Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

May 7, 2014

Abah (Noh B Mohd Daim) Dalam Kenangan (27.9.1942 - 27.2.2014)

Sebenarnya ini second entry yang aku karang, yang first tu tulis tapi tak habis. Masa aku tulis entry ni, aku okay sebab memang redha dengan pemergian abah. Aku ringkaskan saat abah sakit sampailah abah hembuskan nafas terakhir.

*Sebelum aku kahwin*

Start awal tahun 2013, Abah memang kerap batuk, banyak kali jugak pergi klinik. Sebabnya aku selalu nampak abah makan ubat, sesekali ada jugak abah mengadu batuk dia tak elok-elok, dah macam-macam klinik, macam-macam ubat tapi tetap tak elok. Mak ada suruh abah cek kat hospital tapi biasalah, abah malas nak tunggu turn, suka pegi klinik je.

Masuk bulan March, gigi palsu abah patah. Start gigi palsu patah, 2 minggu jugak abah kurang makan, berat badan terus drop. Abah jenis kalau dia demam ke sakit ke dia tetap akan makan. Jadi bila dia taknak makan, memang sesuatu sangat. Bila gigi palsu baru dah siap, still abah kurang makan dan batuk dia bertambah teruk.

Masuk bulan April, aku bagitau Ceera dan Jemah yang abah dah nampak teruk, setiap malam time orang tidur, abah duduk kat sinki sebab asik batuk + muntah. Abah pun dah jarang bukak kedai. Dulu bukak 7pagi sampai 10malam, bila sakit beransur bukak 7 pagi sampai 5 petang, last abah bukak kedai jam 7pagi sampai 12 tengah hari. Kata abah, dia tak tahan bukak kedai lama-lama, badan dia panas. 

Masa tu aku dah nasihatkan abah tutup je kedai tu. Pujuk dia jangan risau pasal duit semua, rumah sewa ada, tapak sewa kedai ada, anak-anak pun boleh hulur duit tiap-tiap bulan. Pujuk abah pergi hospital bukan senang ye. Abah selagi betul-betul tak sakit, dia takkan nak pegi.So bila bagitau Ceera dan Jemah, mintak tolong Jemah pujuk Abah check kat hospital. Kebetulan abah setuju je. Sebelum ni puas la suruh, tapi kali ni dia nak. So laju la kitorang hantar abah ke hospital.

Akhir bulan 5, lepas buat macam-macam test, Xray, doktor sah kan abah mengidap cancer stage 4. Sebelum ni memang aku dengan mak dah bincang2, aku ada bagitau emak yang simptom abah sekarang ni nampak gaya macam cancer. Mak bagitau aku, apa pun keputusan resutl abah nanti kita sekeluarga kena bersedia. Bila dapat tau, ofkos reaksi abah dia sedih. Tak sangka akan dapat cancer. Tapi aku sebagai anak tak boleh tunjuk kesedihan tu kat abah.

Aku selalu pesan kat abah, kurangkan merokok, kalau boleh jangan makan itu ini. Sebab kalau boleh memang aku nak abah sihat. Banyak pengalaman readers yang mengalami cancer stage 4 boleh turunkan stage. So everytime memang aku cerita kat abah untuk abah gain balik semangat dia. Belikan biji apricot, carikan capsule, belikan supplement naik selera makan. Tapi biasalah, abah tetap hisap rokok, kadang2 aku membebel jugak, bukan sebab nak jadi biadap ke apa, tapi ofkos sebab kita sayang.

Tapi tu semua untuk jadi penyebab je kan. Kalau dah tertulis kejadiannya macam tu. Tetaplah akan jadi macam tu. Cuma sekurang-kurangnya kita berusaha untuk bagi yang terbaik, buat yang terbaik.

*Selepas aku kahwin*

Lepas kawin, ofkos aku dah tak dapat nak tengok perubahan abah 100%, tapi tiap-tiap minggu memang akan balik tengok mak abah. Bila dah kawin, kita ada tanggungjawab lain. Syukur la Qery ni jenis yang memahami. Setiap kali abah masuk hospital, Qery cuba balik awal untuk hantar aku pegi hospital. Walaupun agak bizi awal persekolahan tu, dan walaupun aku mabuk teruk masa tu. Tapi aku bersyukur sangat aku dapat tengok abah tiap-tiap minggu. 

