Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

May 12, 2014

Selamat Hari Emak =)

Assalamualaikum!

Hai korang. Acane cuti best ke tidok? Aku biasa-biasa je, yang special sikit minggu cuti ni kan hari ibu. Family aku tak prepare apa-apa untuk sambut hari emak. Sebabnya mak still dalam tempoh iddah, tak boleh berseronok sangat, tak boleh nak berhias-hias dalam 4 bulan 10 hari. Lagipun minggu lepas mak tak ada kat rumah, mak ke Seremban duduk dengan Jemah.

Sebenarnya, bila aku teringat mak punya hidup kan, mesti rasa sedih. Huhu! Sebab mak tu tak pernah rehat sepanjang hidup dia. Dari kecik sampai la ke tua kerja kerja kerja. 

Sejak kecik mak dah tolong Opah menoreh, tolong mak ayah cari duit sebab adik beradik mak pun banyak jugak, plus atok dulu polis, selalu tak balik rumah. Jadi mak ni kiranya macam galas tanggungjawab jaga adik-adik. Mak sekolah sampai darjah 5 sebab Opah tak mampu nak bayar yuran. Masa tu mak tak tau yang dia kena berhenti sekolah sebab Opah kata takyah pegi sekolah tu lagi sebab nak sekolahkan mak kat sekolah agama. Dulu cita-cita mak nak jadi Ustazah. 

Tapi bila mak tunggu-tunggu rupanya tak ada pun sekolah agama. Mak sedih sangat dia tak dapat sambung sekolah. Sampai sekarang dia kesal sangat dia tak dapat pergi sekolah. Sebab tu rumah mak banyak buku, walaupun dia tak sekolah, dia tetap ada ilmu. Bila mak dah ada anak-anak, mak pesan awal-awal kat kitorang adik beradik, kalau nak sambung belajar jangan risau pasal duit, mak dah sediakan. Sebab tu jugak walaupun dulu hujan lebat ke apa, mak mesti paksa pegi sekolah jugak. Kalau tak ada payung, mak hantar aku pegi sekolah alas kotak atas kepala. Punyalah aku nangis dulu sebab malu pegi sekolah orang pakai payung, aku pulak pakai kotak. Hahaha!

Perbezaan orang yang susah nak sekolah dulu lain sangat dengan orang yang tak susah macam kita ni. Sekarang aku tengok, mak ayah ada masalah, anak taknak gi sekolah pun tak apa. Mak ayah bizi soal kerja, anak-anak 'cuti sekolah cipta sendiri' pun takpa. Ala ponteng sehari dua mak ayah sekarang kebanyakkan memang tak ambik kisah pun. Bila anak-anak datang lewat sekolah sebab perihal mak ayah, disuruh pulak cikgu paham keadaan. Parent sekarang. =)

Dulu, even aku bangun sekolah lambat pukul 8 pagi, mak paksa pergi jugak sekolah. Kena denda dengan cikgu, malu dengan kawan-kawan lagi. Hihi! Tapi tu semua pengajaran kan. Kalau kau salah, kau tanggung. Gitu.

Lepas mak tak sekolah, mak kerja macam-macam, sebab mak jenis yang susah jatuh sakit. Jadi opah memang harap emak yang tolong dia. Anak-anak lelaki pulak sekolah. Orang dulu-dulu kan memang pentingkan anak lelaki. Bila mak 14 tahun, mak ditunangkan dengan abah. Abah pulak masa tu tak duduk kampung, abah cari rezeki kat KL. Bertunang 2 tahun, umur 16 tahun mak nikah dengan abah. Kira macam kawin paksa gitu. Sebab dalam gambar kawin mak, muka mak tak senyum langsung, muka abah je senyum2. Hihi!

Bila dah kawin, abah bawak mak pindah KL, abah kesian kat mak selalu buat kerja berat sebab tengok tangan mak banyak luka n kasar. Abah tak bagi mak menoreh lagi. Abah suruh duduk rumah jaga anak-anak. Tapi ada 9 orang anak bukan ada istilah rehat pun. Kita ni ada 2 3 orang anak pun pening kepala kan. Dengan perangai macam-macam lagi, kalau semua baik tak apa. Haha! Aku sorang ni pun perangai pelbagai. Pening kepala mak aku.

Bila anak-anak dah besar sikit, kena jaga cucu pulak. Cucu kalau sorang dua tak apa. Mak pernah jaga sekali 7-9 orang. Kau bayangkan. Haha! Tau-tau je la cucu ramai. Walaupun sakit ke, demam ke, kena jugak jaga. Ater nak buat macam mana, cucu sendiri. 

Bila cucu-cucu dah besar, mak dah tak payah jaga. Mak pulak jatuh sakit sampai kena operate jantung semua. Duduk Icu Nicu berbulan2 jugak la. Bila mak dah sakit, baru la mak boleh rehat sikit. Tapi bila mak dah ok, abah pulak sakit. Mak yang sakit, jaga pulak abah yang sakit. Dugaan mak tu tak berhenti-henti datang. Ada banyak lagi dugaan mak yang aku tak boleh nak share, itu family je la yang tau. Hihi!

