Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

May 9, 2014

Pros n Cons

Ramai orang kata, kalau hidup berpasangan mesti ada pros and cons. Ofkos la kan. Takkan la semua benda pendapat akan sama selamanya. Macam aku dengan Qery, perangai kitorang pun memang dah tak sama sejak azali lagi. Rasanya semua benda tak sama la. Haha! Tapi sebab kita berdua ada masanya 'beralah', atau 'ikut kan aje' sebab malas nak argue. Nak argue banyak-banyak pun nak pergi mana hoi. Nak duduk serumah mengadap hari-hari kot. Hihi!

1. Rajin.

Dua-dua rajin. Boleh? Tapi rajin kita tu berlainan prospek. Qery dia terlebih rajin dengan apa yang dia minat. Kalau bab latihan bola, berpenat lelah pun dia sanggup. Segala apa yang dia minat, memang kemain rajin dia buat. Aku pulak rajin cari duit je. Selain dari itu memang aku pemalas. Haha! Tapi benda-benda yang terpaksa rajin macam  masak, basuh baju semua, dah memang kena buat. Qery pun rajin tolong sidaikan baju *sebab dia serba salah baju dia yang banyaaaaaaaak gila pun, haha*

2. Cepat marah

Lelaki kalau cepat marah tu kira normal la kan. Tapi haruslah bertempat. Qery dia tak baran la. Cuma kalau nak dibandingkan dengan aku, memang Qery yang nampak selalu marah-marah. Bila dia penat, kena cakap lembut-lembut je, buatkan air sejuk-sejuk. Masak apa yang dia nak, suruh dia rehat. Sejak dia jadi ketua guru disiplin, memang agak stress jugak aku tengok dia. Murid-murid kat sekolah katanya ramai yang dah semakin 'kurang ajar', plus ada pulak beberapa parent yang 'something', haha! Dia nak letak jawatan GB tak bagi sebab budak hanya takut dengan dia sorang je. Dengan dia banyak assignment dah dekat-dekat semester akhir *PJJ kan*, kesian aku nengoknya. Tapi aku tak ada la bidadari sangat tak pernah marah. Suci sangat ke hati tu? hahaha! Aku kadang2 marah jugak, tapi tak selalu la. Kalau marah aku senyap. Kalau aku senyap buat hal aku je, Qery dah gelisah la dia ke sana ke sini lalu depan aku, pastu tanya nak minum ke, nak makan ke sambil buat muka comel sampai aku nak tergelak. Aku marah 5 minit je la selalunya pun. 

3. Minat tak sama

Banyak benda yang Qery suka tapi aku tak berapa suka. Bukanlah tak suka langsung tak nak dengar atau tak nak join ke apa. Boleh je la ikut-ikut sekali sekala. Contoh Qery suka tengok wayang, aku pulak tak berapa minat. Tapi still boleh teman tengok. Qery minat masuk kedai sukan, aku ni dulu kasut futsal dengan kasut bola pun tak tau ada beza. Nasib baik la dapat Qery, tau la jugak lepas tu, haha! Qery suka jalan-jalan. Aku suka terperap kat rumah. Qery suka tengok semua cerita, aku hanya suka tengok kartun je. Qery suka makan ketam *seafood*, ayam. Aku pulak suka sayur ulam-ulam n ikan. Qery dia kemas, aku pulak selekeh, kekekeke!

4. Cemburu

Ofkos Qery kuat cemburu. Kalau kawan-kawan lelaki aku yang dia biasa jumpa, dia okay la. Tapi kalau dia tau lelaki tu pernah nak ngorat aku dulu ke, *iolls dulu kan wanita idaman lelaki, phuiii, haha*. Mula la dia tak senang duduk. Nak kemana-mana mesti dia kena ikut. Tapi sekarang dah ok sikit. Aku pulak tak ada la tak cemburu langsung. Sekarang ni suka buat-buat cemburu. Sebab aku perasan kan, bila aku buat-buat cemburu, Qery cam berbunga-bunga hati dia, haha! Aku kan jenis tak amik kisah sangat dia nak pergi mana dengan sapa semua. Sebab selalunya bila dia balik, nanti dia akan cerita tadi dia buat apa, lepak dengan sapa, borak pasal apa. Selalunya aku dengar camtu-camtu je. Tapi kadang2 saja la suruh dia bagi handfon nak cek kot-kot dia ada girlfren lain ke kan. Dah jadi bini orang ni kena la hati-hati jugak. Dulu belum kawin lain cerita, kau buat hal aku cari lain aje. Sekarang ni acaneeee?? Pewot dah besau ni. Kuikuikui!