Ada jugak ajak mak abah tinggal rumah ni, tapi dah tau memang dorang taknak. Abah dia lagi selesa duduk rumah sendiri. Perubahan paling ketara bila abah tak boleh jalan. Kaki dia kurang rasa. Tapi tetap abah degil nak jalan. Bila dah lemah, kadang2 tak dapat balance, abah jatuh. Mula la tangan berdarah, badan lebam-lebam sebab terhantuk. Mak pulak terpaksa bukak katil sebab abah selalu jatuh. Tidur la dua laki bini kat tilam je. 

Minggu-minggu terakhir, yang buatkan abah terbaring tak boleh bangun, satu hari dia nak pergi toilet. Mak pulak tengah masakkan makanan abah kat dapur, tiba-tiba abah jatuh tepi pintu, kepala terkena selak yang besi tu, abah terduduk diam. Selalu kalau jatuh abah akan 'aduh aduh', tapi kali ni dia diam. Mak pulak kelam kabut tengok abah sambil panggil abang aku suruh baringkan abah. Mula-mula tak perasan kepala abah berdarah, bila nampak ada tompokan darah kat tilam baru cari-cari kat mana yang luka. Terus balut kepala abah.

Hampir 2 minggu jugak abah terbaring, setiap pagi mak akan buat telur separuh masak untuk bagi abah tenaga. Tengah hari suapkan buah. Abang, Ayie, Kak Ninie dengan Mak yang banyak jaga abah. Aku kalau boleh memang nak jaga abah, tapi aku pun tak larat. Kadang2 aku usap jari abah, urut bagi dia selesa. Kalau aku datang pun, memang abah akan hulurkan tengan dia suruh urut. Abah akan cakap "Na, urut tangah abah, tangan ni sejuk". Ekceli tangan abah selalu kebas, so dia tak rasa tangan dia. Bila kita urut baru la dia lega sikit bila dia dapat rasa tangan dia.

Minggu terakhir abah nak pergi, tetiba abah ada semangat. Dia asik panggil aku je. Nak minum la, nak makan la, nak bangun la, tapi dia tetapla terbaring, cuma abah banyak cakap. Selalunya aku datang, kalau kita cakap banyak, dia cakap sikit sambil senyum-senyum je. Tetiba dia ambik tangan aku, dia pulak urut-urut tangan aku, abah tanya aku sihat ke tak, tak benti-benti urut.Bila dah penat, dia termenung, kadang2 bukak mata, kadang2 tutup mata. Bila aku tanya nak baca yasin tak, dia angguk je lepas tu cakap nak. Itula kali terakhir dia respon. *dengan aku la*

*3 hari sebelum abah pergi, Bulan Feb*

Selasa pagi tu, aku dah bangun nak mintak Qery hantarkan rumah mak sebelum pergi sekolah. Tapi badan aku masa tu tak larat. Aku bagitau Qery takpe, esok aku pergi sebab badan tak larat sangat. Tetiba pukul 9 lebih *pagi* dapat mesej dari abang, katanya abah dah nazak. Tarik nafas panjang-panjang, baru nak call Qery, sekali Kakcik call aku nak bagitau abah dah nazak, Kakcik mintak tolong call Ceera sebab  dia call tak dapat-dapat.

Aku call Ciput bagitau abah dah nazak, tanya Ciput sekali kot-kot dia boleh amik aku kat rumah. Sebab aku call Qery pun tak dapat jugak. SMS Qery bagitau aku nak pergi rumah mak, nanti Ciput ambik, Qery tanya aku okay ke tak. Ofkos aku okay, haritu aku rasa macam abah takkan pergi. Bukanla aku tak dapat terima ke apa abah nak pergi. Cuma hati aku rasa macam bukan haritu. 

