Dec 31, 2014

Kenapa tak babywearing?

Hallu everybody. Ramai orang tanya kenapa Sepet tak babywearing? Mudah tau. Nak buat kerja semua pun senang. Nak masak boleh, kalau shopping lagi mudah. Nak masuk toilet pun boleh bawak baby.

 Ye opkos i know memang banyak kebaikkannya bila babywearing ni.

Jawapan kenapa aku tak babywearing adalah....

1. Aku malas.
2. Aku malas.
3. Aku malas.
4. Aku malas.

Boleh? Hahahaha!

Kerana bila kita pakai babywearing, semua benda pun kita boleh buat. Aku rasa cam, ish tak bestnyaaaaaaaaa. Kalau semua perempuan buat kerja dalam rumah, bila masa kita nak rehat? Apa guna suami? Ha gitu...

Eh Sepet. lelaki pun boleh babywearing jugak tau.

Ye, tapi tidak suamiku, kehkehkeh!

Kitorang pernah cuba pakai masa IzzQaiser 3 bulan, masa tu jalan2 shopping. Opkos la Qery kena pakai. Itulah gunanya sang suami. Tolong isteri semasa isteri nak shopping. Aku pegang kalau Izz Qaiser nak menyusu je. Muahahaha! 

Qery jenis kuat berpeluh. Ko suruh dia sidaikan baju pun dia dah basah lenjun. Kalau dia tak selesa pun dia akan berpeluh. Bila aku mintak dia pakai baby carrier, habis basah baju dia. Elok2 seronok nak gi shopping, terus kena balik rumah je. Huhu!

Kenapa Sepet tak pakai? Tak baik tau. Sepet kan Emak, berkorban sikit untuk anak apa salahnya. Nanti kalau babywearing rasa anak dekat je tau dengan kita. 

Maksud anak dekat dengan kita? Kat sini aku tak berapa pasti sebab aku tak babywearing pun tetap Qaiser melekat dengan aku. Huhu! Baby akan rasa nak dekat dengan kita ekceli sebab kita ni emak dia. Kita susukan dia. Kita yang jaga dia. Opkos, aku suri rumah kot, kadang2 anak perlu jugak penjagaan dari ayahnya. Dah kenapa tak boleh nak berenggang langsung pulak dengan maknya. haha!

Nanti nak hantar rumah Nenek pun susah dah kalau nak melekat dengan aku je kan. Huhu! 

Anak satu boleh la dukung. Tengok nanti anak 2 3 orang, ko nak dukung semua?

Kalau anak aku 2 3 orang, pandai la aku jaga. Haaaa gitu.. Hahahaha!

Sepet tak pakai stroller ke?

Setakat ni Izz Qaiser tak nak masuk pun dalam tu. Jadi bila bawak tu buat penat je. Dah la berat. Sekali dia takmo pakai. Mungkin dia dah besar sikit, aku dah tak larat nak dukung baru paksa dia naik stroller. 

Bukan lah maksudnya aku tak pakai babywrap langsung tau. Aku pakai bila aku nak pakai sahaja. Aku rasa bila pakai babywrap, aku tak boleh nak gojes sangat. Aku tak kata korang tak gojes eh. Aku cakap aku je. Nanti kang tak pepasal sentap. Hihi!

Dan aku sangat menyayangi pinggangku. Kalau kita asik angkat benda berat terlalu lama. Boleh effect lutut, tumit, dan pinggang tau. Aku bukan nak beranak sekali. Aku kalau boleh nak beranak banyak banyak banyak kali. Hihi! Simpan tenaga untuk anak yang kendian. Krik krik krikkkk..

Haritu aku ada baca kat mana entah, ayatnya 'dukungla anak tu puas-puas masa dia kecik, nanti dia dah besar, dah kawin, dia jarang balik baru nyesal masa kecik dulu tak belai, tak dukung puas-puas'

Erk? Aku belum dengar lagi masa mak bapak aku nak kawin kan anak-anak, dorang rasa nyesal sebab dulu tak dukung puas-puas. Mak bapak aku masa anak2 nak kawin dorang rasa happy kot. Lepas beban. Haha'

Nanti dah besar sikit, awak duduk dalam stroller je tau. Sekarang ni mampu lagi la nak dukung. Senang nak passing. Kalau dia nangis aku dukung, kalau dia nak susu aku dukung, kalau dia bertenang and nak tidur aku bagi Qery. Dah lenguh dedua kita balik rumah. Hahaha!

