21 hari arwah abah pergi

Lebih kurang 10 hari lepas arwah abah pergi, mak balik kampung sebab nak tengok opah. Opah pun sakit tak boleh bangun. Penyakit hati opah tu mungkin dah teruk jugak sebab kata mak hospital pun dah tak nak ambik opah. So opah memang kena baring kat rumah je la. 

Opah tak tau pun abah meninggal. Sebab Cik Intan tak nak opah terkejut. Biar mak yang bagitau nanti. So bila mak sampai sana, opah terus tanya mana Noh. Mak pun explain abah dah takde, dah meninggal. Menangis-nangisla marah kenapa tak bagitau sebab abah tu menantu kesayangan dia. Ini mak la cerita dengan aku, sebab aku tak balik kampung. 

Mak kata dia balik kampung mungkin 2 3 hari, so aku takde la call ke apa. Tetiba hari ke 3 mak call.

Aku : Hello mak rindu kita ke?
Mak : Rindu la
Aku : Mak dah kat mana? Dah balik rumah ke kat kampung?
Mak : Kat kampung lagi, takde sorang pun call mak, selalu kalau mak balik kampung dulu hari-hari abah call mak.

Pftttttttt. Perasaan bersalah tu macam tertikam jantung aku sekejap. Huhu!

Terus aku teringat, abah aku ni memang manja sangat dengan mak. Kalau mak balik kampung subuh sampai kampung pukul 10 pagi macam tu, petang abah call, malam abah call. Kejap-kejap abah call. Aku dengar la sebab abah tu suara dia kuat. Nanti kang tetiba abah masuk bilik aku cerita 'Mak kau kat kampung makan kat restoren ikan bakar' kang kejap lagi masuk bagitau 'Mak kau harini jalan-jalan dengan Cik Intan'

Walaupun dah tua tetap dia tak lupa isteri dia, call tanya khabar, asik nak rindu je. Bila balik rumah abah terpanggil-panggil mak, bukan nak cakap apa pun. Saja je panggil. Itula kadang2 bila abah balik, mak dengar je motor abah terus mak menyorok. Lepas tu kang abah tercarik-carik. Bila jumpa mak nyorok belakang pintu bilik, dua-dua gelak. Motif sangat bermanja depan aku. Haha!

 Abah dia manja dengan semua orang, Dengan aku pun suka je manja-manja. Tapi dia manja yang jenis mintak barang, haha! Aku tengah buat keja tetiba dia masuk tunjuk beg kerja dia dah tak cantik la, dah koyak la. Dulu kan aku jual beg. Nanti dia pilih la mana dia nak. Pastu nanti bagi hint kasut dah koyak la, belt dah nak tercabut la, baju dah takde la, seluar dah sempit la.

Bila dengar rasa nak gelak je, sebab cara abah cakap tu memang nak suruh beli pun. Hihi! Abah suka la mintak kat aku, sebab aku dulu kan hari-hari keluar. Bila mintak esoknya dah dapat. Siap kalau request malam, tanya esok boleh dapat tak. Kekeke!

Bila raya je, memang dah kerja aku membeli seluar abah. Memang dah tau la pinggang berapa inci, pastu nak potong berapa panjang. Tapi tiap kali beli kena tanya abah sebab takut dah gemok ke apa kan. Ada satu hari rasa luluh sangat hati aku ni. Masa berat abah turun, aku teman pegi hospital. Abah kena baring angkat baju sebab doktor nak cek. Aku tengok seluar dia dah longgar, itupun dia pakai belt, still nampak seluar tu berlipat-lipat. Balik tu terus suruh abah ukur pinggang berapa, aku belikan dia seluar baru.


Ekceli aku memang ada buat entry pasal abah. Tapi aku tak nak publish lagi. Walaupun abah pergi tak sempat nak tengok baby pertama aku, tapi dah cukup alhamdulillah abah tau aku mengandung. Pun bersyukur abah sempat jadi wali aku.

Itu sahaja ye. Bye bye =)

Comments

Rosewina said…
Manjanyer arwah abah kak sepet,,lebih kurang prangai arwah papa rose,suke manje2 dgn mama and anak2nye..

Al-Fatihah
attyfir said…
alor sedih pulak kty baca.
sbb arwah abah kty dulu pun.. kalau nak apa2 mesti mintak kt kty .
smpi ada masa tu siap tunggu kty abis kerja sbb nak suh belanja teh tarik..

kdg tau je port kty lepak mana nak bfast..tertiba je abah muncul ..

sedih lak..kalo ingat sbb mmg rapat ngn arwah abah..

al fatihah utk arwah pakcik noh dan abah kty..semoga ditmptkan dikalangan org2 yg beriman.
Aleen Afifi said…
sedih plak kita baca entri ni.

sbb kita xda abah mcm abh awk.xpe kita nk pg tgk abh kita la hujung minggu ni.

bimbang xsempat tgk kang kita menyesal..huhuhu...sobsobsobs
Miss arfisa said…
sabar na sepet. alfatihah
mama jariss said…
sedih la pulak.bergenang2 air mata ni.. kena cover..sebab dalam kelas...kang student nampak.....:-)
mesti mak sepet org yg paling sedih, kan...sebab diorang sangat2 rapat.....
sebaknya....
Al -fatihah untuk arwah abah sepet...
Unknown said…
Uwaaa...sedih baca entry sepet ni...tak dpt bayangkan kalau kita ada kt tempat sepet..al-fatehah
Tinta Farah D said…
Alfatihah..hiba rasa hati...
Unknown said…
al fatihah....teringat arwah ayah...
Norma NML said…
Slm takziah Adik Sepet..akk doakan arwah abah awk ditempatkan diklgn mereka yg beriman dan beramal soleh.
Mimy Hamid said…
AlFatihah buat pakcik Noh..perangai dia macam abah akak..suka call isteri...jerit panggil mak ko mana...Ya Allah tabahkan la hati mak awak
Felis Domestica said…
mmg sedih kalau berada kat tempat sepet...

terutama ayat ayat akhir. berat mata membaca ayat itu, berat lagi bahu yang memikul... (**boleh ubah peribahasa sendiri )

Sepet happy, Arwah pun happy.
shuhadah Zainol said…
sedihnya baca entry ni.... saya pon manja2 gak ngan abah saya..sbb saya anak bongsu... perempuan sorang plak tu..huhuhu...

bersabar ye sepet... arwah sgt berbangga punya anak sebaik sepet...

Alfatihah tuk arwah pakcik noh..
ietams said…
sebak rasa hai ni bace entry ni..
Irfa said…
tisu mana tisu?
*sebak*
Mass said…
sedih dan sayu sepet....semoga Allah menempatkan almarhum dikalangan orang yg soleh disisiNya..amin
sorry sepet.. i baca entry u ni.. i pulak yg menitik2 air mata.. x tau la kenapa(sedih x bertempat).
kak. sepet.. beruntung sgt awk.. ayah sy meninggal umur sy 13 tahun.. x kenal dunia lagi.. :'( x dapat rasa macam kak sepet rase..