Bila sampai rumah mak, abah dah terbaring kat hall. Sambil anak-anak bacakan yasin. Mak bagitau, pagi-pagi selalu bagi abah makan telur separuh masak, kali ni abah mengamuk tak nak makan. Dia mengerang tak nak makan. Bila cek-cek rupanya halkum abah dah senget. Segala apa memang dah tak boleh masuk lagi. Dah tak boleh makan, dah tak boleh minum. Kitorang adik beradik cuma basahkan bibir abah, lap-lap badan je bagi badan abah sejuk sikit. 

Rabu pagi macam biasa sebelum Qery pegi sekolah, dia hantar aku rumah mak dulu. Tetiba assistant Doktor Tan call bagitau appointment untuk hari Khamis cancel sebab doktor ada meeting. Kalau nak kena datang petang tu. Nak tak nak aku call Qery bagitau appointment esok tak jadi, kena pegi harini. Keadaan abah pulak sama macam semalam. Dia dah tak respon dengan sapa-sapa. Dia baring je. Nak tak nak aku kena pegi jugak jumpa doktor sebab risau nak tengok keadaan baby aku okay ke tak. Sebelum tu kan tak pernah scan.

Khamis pagi, kahak + air liur abah dah bertakung dalam mulut. Sebab abah tak boleh telan. So Abang call nurse yang selalu datang rumah tu untuk cek abah. Tengah hari macam tu nurse Faiza sampai, dia sengetkan badan abah, semua kahak yang bertakung keluar macam lelehan air liur tu. Barulah abah lega sikit. Kalau tak dia susah nak nafas sebab kahak bertakung. 

Sebelum Faiza balik, dia bagitau abah dah nampak teruk. Jari dah nampak gelap pucat, hidung dah jatuh, kuku dah hitam. Faiza pesan, kalau nafas abah terhenti, redha je abah dah pergi. Jangan paksa dia bawak hospital. Biar abah pegi dengan keadaan dia selesa. Sekarang abah dah selesa, dapat baring kat rumah, ada anak-anak kat sisi. Kalau hantar hospital, masuk air, masuk wayar sana sini, abah akan pergi dalam keadaan dia tersiksa.

Faiza pesan jugak, kalau abah dah tak ada nafas, tengok jam pukul berapa, bawak ic abah buat report polis, lepas tu pergi masjid untuk bagitau kematian. Aku dengan abang aku dengar sambil terima je. Yela, kita memang terima apa pun terjadi, lagipun tak sanggup tengok abah tersiksa lama. 

Dalam waktu zohor ke asar, sempat la beberapa saudara mara datang ziarah. siapa yang datang ziarah pun memang akan terdiam, sebab dorang sendiri tak sangka abah dah tak boleh cakap dan tak kenal sapa-sapa. Bila kita panggil pun dia termenung je.

*Saat abah nak pergi*

Nak masuk Asar, aku rasa penat sangat, rasa nak baring je. Masuk bilik Ayie tengok emak pun baru nak baring. Yang teman abah dalam bilik masa tu Usu *adik abah*, dengan Kaklang. Baru je aku baring, nampak Kaklang masuk bilik, tapi lepas tu Kaklang keluar balik, tetiba Ceera pulak masuk, dia gerakkan mak bagitau abah tu macam tengah nazak. Apa lagi kelam kabut aku dengan mak bangun pegi kat abah. 

Belah kanan abah, Mak, Aku, Ceera, Kaklang, Abang, belah kiri pulak Akak dengan Usu. Aku blur bila semua orang menangis. Mak dengan akak tak berhenti bacakan dua kalimah syahadah kat telingat abah. Zikir kat telinga abah. Usu pulak tarik tangan aku letak kat perut abah. Sebab nadi/jantung abah yang rasa kuat cuma kat perut je. Elok je azan Asar, abah tarik nafas dua kali, lepas tu jantung dia berhenti. Bila dorang pandang aku, aku geleng bagitau abah dah tak ada, sebab dah tak rasa jantung dia. 