Sebab tu kalau boleh, apa yang aku ada. Aku nak bagi semua kat mak. Kalau mak mintak apa-apa, mesti aku nak tunaikan. Aku akan jadi emak suatu hari nanti. Even aku tak tau apa perasaan jadi emak, tapi aku boleh nampak dan boleh fikir. Cuba kita dah besarkan anak kita, bagi yang terbaik, tatang bagai minyak yang penuh *ececece*, tapi bila anak dah besar, bila dia senang, dia lupa kita. Bila susah baru hegeh-hegeh cari kita. Masa tu apa perasaan kita sebagai emak. Susah-susah aku sekolahkan kau, ingat nak senangkan aku bila tua, tapi kau senangkan orang lain, kau menyusahkan aku. ha gitu. Drama melayu sangat. haha!

Sebenarnya sejak tingkatan satu, aku memang dah bagi hadiah hari Emak. Memang la tak ada duit, tapi tetap aku belikan hadiah. Yang murah-murah pun ok. Aku ingat lagi hadiah pertama aku bagi kat mak, tabung bentuk kubah masjid. Masa tu mak selalu cakap rindu nak ke Mekah lagi, selalu cerita pasal Madinah semua, jadi aku cari-cari hadiah, jumpa pulak tabung bentuk masjid. Ada yang aku bagi bunga, kalau tak mampu sangat masa sekolah, aku buatkan kad aje. Atleast memang aku akan bagi something kat mak.

Masa masuk teknik, tak dapat sambut hari emak, tapi warden bagi call mak sorang 5 minit kot. So everytime memang aku akan kol mak. Masuk Kolej pun sama, selalu tak dapat balik sebab masa hari ibu tu la kau nak exam bagai. jadinya kita pos kan kad je. Hihi!

Bila dah kerja la baru ada duit nak belikan mak yang mahal-mahal sikit. Walaupun takde la mahal sangat, haha! Tapi ok la dari bagi kad. Kekekeke! Sekarang pulak dah ada dua orang mak. Walaupun mak mertua, aku still hadiahkan sebab setiap kita ada cerita masing-masing. Mak Qery pun mesti susah jugak nak besarkan Qery n adik beradik. Jadi marilah kita menggembirakan hati orang tua. 

Bagi barang atau tak sebenarnya tak kisah pun. Asalkan kita menghargai n hormat orang tua kita pun dah cukup. Kita wish kat mak pun, mak dah gembira tersengih-sengih. Hihi! 

Sabtu lepas, Qery ada kelas kat UPM, jadi dia balik petang camtu. Dah balik tu, bagi dia rehat-rehat kejap. Kita berdua terus ke The Mines cari hadiah nak bagi kat mak masing-masing. Mula-mula fikir nak hadiahkan jam. Bila dah beli jam. Sekali Qery kata dia nak belikan mak aku beg. Okay la tak kisah. Lepas tu aku pun belikan mak Qery kasut. Jadi dua-dua dapat dua hadiah. Jangan jeles-jeles. Haha!

Aku je yang tak ada hadiah. *jeling kat Qery*


Lepas tu terus singgah rumah mak, nak bagi barang2 ni.

 Seronok betul mak dapat hadiah semua warna pink. Siap keluarkan baju yang Jemah bagi pun warna pink, kasut yang Jemah bagi pun warna pink. Haha! Lepas tu match2 kan nanti lepas iddah baru nak cantik-cantik.

Jam tu tak ada la warna pink, tapi bekas dia je warna pink punnnn mak aku suka. Bukak2 seronok tengok bekas warna pink. Aku pun konfius mak aku ni suka jam ke, suka kotak jam je. Kalau suka kotak je, jam tu boleh la bagi aku. Hahaha!

 MIL pun belikan jam. MIL suka warna gelap-gelap camtu. Aku suruh Qery pilih sendiri sebab dia lagi kenal mak dia kan. Kasut aku pilih sebab perempuan je tau rasa kasut selesa kat kaki macam mana. Qery dia jenis tak kisah sangat sebab kaki dia tebal. Haha! Aku kalau pilih kasut memang payah. Kena cari yang betul2 selesa. Kalau selesa kat kaki aku tu, maknanya memang selesa lah kasut tu. Sebab kaki aku ni manja sangat, sikit-sikit melecet. 

Kebanyakkan kasut aku kat rumah mak, sebelum kawin la kan. Bila aku beli, tetiba 2 3 hari lepas tu mesti dah jadi hak milik mak, hahaha! Sebab dia suka lembut selesa. Takpa la kongsi2 kasut lagipun saiz sama je. 

Nak wish mak kat sini pun tak ada guna sebab mak tak baca blog, haha! Bukan senang nak menjadi seorang emak, tugas emak ada 1001 yang kita tak boleh nak ungkapkan. Emaklah cikgu, emaklah doktor, emaklah nurse, semuanya emak. Jadi, hargailah emak masing-masing sebaiknya. 

=)

3 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Sepet, kamu memang seorang anak menantu yang sangat baik...!!

Rizziela said...

Untungnya...anak & memantu yg baiklah Sepet ni :D

Bradpetehoops said...

Cute.