Oct 2, 2014

Meniaga tak habis-habis

Sebelum memulakan entry, nak ucapkan terima kasih untuk semua tips pasal nyusu bayi macam nursing cover semua tu. Hihi! Nanti memang nak kena cari jugak. Dulu tak terfikir pun nak beli. Then sekarang ni la baru terhegeh-hegeh padahal masa expo tu berlambak jual.

Ok then pasal produk BB Cream yang insyaallah next week akan berada di pasaran online *ewah* hahaha! patjuta orang wasap nak jadi agen *tipu sangat*. Tak ada la patjuta, tapi ada la dah start orang risik-risik nak beli borong nak jual. Ada jugak beberapa regular customer yang selang sehari tanya produk dah keluar ke, bila nak keluar, berapa harga. Haaaaaaa.. Next week ok. Korang bersiap sedia je depan laptop. Nanti iolls buat pengumuman besar-besaran *lahsangat*.  Hihi!

Aku pun tak sabar sangat dah ni. Dah la customer bagi feedback positif. Aku tak nak la cakap produk aku best ke apa. Dah macam ke hapeeee la pulak kan, hahaha! Tapi itu la aku rasa nak jugak la memberi sedikit pujian kat produk sendiri. Memang best ok. 

Kalau korang jenis yang suka mekap simple but adorable, wahhh gitu. Silalah cuba bb cream iolls.. Macam aku, kulit tak berapa nak problem sangat. Nak pakai foundation rasa macam tebal benar. Kalau tak pakai pape pulak risau jugak kulit terdedah dengan bakteria. *tetiba menjaga kebersihan pulok, fake sangat ni, haha*. Padahal sebelum ni muka togel je. sekarang dah ada kesedaran sikit. Hidup kat KL ni berdebu tau. Habuk sana sini. Memang tsk tsk tsk kan. So bila pakai bb cream ni, bukan je rasa best, tapi rasa cam kulit ku terselemat dari ancaman kuman. Auwwww *lempangdirisendiri*

Itu yang aku printscreen, yang tak sempat nanti aku tunjuk kat korang eh.

Sekarang ni tabita dengan ibu putih laju kemain lagi. Aku kena restock hari-hari. Tapi nasib baik la banyak produk yang aku dah stop jual. So boleh la jugak kadang2 bertenang. Tapi bertenang tak bertenang sangat lah. Sehari mau jugak empat ke lima puluh parcel. 

Penat memang penat. Tapi jangan sesekali merungut. Dulu aku selalu jugak macam adoi penatnya nak kena balut semua. Bila fikir balik, ini rezeki Allah nak bagi. Kita ni suka sangat merungut penat la, tak ada masa la nak enjoy la. Cuba fikir kalau Allah tarik balik rezeki tu sebab asik la kita ni merungut. Kalau tak ada rezeki lagi menangisi kan. So bila ada rezeki, even penat ke apa, diam2 je bersyukur sudah la. 

Aku ni dah la kekurangan kawan. Selalunya customer la yang buat hari2 ku berseri-seri dan ceria. Ayat umpan sangat tak ni, hahaha! Takde la. Jujur tau. Korang pun tau aku ni jenis tak sosial sangat. Qery tak bawak aku kemana-mana, tak kemana-mana lah aku. Kawan2 ada tapi jarang sangat lah jumpa. Kalau nak difikirkan agak boring jugak kalau duduk rumah je. Tapi kes aku lain. Aku ada customer yang melayan aku dari start aku bangun sampailah aku tido. Ha gitu sekali baiknya customer aku ni. *ayatbodektakhabishabis* mihmihmih!

Bukan bodek, tapi itulah realitinya.

Eh ok lah, nanti kite chill chill lagi kat sini. Byeeeeeee

2 comments:

Ruhill Fahima Mohammad said...

salam... tahniah sbb berjaya kluarkn produk sndiri..mcm teringin plak nk try sepet nye bb cream.. psal nursing cover tu mmg sangat2 berguna kalo nk bf kat public... msa ank frst sya x pkai pun... ank yg kedua ni sya pakai...boleh bf dimana sahaja... smbil bf sambil mkan kt foodcourt... multitasking gituu

Amyz! said...

Tahniah awak..! Dah ada product sendiri. BB cream ni bagus sebab macam 2 in 1, bedak dan rawat muka at the same time. Hehehe.

Ni yang rasa nak beli ni.. Tunggu gaji aa.. :-p