Kepada yang suka pakai babywrap, teruskan. Baguslah. Tak kata tak bagus pun. Pilihan masing-masing. Aku je yang malas. Ada lah alasan aku kalau malas nak masak. Muahahaha! Boleh bagi alasan IzzQaiser asik nak main agah-agah je. Kekeke!

Kita ni perempuan, kalau kita tunjuk kat suami kita boleh buat semua, kita ni serba boleh. Ehhhhhhh besar harapan semuanya nanti kita kena buat sendiri. Lelaki ni bukan boleh. Sebab tu banyak benda yang walaupun aku boleh buat, tapi aku tak nak buat.Sekali kita boleh buat, bila kita dah tak nak buat, nanti suami argue, eh haritu awak boleh buat sendiri, tetiba sekarang nak saya tolong pulak. Eh eh eh???

Jadi isteri, kena bijak. Bijak jangan tunjuk kat suami, simpan je untuk diri sendiri. Bijak auta jugak ye. 

Mesti lelaki lain bersyukur tak dapat isteri perangai macam aku, hahahaha!

27 comments:

berry said...

setuju dengan entry kalini. kang jgn ade yang sentap pastu nak kondem plk. mama babywearing ni ramai yg taksub. iolls dah lame nyampah dengan geng mama berbabywearing yang taksub ni. yg taksub je taw. yg tak taksub iolls tak nyampah. haha

ijan said...

hehe. suka sangat bebelan Sepet dalam entry ni.. Sangat memahami..Thank u sepet.

Sheila Salim said...

Assalamualaikum sepet. hehe betul tu.. pilihan masing2 :)

bibi yusof said...

sepet... i pernah nk berbaby wearing.. beli bobabwrap... pastu tk pandai pakai.. pastu rase baby asyik nak jatuh je..
pastu satu lagi sebbnye kalau berbaby wearing tk nampak la baju i yg gojes itu.. hahahaha..
i prefer baby in the stroller.. dulu awal awal nk bg derang ni suke.. letak kejap.. bile tk suke angkat..bile ok letak balik.. gitu la kekdah nye...

Juls Julie80 said...

Kita ni perempuan, kalau kita tunjuk kat suami kita boleh buat semua, kita ni serba boleh. Ehhhhhhh besar harapan semuanya nanti kita kena buat sendiri. Lelaki ni bukan boleh. Sebab tu banyak benda yang walaupun aku boleh buat, tapi aku tak nak buat.Sekali kita boleh buat, bila kita dah tak nak buat, nanti suami argue, eh haritu awak boleh buat sendiri, tetiba sekarang nak saya tolong pulak. Eh eh eh???

SEPETTTT >>>. paling suka ayat kat atas tuuu...mmg nnt suami akan ckp, dulu boleh jer buat..knp skrg x blehhh.. huhuh

Miss arfisa said...

terbaik la sepet. suma persoalan terjawab.gooood!!!

yana2605 said...

hehehe..saya pn tak suka pkai babywrap tu sbb rasa mcm tak confident je..asik risau ikatan tu tak kuat je..pstu rasa mcm ank lemas je duduk mcm tu..so mmg suka letak dia dlm stroller..dia suka tak suka duk situ..
psal laki ni mmg kita tak bole bg muka sgn nnt semua benda dia lepaskn kt kita je so bia sama2 handle..selalu klu keluar termasuk gie makan mmg suami yg handle..sy akn jln lenggang kangkung and mkan dgn tenang..

Unknown said...

pilihan masing2...bio le kalau yg ber baby wearing taksub sekalipun..hak die..kite xnak pakai sudah..ye dok

Cik Puan Kocik said...

ada logiknye gak entry nie sepet....thanks for sharing. heheheh. ayat last tak menahan tau

mama maman aka yana said...

setuju.. jgn bagi muka kat laki.. ai dah kena.. asyik kena berdikari sajer.. aduh

cheekychubbycutegirl said...

Kita ni perempuan, kalau kita tunjuk kat suami kita boleh buat semua, kita ni serba boleh. Ehhhhhhh besar harapan semuanya nanti kita kena buat sendiri. Lelaki ni bukan boleh.


suka sangat ngan ayt sepet yg kt atas tu..setuju 200%..pernah jugak dengar penceramah dalam tv haritu cakap isteri jgn tunjuk gagah serba boleh sgt.bagi dia susah skit,baru 2 3 4 5 puluh kali pikir nak bukak cawangan.penceramah tu kata,bukan ifnir.hehe

Unknown said...

