Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Oct 28, 2014

Selamat Hari Raya Haji 2014

Ya Allah, korang nak tau tak. Raya Haji kali ni aku tak ingat langsung. Memang la tau akan raya haji and dah plan nanti sabtu tu tolong masak semua. Tapi tak ingat yang hari tu dah raya haji. Ku fikirkan lama lagi. Gitu

Sabtu tu bangun macam biasa, aku kemas itu ini. Basuh baju, sidai, lipat kain semua. Pastu tengok Qery sedap je tido. Pun aku biarkan sebab nak bagi dia tido lama sikit. Kengkonon Sabtu nak berehat-rehat lah kat rumah. Tetiba pukul 11 lebih tu Qery bangun dia tanya aku

'Tak nak tolong mak masak ke? Dah pukul berapa ni?'

OhEmGi!! Uolls, bersilat lah aku *tipu sangat*. Terus berselirat otak aku fikir nak siapkan siapa dulu. Huhu! Tetiba pulak Qaiser nangis nak menyusu. Alah anak oi, time ni la dia nak nyusu pun. Tengok jam dah 12 lebih Qaiser still nak nyusu. Eh eh eh tak boleh jadi la kan. Terus siapkan barang2 Qaiser, lap-lap dia, aku pun tak mandi lagi. Huaaaaaa. Suruh Qery mandi. Terus call Ayie tanya sapa kat rumah. Nasib dah ramai. Ater nya terfikir emak sengsorang buat kerja rasa serba salah la pulak. TQ Akak Kaklang and Atam.

Sampai-sampai sana, banyak kerja dah setel pun.


Ada la sikit-sikit lagi nak buat, macam kerisik nak kena blend. Tapi bawang semua tengok cam dah takyah hiris.


Ya ampun, Izz Qaiser dia nak berkepit je. Dia nak tidur tapi tu la dah ramai-ramai kejap kang pintu berdentum tang tang tang tang tang, terkejut2 dia. Aku nak menolong pun tak dapek. Harap lalu lalang kat dapur je la. Kekekeke! So bagitau Qery hantar Qaiser rumah mertua jap.

 Dah sampai rumah mertua kena la lepak kejap, teman dorang berbuka. Sambil tu nak tunjuk pakai shawl baru Atam jual. 

 
Aku terpaling suka shawl yang glitter ni. Senang takyah gosok, and dia labuh depan belakang..

Lepas maghrib terus ke rumah mak balik.

 Menu nasi himpit, rendang ayam, sup tulang.
Sempat la aku berbakti potong buah tembikai malam tu. Huhu!


 Petang tu siap2 susun kerusi dah kat luar.

 Zaman sekarang... Lulz

Eh tetiba malas aku nak cerita malam takbir, sebab sama je alkisahnya pun. Balik pukul 11.20 tak silap. Nak ambik Qaiser rumah mak mertua lagi.

So esoknya lagi sekali Qaiser pagi-pagi tak nak berenggang. Nak susu je. Kalau tak dapat susu mengamuk. Aku tak dapat lah join solat sunat raya. Tunggu Qery habis solat, baru boleh siapkan Qaiser. So ke rumah mertua lah kita.

 Aku plan nanti sampai rumah mertua baru mekap. Sebab nanti mesti FIL nak main dengan Qaiser. Boleh la aku mekap kejap. Sekali non hado. Tak mekap lah aku sebelum dah sesudah raya haji. Qery terpaksa la redho je. Hihi! Jadi korang jangan tegur-tegur. 

 Baju sikit pun tak matching. Tak kisah la yang penting baju aku baju baru. Baju Qery nak warna pink ke, kelabu taik dog ke, sukati. Huhu!

 Baju baru, jadi gambar wajib snap banyak2.*tak ada kene mengena*

 Bawah mata masih belum fasa ada eye bag. Tunggu 2 3 4 bulan lagi.

Sengaja aku datang lambat rumah mak, sebab masa raya puasa haritu, aku datang pukul 10.30, sekali masing2 datang pukul 12. Hoih lama nak tunggu dorang ni. So semua dah sampai baru kita gerak rumah mak. Mihmihmih!

 Atam jual shawl, sapa tak beli memang derhaka sangat. Huhu!


 Kemain dorang.

Aku sampai-sampai je masuk bilik mak, dorang tengah nak pakaikan mak shawl. Amboi sangat Kak E kita ni..

 Kalah semua anak2 nya kecuali aku. Aku tetap terpaling cun comel jelita tak kira apa pun berlaku. Murka sangat kalau korang tak setuju. Huhuhu!

 Ika dan Andak.

Tetiba masuk-masuk bilik mak tengok Andak. Lols, tersama tema pulak kita ye. Pakai baju hitam and tudung gold. Tapi memasing kata diri sendiri paling lawa. Jadi mari ambil gambar sesama..

 Ini aku terpaksa jengket tau sebab Andak tu tinggi kebeno. Nyampah sangat bila keluar dengan dia, sekali dia pakai kasut tinggi. Lagi menampakkan kependekkan ku ini. Tsk tsk tsk

 Gaya muslimah sangat


 

Sekarang ni tak ada nya ambik gambar satu family. Mana yang ada je lah.








Dah la sampai2 lauk semua dah habis, terpaksa beraya rumah CikMah sebab nak makan. Hahaha! Kongajo punya jiran.. Takpe CikMah baik hati, dia dah simpankan Laksa untuk kami.

 Qery bagi dia pegang Qaiser. Maknya nak menggedik. Hihi!



 

Pastu mintak simpati Andak snap kan gambar. Andak kan pakai iPhone, so camera dia lawa. Muka tak lawa pun jadi lawa. Iolls pakai samsung je. Samsung ni jujur sangat, kalau tak lawa muka kau, tak lawa lah jadinya, iPhone tak lawa  boleh jadi lawo. Good sangat kan. Wish list next year lah beli iPhone. Huhu!



Dah la datang paling lambat, balik paling awal pulak tu. Muahahaha! Aku tengok pukul 2 petang semorang dah baring nak tidur. Apa lagi, ajak Qery cari baju kat The Mines. Qery serba salah nak balik. Dia kata tak ada orang balik lagi. 

Pastu aku cakap kat Qery, kita balik ni nanti dorang pun mesti balik punya. Dorang memalu nak balik dulu. Hahaha! lagipun tak ada buat apa dah. Lauk dah habis pun. Laksa mana cukup. *dasar kuat makan*

Pegi The Mines beli baju Qery, beli barang Qaiser sikit. 

 Tak rela masuk kedai sukan.

Tu dia suami siapa kat belakang tu tengah gumbira.

Eh tetiba malas nak cerita dah. muahahaha! Kbye semua.

3 comments:

qila ashari said...

muke ade beradik sepet sume lain2 kan??hehe

Fatihah Salleh said...

Macam tak caye je Sepet dah ada anak. hehehe nampak muka keibuan sangat. Makin ayu gitu...

Jom Baca: Terlalu kurus? JOM GEMUK

strawberi said...

mkn laksa dh ke sepet..haha