Main-main photoshoot

Nak cerita pasal semalam. Huyooooo!! Hebat kan. Selalunya aku akan perap cerita sebulan dua, kali ini tidookk ye. Huhuhu!

Minggu lepas hari Rabu camtu la tak silap, Qery kata nak buat photoshoot untuk aku. Kiranya nak ambik gambar bebanyak la. Senang nak buat banner or pamplet. Then banyak la gambar boleh pos kat instagram. Ini tak, asik la gambar yang sama. Nanti orang pun bosan. Qery kata mesti kena ada banyak2 gambar. 

Baiklah. Tak baik durhaka. Mihmihmih!

Contact Onald, nasib baik dia free. Tanya mak mertua dia ada hal tak Ahad sebab nak mintak jagakan anak sementara tengah shoot. Bila dua2 kata okay, baru kita boleh tanya adik beradik kot dorang nak join. 

Ahad nak buat photoshoot, Sabtu tu baru hegeh-hegeh tanya. Haha! Nasib baik dorang free. Cuma kaklang je la tak free, dia dah berjanji dengan kawan dia. Takpe la. Next time mana tau kita ada buat photoshoot lagi.

Dah alang-alang nak buat photoshoot. Andak tanya nak mekap tak. Actually aku nak shoot muka natural je. Tak nak la yang heavy make up tu. Sebab aku pun tak berapa suka make up yang over-over sangat. Aku ni kalau salah make up boleh dijadikan bahan boneka jugak lah. Hahaha!

Sebab kulit aku putih dia kan lain. Selalunya kalau make up tebal memang ala-ala muka nak masuk pementasan opera. Mata pulak kalau salah lukis akan di bahan adik beradik sampai 7 keturunan. Sebab tu lah aku tak suka make up. Selalunya memang aku akan pakai BB Cream dengan lipstick dengan eye brow je. 

Paling menyampah dengan Ceera. Dulu masa tak kawin lagi aku kan selalu mekap dalam bilik dengan dorang sekali. Bila aku dah siap mekap, aku cakap la 'Kite dah siap mekap'. Pastu nanti Ceera akan cakap..

'Muka tak siap mekap ko macam mana? Sama je. Ko mekap ke tak mekap ke tetap sama cam tak siap'

Kongajo sangat kan. Pahit ku telan jua. Huhu!

Fikir punya fikir, eh boleh la make up. Tapi xyah tebah sangat. Nasib baik la kakak-kakak aku ni ramai je kawan dengan make up artis. Nak harap kan aku. Kawan aku Qery je la. Muahahaha! Ok lawak hambar.

Berjanji dengan adik beradik suruh datang awal sebab nak mekap lagi. Amy cakap dia mekap sorang sejam. Ada 5 orang nak mekap. Aku, Atam, Andak, Kakcik and Lina. Dah alang-alang dorang jual BB Cream kan. Lagipun photoshoot tu kat rumah aku je. Boleh la lepak2 sekali. Kalau photoshoot kat studio leceh kot. 

Masa nak posing ni stress gila. Tiap kali aku senyum dorang kata aku senyum fake. Hoi aku memang senyum camni la. Memang aku biasa senyum fake. Lama dah tak senyum ikhlas. Kah!!

Lepas tu, kitorang semua pakai bulu mata pelesu yang sama jenis. Bila tiba time aku shoot. Boleh pulak nampak bayang2 bulu mata tu kat bawah mata. Time orang lain tak ada pun. Onald kata sebab aku putih sangat sampai bayang2 pun nampak. Haihh.. Abis tu nak buat camne. Ada ke collagen bagi hitam sikit. Huhu!

Nak tak nak, bukak balik bulu mata. Mintak amy potong kan. Huahuahua! Kelakau je tak pasal2 kena pendekkan bulu mata. Tapi takpe, tetap jelita. *iyelahtu*

 Kakak-kakak aku yang lain semua make up beriya. Kiranya lengkap la mata pakai eye shadow segala. Aku bagitau Amy, aku cuma nak dia letak foundation, bulu mata pelesu, eye liner, eye brow, dengan lipstick. Mata takyah warna2. 



Start shoot gambar pukul 12 kot. Habis dalam pukul 3 lebih. 
 

Gambar Lina je tak ada sebab dia last make up. Kitorang ambik gambar ni masa dia tengah mekap. Huhu!

Photoshoot ni untuk apa? Haaaaa, nanti dah siap gambarnya korang tau la untuk apa. Hihihi!

Dah habis photoshoot terus korek hidung. 

Eh nak tau tak, aku pakai contact lense warna pink tau. Tapi cam tak nampak sangat kan. Harap2 dalam gambar Onald nanti nampak lah. Bukan senang ok nak pakai. Itupun Andak masukkan lens, atam pegang mata aku. Nangis keluar air mata baru la selamat lens tu masuk kat mata. Sobs..

Ok dengan itu, aku nak bagitau. SQB dah keluarkan product terbaru, iaitu Cleanser. Korang boleh cek kat website SQB ye. Aku dah update sana. Cleanser boleh beli kat Miss Lora SAHAJA buat masa ini. Kalau berminat terus contact Miss Lora 

Order : 019-298 6997
Miss Lora
WhatsApp/Telegram/Msg
Email : seqybeauty@gmail.com

TQ kepada semua yang terlibat. Ecewah. Kbye =)

Comments

Liyliz said…
Mg ada nmpk.bayang tu hihi
s.h.a.m.s. said…
itu onald eh..nape mcm gomok je..hihi
FadMN said…
Muka sepesen jer semua senang nak cam hehehe.
Tahniah sepet.adore u.
FAD
yoorinmelacolea said…
hahahahah.. mentibe teringat pulak kenangan 1st time pakai contact lens.. yan pon sampai 2 orang pakaikan, siap baring2 dah macam nak operate mata.. hehehe..nak bukak kena sendiri..adoii..takut giloss.. dah lama2 okey laa..
raihanah said…
wah mmg ada bakat jadi model ni