5. Romantik

Dua-dua tak romantik, haha! Tapi Qery dia sweet. Dia tu suka buat benda yang tiba-tiba je. Kita tak jangka pun. Contoh sekarang ni, dia suka belikan baju aku senyap-senyap. Beli online kauuuuuu. Jangan main-main laki aku sorang ni. Paling tak boleh bla, belikan aku baju size S. Kau rasa??? Takpe la nanti dah kuwus adinda pakai yea.. Lepas tu belikan baju yang couple tu. Tetiba balik belikan kek, belikan jam. Aku pulak tak sweet sebab aku tak pandai. Haha! Contohkan, kalau aku nak belikan dia jam kan, tak reti nak sorok-sorok ke apa. Sebab aku tau Qery dia fussy sikit, memilih pun iye. Jadi kalau nak belikan dia apa-apa, aku suruh dia pilih sendiri. Pastukan, aku ni macam excited terlebih ke apa, ingat nak sweet-sweet belikan dia kek nyorok-nyorok, baru je rancang pagi, petang tu aku dah bagitau kat Qery, 'nak tau tak, kita ingat nak beli kek kat kamu senyap-senyap nak buat surprise, tapi kita tak tahan nak bagitau kamu'. Lolss sangat.

6. Garang

Qery dia nampak garang. Sebab tu ramai budak ikut cakap dia. Kalau ada cikgu tu tak dapat kawal kelas, dia mintak tolong Qery berdiri sekejap je kat sebelah kelas tu. Boleh? Haha! Tapi bila kenal Qery, sebenarnya dia manja *auwwwww*, entah la. Dengan aku manja terlebih. Sakit sikit je, hek hek hek lebih. Lepas tu dia jenis yang main-main. Suka merepek-repek entah apa-apa je la. Aku pulak tak garang, sebab kalau aku garang pun budak-budak tak takut. Kongajo betul tak takut dengan aku. Penat aku kembang-kembangkan hidung keluar asap semua. *padahal memang hidung kembang*

7. Pendapat.

Punnnnn tak sama. Qery dia lebih kepada universal. Apabenda aku nak cakap sebenarnya, haha! Contoh, bila dia baca atau tengok something, bila ramai orang cakap benda sama, dia akan ikut yang tu. Aku pulak tak sama, aku tak suka judge apa yang orang cerita atau benda yang pertama kali aku nampak atau dengar. Selalunya pendapat Qery mesti aku akan selitkan dengan kemungkinan-kemungkinan lain. Supaya Qery boleh nampak bukan semua perkara/benda bergerak dengan satu hala. Eh korang paham tak. Tak paham sudah. haha! Qery dia suka play safe. Dia takkan buat benda-benda yang dia tak berani buat. Aku pulak suka explore. Aku suka cuba sebab kalau tak cuba kita tak tau.

8. Otak kiri & kanan

Haaaaaa,  Qery dia suka fakta *auta pun suka, der sangat* , dia suka history, dia suka hafal. Aku boleh baca dan aku boleh ingat cerita, tapi aku lemah bila keluar bab nama-nama orang. Aku tak suka hafal nama orang. Aku suka kebarangkalian. Aku suka kira-kira, aku suka olah karangan, aku suka experiment. Tapi aku dengan Qery yang paling penting, dua-dua tak pandai, hahaha!


Berbeza kemahuan, minat, pendapat, personaliti, attitude, bagi aku tak ada masalah. Selagi kita boleh terima dan beralah. Yang paling penting dalam hubungan adalah jujur, dan perlu berkomunikasi. Kalau kita boleh berbincang, boleh paham, itu dah ok la tu. Jangan kalau ada masalah, lepas tu kita lepas tangan, atau kita diam je sampai memakan diri. Not good tau. Orang kata gaduh sikit-sikit takpe. Kadang2 sampai ke tua pun suka cari gaduh. Hihi! Gaduh-gaduh sayang kononnya. *mata ke atas*.

4 comments:

Liyliz said...

skrg ni duduk mnyewa ke kak sepet? kos sara hidup tinggi tk? lg2 nak dpt baby skrg. boleh tak akak share mcm mn akak bantu abg qery

PetakBunga said...

kelainan itu yg melengkapkan idup kita suami isteri.

aku suka gaduh dgn laki aku sb aku rasa comel.

keila ash said...

sepet juz nk tnye sepanjang kapel n sblm kawen pnh x bt solat istikharah utk dpt petunjuk yg si qery tu jodoh sepet n begitu gakla ngn si qery tu...pnh x kowg bt??klu bt ade x dpt ppe ptunjuk??

Cik Nadz said...

Kelakar. Tapi macam tak sangka je Qery tu cikgu disiplin? Tak dapat imagine muka garang dia mcm mana sbb sepet punya cerita semua macam sweet2 manja gituw.hahaha

tapi jangan marah2 sangat. nanti sakit jantung.hee