Perubahan Izz Qaiser dari bulan ke bulan aku rasa lebih kurang dengan semua bayi lain. 15.12.2014 ni tepat lah dia 4 bulan. Sepanjang menjaga dia, biasalah kadang2 rasa nak bertukar singa. Aku ni walaupun korang tengok cam lemah lembut ala-ala kesayangan mertua, lols tapi aku bukan seorang ibu yang penyabar.
Kalau dah 2 jam aku cuba tidurkan, tapi dia main-main cak-cak tutup bukak mata. Panas jugak hati aku. Orang kata sayang anak tangan-tangankan. Aku rasa aku ni dalam kategori kalau kau tak paham paham cakap sampai 10 kali tak nak dengar jugak meh aku ajar guna tangan. Pilih nak kanan ke kiri. Ha gitu. Qery kalau nampak aku dah bengang tu, cecepat dia ambik anak dia, hahaha!
Dulu masa jaga anak buah memang aku garang. Anak buah aku mencarut terus kena lempang. Huhu! Biar bodoh belajar tapi jangan kongajo. Gitu lah konsepnya. Sebab tu masa aku jaga anak buah, dorang tak berani langsung mencarut depan aku. Aku rasa kakak-kakak aku pun redho je anak dorang kena rotan dengan maksu dia, hahaha! Aku tak suka orang mencarut walaupun perkataan 'bodoh' dan aku rasa semua orang tak suka kot.
Mak aku kata kalau anak orang kite boleh la nak pukul-pukul, nanti bila dah ada anak sendiri, tak pukul pun. Dan aku setuju jugak kata-kata mak aku tu, sebab aku boleh nampak ramai masyarakat sekarang yang gitu kan. Tengok anak orang nakal rasa geram je. Bila anak sendiri nakal takpe. Eh boleh pulak?
Aku rasa aku bukan kategori itu. Kalau salah tetap salah. Salah tetap kena marah, tetap kena rotan. Nasib awak la Izz Qaiser dapat mak sebegini rupa. Sayang ofkos sayang, tapi kalau dah salah tu, silakan merasa hanger. Kahkahkahkah!
Setakat ni, perubahan macam dah pandai pusing, pandai meniarap, pandai hisap ibu jari kaki, suka hisap jari, suka kemam bibir, suka bla bla bla *cakap apa tak tau* dengan suara kuat, pandai buat-buat nangis, tak suka baring. Pastu kawan Qery bagitau anak dia suka baring. Untung laaaa... Untung laaa... *cemburudimanamana* Huhu
Start Izz Qaiser habis pantang, dia tak suka baring. Bukan la kata nak berdukung aje. Dia tak kisah kalau tak dukung, cuma kena dudukkan dia. Dia nak duduk. Kalau kita suruh sandar pun taknak. Kadang2 aku saja suruh dia duduk macam kat kerusi malas tu kan. Tapi dia angkat kepala dia. Nak duduk jugak.
Jadi aku kena adaaaaaa je la dengan dia. Kalau baring nanti nangis gigil-gigil. Yang paling tak boleh bla, sejak dia habis pantang jugak, telinga dia peka gila.
Bunyi aku petik gas nak masak pun dia boleh terjaga. Aku nak masak tak boleh biarkan dia sorang. Mesti kena tunggu Qery balik. Nak buat apa-apa memang kena tunggu Qery, sebab takkan la aku tengah masak, tetiba dia terjaga, takkan nak stop masak. Atleast Qery ada boleh jagakan kejap.
Haritu Qery nak makan kacang pun tak jadi, ko bayangkan bunyi orang mengunyah pun dia boleh terjaga. Der sangat. Tapi bukan la every time dia macam tu. Kalau tengah sunyi tetiba ada bunyi spray wangian automatik tu memang dia akan jaga. Kalau masa dia tengah tidur tu bunyi bising, so dia akan okay je kalau bunyi bising. Cuma selalu malam-malam kan sunyi. Tetiba Qery batuk la, bukak tutup botol air pun dia boleh terjaga. Aku ni bertabah je la. Semalam Qery nak makan kacang, aku dah jegilkan mata suruh makan kat dapur je. Huhu!
