Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Oct 29, 2014

Izz Qaiser dah botak licin

Entry Akikah nanti update, sebab belum dapat gambar dari Onald.

Harini umur Izz Qaiser 2 bulan setengah. Time macam ni lah best nak main-main dengan dia, dah pandai gelak, dah pandai nak up, bila pegang jari dia pastu kita one two 'up', terus dia macam nak angkat2 badan nak bangun. Kalau agah, gelikan dia, dah pandai nak gelak. Dan yang paling win, dah pandai manangis sedu sedu sebab nak dukung. Aaaaaa pening kepala mother dia.

Sekarang ni nak buat kerja memang bersilat jugak. Sebelah dukung Izz Qaiser, sebelah tangan tulis alamat. Dia diam kalau aku ada sebelah dia. Kalau letak dia then buat kerja memang tak dapat dah. Masa 2 bulan ke bawah dia ok lagi. Sekarang ni nak kena ada depan mata je. Dia ada mood. Kadang2 dia memang taknak langsung dengan Qery. Qery pegang je dia menangis. Tapi lepas 2 3 jam dia ok balik dengan Qery. 

Stress la aku kalau dia tak nak dengan Qery, aku harapkan Qery untuk jaga kejap so aku boleh setelkan kerja. Tapi kalau dia taknak dengan Qery, memang kerja aku tergendala. Tak boleh nak buat apa pun. Kena layan borak2 dengan dia je. Tapi sebenarnya aku suka je. Muahahaha! Cuma kesian kat customer la kena tunggu lama baru aku reply wasap msg semua.

Sabtu lepas kan buat Izz Qaiser punya akikah. So Ahad tu gi cukur rambut dia. Tapi sebelum tu tunjuk korang gambar dia masa ada rambut.



Rambut dia memang sikit je, pastu lambat nau nak tumbuh. Mak kata budak memang camtu. Lepas cukur baru akan lebat. Nanti kite tengok camne. Harap2 lebat la rambutnya. Huhu!
 
 Bosan layan mother dia asik nak selfie je.Hihi!

 Dia suka duduk, pastu kena cakap2 dengan dia je. 


 Hari akikah,masih berambut.

Esoknya terus gi kedai mamak potong rambut.


 Muka tu redha je, hehe!
 Sekejap je ane ni cukur. tak sampai 5 minit pun.



Dan inilah dia Izz Qaiser 3 hari lepas.
 


Dah botak dah. Oh sebenarnya dia dah tak pakai sarung tangan sebab dia suka hisap jari. Hihi!

Kbye

10 comments:

Ieda AlHabsyi said...

alahaiii comelnya dah botak! cute :)

salwana nordin @ che'wa said...

comel sgt qaiser!!!

muka macho abis hhheeee

peluk cium qaiser dr unty wa ye :)

Amyz Azlie said...

Alaaaa comel sgt dah botak. hikhik. ni copy muka daddy sgt. :-D

HanNis SaNia said...

banyak ikut muka qery :) ... comey gler baby u ni dik !

lovely said...

omelnyer dia...

fida said...

comelnya dia :)

:: Cik Viva :: said...

tukang gunting tu pon risau sebab kecik sgt..tapi comel sgt bila dah botak..

siti said...

aa lepas cuko rambut nti 3/4/5bln tgkla rambut tumbuh melebats mcm letak baja hehe

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

Ya Allah comelnya budak kenit niii!!
geram sgt tgk dia...

Elok pulak dia diam bila kepala kena cukur ek.. anak akak masa nak dicukurkan kepalanya tu..mak aii dia punye meraung... tak sampai hati kita tgk..

Ni lek je dia ye...hehe :D muka ikut bapak dia habis...

syamimihaziqah said...

Comelnya babyyyyy ♥