Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Oct 18, 2014

Semangat

Hallu uolls, tengah semangat ni sebab adik ipar kite yang baik hati tu dah buang virus2 kat laptop ni. Sebelum ni malas update sebab mozilla ni banyak virus plus lembap kebeno serupa tuan dia dah. mihmihmih. Contoh masa nak tulis entry kan, kalau kita nak scroll atas bawah nanti dia akan jadi gelap. Tunggu la beberapa saat baru clear balik macam biasa. Kegilaan apakah. Tak kuasa pulak aku nak hadap. Tu yang lantakkan.

Tapi ye la pun, berapa tahun dah laptop ni, ada 5 tahun kot. Jadi aku terima je seadanya. Huhu! Nak beli baru cam tak berbaloi pulak. Aku guna sebab nak update je. Bukan aku beli sebab nak edit photoshop ke, nak guna hari-hari pun tak. Kalau rajin baru guna. Lagi2 sekarang ni dah ada anak, lagi la pemalas tu haaa bapaaaaaaaaaak dia.. huhu!

Haritu aku up gambar IzzQaiser kat ig, cerita la sikit-sikit pasal nak lahirkan dia. Then ada yang mintak aku ceritakan pengalaman camne nak lahirkan dia. Memang pun aku nak cerita, tapi bila fikir2 malu pulak, sebab blog kan open. Semua orang boleh baca baik lelaki baik perempuan, yang tak kawin lagi pun ada. So cam segan2 la iolls nak over-over cerita.

Pastu Qery dah warning jangan nak cerita 18sx sangat. Ofkos la pengalaman bersalin amatlah 18sx kan. Muahahaha! Itu yang aku terfikir2 nak reka ayat macam mana la nak bagi tak nampak macam18sx sangat. Jadinya sampai ke sudah la tak update2 lagi. Tapi insyaallah memang aku akan cerita jugak. Mungkin tak detail, tapi boleh la nak tolong korang mana-mana yang tak pernah bersalin tu tau macam mana perasaan nak bersalin tu bla bla bla bla.

Banyak benda nak cerita, aku dah transfer dah segala gambar ke laptop. jadinya mungkin akan aktif seperti dulu.  "MUNGKIN" ye. Jangan menaruh harapan sangat. Kang menangisi je hari2 bukak tapi non hado. Penipuan apakah ini Sepet. Kihkihkih!

Ala Qaiser dah bangun pulak. Kbye

9 comments:

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Tambah busy lah sepet bila dah ada anak kecik..
Salam kiss muah muah buat baby.
Dari auntie Shikin.

Hidayah said...

Menaruh harapan.

Fatihah Salleh said...

Menunggu Kak Sepet cerita pengalaman bersalin ni. sendiri takde pengalaman lagi. hehehe...

Jom Baca Tentang: Makanan Yang Bantu Detoks

Honey said...

Saya minta n tunggu sepet update paal bersalin aritu sebab sy pun berdebar nk bersalin.. tp sekarang alhamdulillah selamat dah.. mudah je baby keluar awal dan mula sakit lepas asar pastu lepas isyak dh keluar.. baby arini dh 41 hari

anaalut said...

waiting.. hehe.. n cerita about pantang experience too k? TQ
congratz for ur baby boy!

anaalut.blogspot.com

tengku afza engku yusof said...

I'm waiting tooo... :)

Amyz Azlie said...

Ni akak share cerita bersalin akak bulan Jun lepas. Nak baca jugak cerita adik bersalin macam mana. Hiks! :-)

http://mygj.net/amy2lie/2014/07/03/ingatkan-baby-ramadhan/

mamabeauty said...

best jugak tu meh kongsi

Atieshah Ventures said...

Lain orang lain cara dan pengalaman..nya...tapi totally memang menyeronokkan bila tengok muka baby....