Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

May 8, 2014

Nasib baik tak kena marah

Semalam kan appointment aku dengan Doktor Tan, setiap kali nak jumpa doktor ada la perasaan excited sebab mesti doktor akan scan, boleh tengok baby. Hihi!

Tapi ada jugak rasa takut-takut, sebab ujian blood test tu tunjuk yang haemoglobin, red blood cell aku rendah. Tapi tak terlampau rendah la. Contoh bacaan normal 15 tapi aku punya 13. Doktor kata tak apa. Yang penting dia nak tengok aku punya darah negatif ke positif. Aku ada belajar dulu, kalau darah negatif ni yang problem sikit. Kalau positif insyaallah tak ada apa-apa. Tapi kebanyakkan orang memang akan positif pun. 

Ingat tak yang aku poyo sangat takut doktor marah kalau berat tak naik. bulan lepas timbang 51kg. 2 hari lepas aku timbang 51.2kg. Jadinya hari sebelum tu aku makan, nak buang air pun tak sanggup rasanya, hahaha! Aku masih lagi mengharapkan yang timbang tu bacaan dia lain-lain. Boleh? Huhu!

Masa assistant doktor suruh timbang, aku dah dup dap dup dap. Sekali tengok 51kg. Ehhhh?? Mana 200g tu pergi? OhNo!! Lemak iolls merayau kemanakah? Jadinya berat badan tetap tak naik. Aku syak sebab memang aku tak ada selera makan pun. Sebab bila makan perut senak sangat rasanya. Jadi aku makan sikit-sikit je. Sampai sekarang pun tak ada selera sangat. Macam mula-mula mabuk dulu, tapi badan ada tenaga lagi, cuma selera tak ada makan.

Masuk-masuk je bilik doktor, doktor kata tak apa. Jangan risau, asalkan berat baby naik. Phew. Poyo je aku nak risau-risau. Ofkos la aku risau, sebab aku takut la baby tak makan ke apa. Haha! Padahal memang tau kalau aku tak makan pun, baby akan tarik khasiat dalam badan aku ke dia. Tapi memang la lately ni rasa penat dan letih. 

Scan baby, dah naik 800g. doktor kata semua cantik. perut cantik, jantung cantik, kedudukan rahim cantik, laju je dia tunjuk. Aku bukan paham sangat tengok. Tapi dah doktor kata ok semua cantik, sedap la hati aku. Huhu! Lepas tu doktor tanya kalau nak join kelas ibu mengandung. Kalau taknak pun tak apa. Tapi dia bagitau kalau baby pertama better pergi. Ada la ilmu sikit. Aku memang nak pergi pun. Sebabnya aku ni bukan la bijak sangat. Lebih baik aku pergi kelas belajar sikit-sikit. 

Lepas ambik injection kancing gigi, rasa sengal dah sebelah tangan aku ni. Nurse tu inject okay je. Dia tanya sakit ke tak. Alo tak sakit mana pun lah. Cucuk je. Kalau sakit pun kena jugak inject kan. Tak ada pilihan pun. Hihi!

Doktor kata due dah nak dekat dah. Tup tup tup je tak sedar dah nak due. Aku punya mind set punya la fikir lama lagi. Sekali doktor cakap camtu, terus rasa kecut perut. 

Semalam kacau Qery buat kerja. Aku tanya dia, dia dah bersedia ke jadi ayah. Dia sengih-sengih je. Malu kewwww kitewww tanyewww camtuwww. Hahaha! Aku pun tengah menenangkan diri. Tengah fikir aku ni layak ke jadi emak orang. Mampu ke aku nak didik anak sendiri. Boleh ke aku jaga keluarga aku. Aku ni kan macam lalai la jugak. Kerja rumah pun banyak Qery tolong. 

Aku rasa takut-takut, sebab aku takut aku akan jadi mak yang poyo. Terlalu over ke apa. Manjakan anak melampau-lampau ke. Sebab kita tak tau kita ni macam mana sampai la tiba waktu dia. Aku harap aku sedar la apa yang aku buat, mana yang elok, mana yang tak elok. Hidup sederhana, pentingkan keperluan dari kemahuan. Aku kalau boleh tak nak manjakan anak sampai anak pijak kepala kita. Manjakan anak tak salah, tapi kena didik dengan betul la. Ilmu tu yang paling penting sebenarnya. 

Ibu bapa ni guru terbaik untuk anak-anak kan. Semoga aku boleh jadi emak dan isteri yang baik untuk keluarga aku. Amin =)

Gambar ni dah share kat fb n ig, muka tembam  ni memang sejak lahir uollss, tak boleh diselamatkan pun. Huhu!

3 comments:

ALONG SURI DAHLILAH said...

sama la mcm sy, berat statistik je.. mula2 ok, kali kedua turun 2kg smpi skrg dh 6bulan pn stil berat yg tu je tak naik lg.. padahal makan mcm dah melebihi kenyang.. tapi still ada muntah lagi..

Hanidah Ibrahim said...

sis.. kalau hb rendah amalkan minum jus belimbing.. sbb bile baby mkin besar hb kte lg turun byk..

aneezjaafar said...

mana ada tembam u... sedang elok je.. indah ciptaaNya. hee :)
Salam singgah dan follow.