Sempoi je sepet ni yer.. hihi like2 entry diatas.. :)

MK said...

akak suka part yang buat2 jadik wanita lemah tu...hihihih...tu mmg terbaik!! akak dah amalkan 10 tahun deknon sejak jadik bini org ni.

ko mmg bini yg bijak!! haha

Irfa said...

akak sokong 6juta kali
betul, masa ni lah nak didik suami bekerjasama. jgn anak dah 3 baru nak suruh itu ini, dah terlambat.

tabik spring kat sepet
wpun boleh buat semua, jgn nak jd superwomen sgt

BABYBOO said...

Setuju sgt! Lagi satu baru lepas beranak, nak balik drp wad, gagah giler mak2 nk dukung anak, laki melenggang pegang beg tgn je! eh eh eh...xsyg bdn ke apa...

MMg la nk ank rapat dgn kita bla..bla..tp bertempat ye mak2 sekalian alam. Bila anak dh besar skit, anak smpai berbelas kilo mak2 nak mendukung jalan jauh, mengada sgt dh tu.. Pass kat suami, depa strong. Kita jg bdn ye nti peranakan terjulurlah, tumit sakit la, tua nti semua nak sakit bru tahu.

:p

::Em Hej:: said...

Btl tu sepet. I setuju..kite pompuan tak payah nak tjuk pandai buat semua bnde..dr dulu lg i pegang pendirian yg jgn nak buat semua bnd..sikit2 sudah..laki ni kalau semua bnde kite tjuk kite pndai nt skit2 suruh kite buat..ai tiap kali keluar shopping or pegi jalan2 mmg xpenah dukung bby kecuali kalau bby nak susu atau die nangis nk dkt ai..semua husband yg dukung or kalau nak BW pun mmg suami yg akan pakai..nt tak gojes la..haha..lgpn i buat alasan tgn sakit..xlarat nk dukung bby lame2 smbil buat muke kesian..pandai kan..haha..tp mmg tgn sakit pun 😭

Miss Moon said...

sepet

salah satu sebab kenapa akak tak baby wearing adalah sebab

nanti lemak lemak akak terbonjol kuar ...( akak maluuuuuuuuuu hahahha dah la mak nih bumper preve )

tapi sapa nak pakai boley je kan . tak der masalah .

tapi akak telan air liur jugaks bila ada org rekemen beli harga murah je kak ..... rm 900 telan air liur 900x hokeyyyyyyyyy

sudahnya anak akak duk stroller je ...stroller bawah RM 100 senang ...kecik n ringan . Langi pun akak anak 3 dah pun kan ekekkeke

Izwan Komari said...

Belum dikurniakan rezeki anak...seronok tgk org lain dh ad anak...

Unknown said...

setujung komen berry tu.. mama babywearing ni terlampau taksub.. mcm benda tu xbuat kita berdosa je.

and setuju sgt dgn sepet, kalau semua benda kita nak buat, sedap la laki kita dok goyang kaki je..
xyah nk tunjuk sgt kita ni multitasking,superwomen ke menda, biarla kita nampak lembik pon as long sama2 buat keje

viruspadu said...

So skrg dah faham kenapa andak lepas kawen jadi lemah lembik? HAHAHAHAHA Padahal.....

ninnah shafawati said...

Hihi ade gak beli babywearing ni...tapi tiap kali keluar hubby yg pakai...werk2 berpeluh2 dia.pakai bape bulan jek pastu simpan hewhewhew.

eenaimanina said...

setuju sgt....bg le kat incik laki yo babywearing....semua kat kita..pensan...selalu kalau kita mmg hand over ke encik suami je...pakai baby carrier....kalau kita kua sendiri...ltk je baby dlm stroller...tolak...setel....good entry!

rini.borhan said...

haha..seronok baca entry sepet + komen kengkawan atas ni... eh! apsal ramai sgt suka ayat last tu..amboi korang tak hagak..para suami ade baca tak..

rini.borhan

FadMN said...

I olls pun tak baby wearing.tak gheti nak wrap.pastu nanti kedut baju .hahhahaha.suami kan ada.sila dokong.
FAD

Zai Zamree said...

setuju sgt2...

suka ayat yg last2 tu...eh..eh..eh...

kedinkyst said...

Aku pun rimas pakai baby carrier lagi lagi anak makin berkilo kilo.. sakit pinggang dah ni wei!

Unknown said...

Terpulang hak masing2... Jgn ada yg sentap duk meratap org lain xnak berbabywearing...