Dalam rumah aku laki bini cakap berbisik-bisik ok. Macam lahhh romantik sangat. *matakeatas*
Orang kata kena biasakan budak tu dengar benda-benda bising. Nanti lama-lama ok lah. Entah la aku tak tau la benda tu boleh diguna pakai ke tak. Sebab sepanjang menjaga anak buah aku, memang ada anak buah yang jenis perangai ala-ala Izz Qaiser, tak boleh dengar tapak kaki orang jalan. Lagi parah. Hahaha! Ada anak buah aku tu kalau bom jatuh pun dia lena je.
Ada anak yang kalau kita biarkan, dia ok je main sorang-sorang. Ada anak yang tak boleh tinggal. Ada anak yang tidur mesti nak ada mak kat sebelah. Ada anak yang boleh tido kat mana-mana pun tak kisah. Lain bayi lain peel dia. Ko jangan ingat anak orang lain akan sama perangai dia macam anak ko. Gitu.
Setakat ni baru nak masuk 4 bulan. Tak tau apa pun lagi. Kena marah pun tak paham. Haritu aku membebel kat Izz Qaiser dia gelak beriya2. Geram je tengok. Huhu! Rasa nak gigit pipi tu.
Nanti dah besar tolong mak kemas rumah, cuci toilet, masak, jaga adik adik. Eh? Huhu!
Jangan nak anjeeee angat. Huhu!
16 comments:
hensemnya izz sayang :D
part jaga adik2 tu elok sgt tu haha
omeeyyyyyy shangat qaiser ni... hahaha.. geramm tengok pipi dia...
Aah Sepet anak kita progress lebih kurang je..Anak dara tu pun telinga lintah jugak tu.
sama dengan anak saya Sunan. ada masa dia sangat behave. saya kerja bawa dia kat ofis sebab kerja pun dengan biras,senang. ada masa tu dia boleh je duduk diam dalam stroller and saya just pasangkan kartun or nursery rhythm. diam lah dia. ada masa,dia nak berpegang je. bayangkan buat kerja sebelah tangan. nak menaip,nak fotostat,nak scan bagai. haha. kelakar. kat rumah pun sama. kalau dtg mood x ok dia,memasak dah jadi acara marathon. gilir-gilir depan belakang. sabaaaaarrrrr...
comelnyeee izz haha caption gamba kelakar. jaga adik2 ye...hehehe kamon !
same la perangai anak kite sepet...mmg kena betabah la...anak I umo da nak 2 tahun...dari baby sampai sekarang..xd perubahan pun..nak ngadap die 24jam..tido kne sunyi sepi..n yg pnting..angan2 mak die nak jadi ibu mishali..hancur bekecai...sbb da jadi mak singa hari2..heheeh..
akak pun garang
sian anak akak dapat mak garang, hihi
nak anje2 ada masanya
ko buat perangai, mmg dapat upahnya
comel sgt pipi tu
sama la anak kita..anak saya time dalam pantang asyik nak berdukung je, dukung kena ada jara, badan dia kena menghadap depan coz dia suka melihat sekeliling..takleh tinggal langsung nanti terus melalak macam kena pukul..takleh buat bising bila tidur..buka tv slow-slow, jalan terjingkit-jingkit..batuk and gelak tertahan-tahan..tapi makin lama makin ok..sekarang kalau tidur dah lena, bunyi bom pon wat derk je..cuma still takleh kena tinggal sorang2..
Hahaha teringat plak aanak saya masa baby 5 thn yg dlu... pantang bunyik sikit cepat je la jaga.... bercakap pun bisik2 kalai dia tido hmmm cepatnya masa berlalu thn dpn nak jadi abang dah dia...
Maybe sepet boleh pkai carrier.. senang sikit buat keje..
hehehe so cute
quick response ^^
tolongla buat banyak2 lagi entry pasal anak. sangat comel dan kelako. anak kite pon sama ngn izz tak ske baring n telinga peka. klu br jk dpt tdowkan dia tu tetibe ada bnd jatuh dia akan terjaga lalu ngis dan akan menyesal dan menyalahkan diri sendiri sbb jatuhkan benda.
Comelnya baby....
sepetttt.. telinga anak kita sama kalau malam... dahlaa jenis malam tanak tidoooo...pening semorang..pernah die buat dr kol 12 mlm sampai 6 pg.. kalau time malam..jgan harus buat ape2..melainkan baring sebelah die dengan pegang hp silent mode..sampai papa die bersin pon i jegil mata..last papa die bersin sampai tekup ngan bantal...hahahaha..nk kentut ponn aku suruh tahan...kentut esok je...hahahaha
Post a Comment