Aku rasa semua orang pernah rasa tension kot. Tak kisah la tension penat tak rehat-rehat ke, tension jem ke, gaduh dengan pakwe ke, banyak keje ke, takde keje ke. Amboi sangat takde keje pun nak tension. Tension aku mendengarnya, haha!
Lain orang lain kan cara mengatasinya. Ewah, cara mengatasi okey. Feeling budak sekolah menengah pakai tudung bawal jahit tengah. Tetiba.
Ada orang kalau tension je makan. Aku ni tension ke tak tension ke makan tetap makan. Kalau tak dapat makan boleh amarah sangat. Rasa nak tarik rambut Qery dan hentak2 kepala kat bantal.
Ada orang kalau tension je dorang jalan-jalan gi pantai. Ada orang jalan-jalan shopping complex. Tak beli tak apa. Asalkan jalan-jalan. Gitu.
Aku pulak?? Aku kalau tension, aku suka masuk pasaraya beli sayur, buah-buah, keropok, biskut comel-comel. Haihhhh.. Tebiat ni aku perasan sejak aku tingkatan-tingkatan lagi. Kalau tension, pegi kedai, beli biskut yang comel-comel. Kalau duit banyak sikit, pegi pasaraya beli sayur.
Bunyi macam alalalala bagusnya beli makanan tak membazir. Mihmihmih! Jangan kau berfikiran sebegitu rupa ye. Sungguh tidak adik bagiku. Huhu! Sebenarnya, apa yang aku beli 50% aku tak makan pun. Dulu sebelum kawin, beli itu ini sumbat peti ais, tukang makannya mak abah dan sesiapa je la yang ada kat rumah. Aku dulu liar kan, mana reti duduk rumah. Wakakakaka
Bila dah kawin, kengkadang sayur tu basi je dalam peti ais. Basi? Layu la kan. Pemendeeeee la Sepet ni basi basi basi. Kalau tak layu pun dia mesti dah hitam atau dah tak keras. Paham tak tak keras tu camne. Huhu! Kalau sayur kailan kan kite pegang dahan dia (lemah lembut tak sebut dahan, muahaha) kan dia keras. Kalau dah lama terbiar dalam peti, kite pegang dia cam lembik. Eh LEMBIK lah berpakataan ittew. Kalau dari tadi aku bagitau sayur dah lembik kan senang. Haih. Nyampah. Penat taip.
Haritu masa interview majalah Ibu&Anak, Kak Fiza tanya aku tak tension ke kerja camni. Tak ada cuti, kerja 24H, melayan customer macam2 ragam. Tension? Kalau takde customer kot baru tension. Haha! Aku suka sangat-sangat meniaga. Asalkan barang yang aku nak jual tu aku suka. Gitu.
Tapi baru-baru ni, aku terfikir jugak. Agen-agen aku ni suka tak meniaga. Agen aku dah hampir 100 orang tau. Bukan 100% semua nya minat nak berniaga. Ada yang terpaksa sebab nak bantu family. Ada yang minat tapi tak ada semangat. Ada yang minat tapi selalu kena kondem. Ada yang minat tapi tak pandai nak start. Stok beli tapi malu nak jual. Gitu.
So semalam masa jalan-jalan kat Alamanda, tetiba terfikir nak bagi reward kat agen yang bertungkus lumus jual BB Cream. Ekceli aku sebenarnya memang nak bagi something kat agen tapi nak bagi tanpa pengetahuan dorang. Sebab aku tak nak dorang jual semata-mata nak dapat reward. Gitu. Nanti niat dah jadi lain. Tak nak camtu. Tapi pepahamlah aku pun excited, muahahahaha! Haa terbagitau jugak dalam ig. Lols.
Bila bagitau, bertambah semangat dorang. Suka la hati kite tu.
