempurna dan sihat tubuh badan. Mak mak selalu macam tu je kan, tak kisah la apa pun jantinanya, berserah je. Anak tu kan rezeki. Dah pukul 3.20 pagi ni. Malas pulak aku nak menaip. Nak tengok kartun jap. Byebye!

Comments

Sheila Salim said…
Assalamualaikum... bestnya. sheila awal2 dah pergi check up sebab ada spotting. now dah 30weeks. syukur alhamdullilah. tak sabar lagi 10 weeks je. sepet, jaga diri baik2 ye dear. selamat pagi, singgah sambil menabung sini ~~~
Shima Mazlan said…
salam,
lame xleave komen kt blog ko ni .. malas nk taip tapi suka baca .. wahhh .. aku rse baby kte sama week la .. aku now dh masok 21 week .. aku bersyukur sgt2 sbb 1st trimester aku xterok mcm ko .. sama la ngn aku dh start sakit pinggang n xselesa time tido .. baby aku dh start menendang n aku dh dpt rse movement baby .. nway .. take care yer .. bye

IEJA 3SHA said…
Hai dear...
Me dlu ank first kn..bru pregy sbulan lebey dah g check up...haha..yg at klinik tu prot smua boyot me je rata..punyer excited kn..smpi nurse tnyer dtg klinik nak wat pe..skli blik mak bebel ngapa awal sngat dah g...tp itu pngalaman kn..haa skrang ank dah 3 yg last hri tu dah dkat 6 month bru g...tp yg pnting jge pmakanan, asid folic tu pnting awal pregy
Ok dear...take care yer