Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Dec 12, 2014

Excited pulak kite. Hihi!

Semalam banyak benda yang buat aku bertambah-tambah semangat tau. Pertamanya ialah dah start bagi BB Cream kat artis. Siapakah artis itu? Kalau korang follow blog Seqy Beauty atau ig aku mesti la dah tau. Hihi! Berurusan dengan manager kak Yatt Hamzah.


Bagi Kak Yatt free product untuk dia review kat ig. Seronok. Walaupun aku tak berkesempatan nak jumpa. Sepatutnya aku ikut pagi tu, tapi sebab tak boleh tinggalkan Izz Qaiser rumah mak mertua, so nak tak nak Qery kena pegi sorang.

Bukan tak boleh bawak anak, boleh je. Cuma kalau Izz Qaiser buat perangai susah sikit la. Lagipun bukan nak jenjalan makan angin pun. Huhu! Frust jugak tak dapat jumpa, tapi takpe. Sebab nanti nak bagi product SQB yang lain jugak kat Kak Yatt, so mungkin ada sinar harapan lagi untuk ketemu. Kihkihkih!

2nd, aku happy sebab BB Cream dah masuk beberapa vendor dan butik. Happy sebab vendor tu milik kawan satu dorm sekolah teknik dulu. Hihi! Kalau korang pernah Pop Donna, yang dah ada 3 cawangan tu. Melaka, Senawang dan Bangi. Tapi BB Cream baru masuk 2 cawangan Pop Donna kat Melaka dan Senawang.

Ada jugak agen yang bawak masuk BB Cream kat butik area Perak. Korang boleh check blog Seqy Beauty, aku ada update kat sana. *sengihsorangsorang*

BB Cream kat Pop Donna cawangan Senawang

Agen BB Cream bersama owner Pop Donna (Izzati Insyirah)
3rd, happy dan bangga dengan kawan aku Izzati Insyirah atau nama glemer dia Eazy. Masa kat sekolah aku panggil dia 'kechik' sebab dia kecik molek orangnya. Gambar Kak Jemah dengan staff yang jaga Vendor kat Senawang tu pun kawan aku jugak Nadia. Kitorang semua satu dorm masa tingkatan 5.Semua sebaya iolls, 26 tahun. Hihihi!

Aku pernah bagitau kan, Kechik ni la yang banyak tolong aku masa mula-mula nak bisnes online. Dia stokis dan aku dealer bawah dia je. Macam2 la soalan aku tanya itu ini sebab tak pandai. Hihi! Tapi dia jawab je dengan berhemah. Sekarang tokey vendor, siap bukak 3 cawangan lagi.

4th, happy sebab start next week aku akan start jual Cleanser SQB. Tapi stock very the limited. Huhu! Nanti dah ada aku akan war-warkan kat sini dan details korang boleh refer blog Seqy Beauty.

5th, seronok sangat bila dapat agen-agen yang positif. Sebab dorang semua lah aku berusaha untuk terus maju lagi walaupun terpaksa merangkak-rangkak *slow sebab aku dengan Qery tak ada pengalaman, belajar pelan-pelan, huhu*. Aku tak ada niat nak kaya raya beli handbag mahal-mahal, beli yang limited edition mahupun nak berjoli sakan. Aku buat ni semua dengan niat nak bantu sama-sama kawan yang ada inisiatif dan usaha untuk naikkan taraf hidup sekarang yang penuh pancaroba ini. Huhu!

Terima Kasih kat pembeli SQB. Yang tak beli tapi gigih promo produk SQB pun aku sangat2 berterima kasih. Korang tersangatlah membantu. Sebab tu aku sayaaaaaang korang semua. Hihi!

Nantikan product terbaru SQB nanti tau tau tau. Kbye =)

11 comments:

Mek Onie said...

beestttttnyaaaa ..semoga maju jaya kak sepet :D

elle-amin said...

Alhamdulillah, terbaik! (Y)

CT Humairah said...

wow maakin masyuk pasni insyallah ^^

Alongxp.com said...

wah... masyuuukk... huhu... tahniah dan semoga makin maju ye...

eyza said...

Touching plak bila kak eyza baca ni.. tq jugak pada sepet sebab bagi peluang pada kami ni semua untuk jadi agen.. Sayang sepet n agen2 yang lain.. dah macam satu family kan? :)

MamaAliya said...

semoga terus maju jaya sepet.happy tengok ramai melayu yg jadi usahawan.

misz sheyla said...

kuarkan facemist...suka pakai benda alah ni

Sya Mimie said...

Asslmkm sepet. Seronoknya tgk awk dh berjaya dlm bisnes. Kta sbYa awk jgk. Surirumah. Tp xdpt nk cri bisnes apa yng sesuai dgn diri sndiri. Seronok tgk orng yng berjaya.. :-)

Latifah said...

Taniah sepet dh ade produk sendiri. Semoga maju jaya.. Usaha luar biasa hasil pon luar biasa.. usaha biasa2 hasil pon biasa aje..

Tahniah sepet. semoga maju jaya & jadi jutawan muslimah bertaqwa..

LatifahFazri

Raihanah Ahmad said...

semoga terus berjaya

ikafantasi said...

izzati tu kawan skolah rendah kite..
mmg la comel lote..kirim slm dia ye..ckp ika skolah agama pulai kirim slm..hihi