Jakun masuk Coach. Aku tak pernah membeli barang kat coach kecuali perfume masa kawin haritu. Hihi! Jadi nak amik gambar pun takut. Siap tanya lagi abang tu boleh ambik gambar ke tak. Kalau kedai LV kan tak boleh ambik gambar, tu yang cuak-cuak takut kena usir pulak. Dah la rupa pun macam kampungan, kalau dia panggil security acaneee...
Nasib la abang tu baik. Dia layan je walaupun iolls nampak cam wanita terdesak. huhu! Tak terlintas pun nak beli sekali 3. Ingatkan nak beli 1 je la untuk best agen. Pastu Qery kata takpe la. Ada diskaun ni, beli la 3 boleh kongsi rezeki 3 orang. Amboi baiknya lah bos SQB ni. Iolls ikut kan aje.
Korang yang penggemar handbag Coach sila terjah butik dia kat Alamanda ye. Bahagian belakang sekali tu yang ada diskaun. Bahagian depan2 takde diskaun. Pandai tau dorang, saja letak belakang bajet boleh meng-kaburi mata ku. Tidak ye. Aku kalau masuk kedai mesti round belakang dulu baru round depan. Ni kalau aku jadi mak mertua, jenis mak mertua melawat kawasan dapur dulu, baru ruang tamu. Awas sangat sapa yang kawin dengan Izz nanti. Muahahaha!
Qery pilih semua yang aku tak minat. Dia tunjuk itu itu itu aku geleng kepala no no no. Tak cantik. Pastu abang jual Coach tu buat2 tak dengar aku cakap tak cantik. Haha! Berani sungguh minah ni mem-buruk2 kan beg yang aku jual. Kata abang itu di dalam hati.
Suka beg ni. Ok beg ni aku beli ye. Siapa la yang dapat tu. Untungggg laaaa.. Huahuahua!
Dulu kan, masa aku jual macam-macam produk. Jual 1000 botol dalam masa sebulan pun tak dapat apa-apa reward tau. Sobsssssss... Reward beli sendiri tapi tetaplah aku bersyukur.
Belikan dompet Qery jugak. Dompet hantaran dia dah koyak. Aku pun cakap lah dengan Qery, best agen dapat handbag, bos besar dapat dompet. Aku????
Aku dapat air minuman ni je. Huhu! Syukurlah dapat free boleh basahkan tekak. Kebetulan aku tengah ulcer ni susah benau nak makan. Takpe lah, esok pegi pasaraya beli sayur sebagai reward untuk diri sendiri. Kekekeke!
Siap mintak dorang balutkan terus. Senang aku takyah balut2 lagi. Tak sabar rasanya nak bagi kat pemenang.
Shawl beli kat @byceeranoh, baju dan seluar kat LeisureMall. Pegi cari sendiri ye. Huhu!
Aku berharap kuranglah tension agen2 ku menjual BB Cream. Dorang ni lah tulang belakang ke dua aku. Susah payah naikkan nama Seqy Beauty. Product baru yang belum boleh bertatih pun lagi. Auww ayat rasa nak lempang. Haha! Ok lah semua.
p/s : Nak tanya, korang kenal tak blogger Jumie Samsudin. Yang pernah buat entry pasal Asma kes MH17 tu. Dia kalau review product kan seikhlas hati dan memang detail melampau kan. Kite nak bagitau, Jumie tu ada review pasal BB Cream SQB jugak tau. Jom la baca. KLIK SINI =P
5 comments:
chinnng chinggg...ching....berangan pon jadikla....hahhahahah
congrets agen yg bakal dapat...
utk org2 skudai jb...nak dptkan BB Cream
meh wasep2 kite 018 28=777794
Bestnya Shopping. Akhir2 tahun ni, banyak pulak SALE.
Masalah Kulit Kering Dan Berjerawat
jeng jeng jeng
Klo pompuan nak hilangkan stress memang dengan shopping atau makan.. itu saya hehe
Alhamdullilah , rezeki dikongsi bersama.bagus la sepet & qery.semoga terus berjaya & dilimpahi rejeki.
agak2 andak tak dapat.tengok kemain lajuuuu jual tu.heheh.
FAD
Post a Comment