Minggu gaji ni memang macam biasalah, bizi dia lain macam. Rasanya semua online seller memang dah get ready mental dan fizikal kot. Hihi! Aku pulak pening kepala. Pening bukan sebab melayan customer ke apa, tapi sebab stok BB Cream dah nak habis. Aaaaaaaaaaaaaa..... Tatot...
Harini nak ke kilang follow up barang. Sebab buat dalam kuantiti yang banyak, so ada je la yang tak cukup. Bahan mentah lambat sampai, botol sampai tak cukup, bla bla bla bla. Huhu! Ada je tak siap itu la ini la, saja nak mengguris hati kite ni. Auwww!!
Ekceli kan, aku tak expect barang akan jalan laju, sebab aku tau barang baru keluar pasaran. Plus masih dalam proses KKM. Plan memang nak jual sendiri sampail lah KKM keluar, tapi ramai yang beli dan dah cuba BB Cream ni terus nak jadi agen. Bila fikir-fikir, baiklah baiklah. Aku open terus untuk agen.
Tapi tak sedar stok tinggal sikit. Lupa kilang kata mungkin barang boleh siap dalam next week Khamis ke Jumaat gitu. Sob sob sob. Jadi terpaksa la terus tutup pengambilan agen buat sementara waktu ni walaupun sebenarnya nak ambik ramai lagi.
Yang mana dah bagi detail, aku memang ada simpankan stok untuk korang. Tapi please contact aku semula untuk double confirm stok tu. Takut la tetiba aku terlupa tulis order korang, biasalah aku kan terkenal dengan sifat pelupa. Mihmihmih! Ketawa comel bajet orang tak marah la kalau kau tu pelupa. Lols.
Sapa-sapa yang gemar cod, korang boleh tengok kat senarai list AGEN SQB kot dekat dengan kawasan korang ke, lagi senang ambik terus takyah nak mencari-cari mesti ATM. Agen SQB pun ada buat postage jugak ya, bukan semata-mata cod. Huhu! Korang boeh direct beli dengan mereka semua.
Ada yang tanya aku, tak ada ke cam 'stokis dealer agen' tu. Buat masa sekarang ni, semua agen je. Aku tak rasa aku nak buat berperingkat macam tu sebab susah aku nak kawal. So semua agen under aku, apa-apa senang aku nak control. Sapa tak ikut terma dan syarat aku tau la siapa. Gitu.
Barang2 tabita ibu putih masih jual cam biasa tau. Barang yang dah tak ada dan tak akan ada adalah Felinna losyen, Felinna PMCVC, MME, MCS, Opti E, Harum Malam, Belt, dan Aurawhite. Semuanya dah clear, harap maklum.Hihi!
Sejak lepas pantang, aku langsung tak masak. Isnin lepas mak aku datang rumah, aku bagi segala isi dalam peti ais kat mak. Bagitaula aku memang tak sempat nak masak. Dengan anak kecik jaga sendiri, dengan barang order lagi, dengan tak ada pembantu lagi, jadinya makan memang suruh Qery beli kan je. Kalau Qery balik lambat aku makan la apa yang ada, biskut ke, roti ke.
kalau masak pun maggy ke, bubur ke.
Semalam rebus hotdog dengan spaghetti ni. Senang sangat. Boleh makan sikit-sikit. Biasalah mak mak ni makan memang tak aman selagi anak tu kecik. Selalu aku makan nasi mesti terbantut. Kang nak susu la. nak nangis la. nak main la. Pastu bila dah sejuk dah tak sedap. Spaghetti hotdog ni sejuk pun sedap lagi. Walaupun aku tak minat sangat makan makanan omputeh ni. Telan je lah.
Ok semua. nanti kita borak2 lagi. byebye
1 comment:
spageti sosej. boleh try lepas ni..
Jom Baca: ESP bahaya atau tidak?
Post a Comment