Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

May 20, 2014

Mana la kabel handphone ni

Benda terpaling malas sekali adalah nak transfer gambar kat laptop. Dulu laptop ni boleh send via bluetooth. Tetiba tak tau kenapa dah tak boleh. Selalu kalau sekeping dua gambar aku email dari fon je. So nanti bukak gmail kat laptop download je gambar. Tapi kalau dah berpuluh keping nak email pun letih jugak. Nak tak nak memang kena transfer. Tapi kabel tak tau Qery letak mana. Dia yang simpan segala wayar2 kabel ni. *sebenarnya malas nak cari*


Entry pegi Bukit Tinggi dah siap. Tinggal gambar je tak transfer masuk lagi. Pagi ni lepas Qery keluar gi kerja, aku terus la keluarkan daging, terus basuh blanket, jap lagi nak lipat baju. Tapi rasa macam dah lembik pulak. 

Semalam aku muntah, dah lama tak muntah sekali tetiba ter uwek uwek. Padahal dah makan roti. Keluar balik roti tu. Dah la nak masak pun kena amik tenaga banyak kali. Tak boleh bau minyak, kalau bau terus kaki lemah. Haih macam-macam perangai kau ni.

Bila dah masuk third trimester ni, simptom masa first trimester tu macam datang balik. Tapi tak teruk sangat la. Baby pun dah makin lasak kat dalam perut. Kejap-kejap tendang. Kuat pulak tu. Kadang2 senak pundi kencing aku. Huhu!

Aku sampai sekarang tak boleh makan banyak, tak tau kenapa.  Selera aku takat tu je. Kadang2 jeles jugak orang bila pregant  boleh makan macam-macam, boleh makan banyak-banyak. Satu pinggan tak cukup la apa la. Yang aku ni, makan 2 3 suap dah kenyang. Kalau makan sepinggan, perut dah senak gila, lepas tu susah nak napas. Ruang makan dah makin sempit la kot kan. Huhu!

Tapi aku tak ada la kurus bebenor. Lemak masih bermaustatin kat badan2 aku ni. Eh aku taip ni pun tetiba tangan aku lenguh gila. Kongasam sangat. baru je nak bebel panjang2 tau. Nasib baik semalam dah setel separuh alamat. Kalau nak tulis semua harini, boleh lembik jari iolls. Huhu!

Ok la. Nak rehat jap *rehat memanjang je keje aku pun*

bye =)

3 comments:

Irfa said...

syoknya peknen
teringat dulu2.. manjang rehat
macam mana lah tak jd 76kg .huhu

lyza safa said...

Huhu....sama la bila masukkan third trismester.. Rasa mcm jd first trimester..mual2

mamaQai said...

dah scan ke sepet..camboboy jek..hehe