Alhamdulillah tak ada yang nangis teruk, cuma biasalah air mata sedih akan keluar. Aku pulak tak boleh nangis sebab risau mak akan nangis lagi teruk. Aku bangun cari hanfon, telefon Qery bagitau yang abah dak tak ada. Tetiba Qery ada kat luar rumah, dia baru sampai. Dia masuk tengok abah, smbil gosok-gosok belakang aku. Aku mintak tolong Qery uruskan abah. Tolong apa yang patut. Ikatkan kaki abah, bawak abah ke depan supaya senang saudara jiran nak datang tengok untuk kali terakhir. 

Abah nampak tenang sangat. Tak sama macam apa yang aku tengok kat TV. Sejujurnya aku satu family tak ada pengalaman mengadap orang yang meninggal. Inilah kali pertama dalam hidup. Kalau dalam TV selalu ada yang susah nak nafas, tapi abah bernafas macam biasa, cuma 2 nafas yang terakhir tu panjang sangat. Alhamdulillah jugak ramai anak-anak yang ada saat abah pergi. 

Yang tak ada Kakcik, Jemah, dengan Ayie je. Dorang sebenarnya semua dah ontheway, tapi tak sempat nak sampai. Semua kejadian yang menimpa aku ada hikmah. Appointment yang sepatutnya hari Khamis *sama tarikh masa abah meninggal* tapi tak jadi sebab Allah dah rancang dari awal. Kaklang kebetulan hati dia tergerak nak ambik half day, semuanya kebetulan. Syukur Allah tetapkan perjalanan aku, Dia bagi aku peluang untuk tengok abah di saat-saat terakhir.

Bila ingat-ingat balik memang sedih. Abah yang selama ni sihat, yang selalu buat kelakar, suka call anak-anak tanya bila nak balik, sekarang dah tak ada. Bila time puasa, abah la yang paling kecoh pasal menu nak berbuka, sehari berapa kali balik rumah belikan itu ini suruh masak, lepas ni dah tak ada. 

Kadang2 aku rindu abah mintak aku macam-macam. Rindu abah call bagitau nak makan itu ini. Rindu nak dia tersengih-sengih bila buat video call. Rindu nak gaduh-gaduh. Aku memang selalu cari gaduh dengan abah pun. Abah memang suka cari gaduh dengan aku. Lepas tu bila nak pujuk aku, satu je modal dia, mesti belikan aku makanan. Hihi! Nampak sangatla aku ni senang je pujuk, bagi makanan terus ok. Sekarang ni modal tu Qery je la guna. Kalau dia tengok aku marah ke apa, cepat2 tanya nak makan apa. Sabo je la.

Masa abah sakit sampailah dia nak meninggal, abah suka pakai baju iloveHK yang aku belikan. Sebab baju tu kecik kot. Badan abah kan dah kurus, dia tak suka pakai baju gelebeh besar-besar. Sibuk cari baju iloveHK tu. Bila fikir balik rasa rugi tak belikan abah banyak-banyak kalau tau dia suka. Lepas habis basuh baju tu,dah kering mesti nak pakai balik. 

Pernah ada satu masa abah meracau-racau. Nampak benda-benda yang kita tak nampak. Satu hari masa dia tengah sedar, aku tanya apa yang abah nampak. Abah jawab 'tak tau la Na, kadang2 abah nampak ada sungai, tapi bila abah tengok lama-lama, rupanya dinding je. Abah nampak macam-macam'. Wallahualam, aku pun tak tau apa yang abah nampak.

Aku tak tau macam mana sambutan puasa dan raya kali ni. Emak la yang paling terasa. Teman berpuluh tahun , teman susah senang, teman gelak ketawa dah tak ada. Kalau aku sedih, mak aku 10 kali lagi sedih. Aku dengan keluarga redha dengan ketentuan ni. Banyak benda yang aku belajar masa abah sakit. Masa tu macam-macam Allah uji kat keluarga kitorang. Uji iman, uji kesabaran, uji dengan dugaan yang macam-macam. Alhamdulillah, Qery walaupun dia tak pandai tabur ayat-ayat manis, walaupun dia tak pandai pujuk, tapi dia selalu ada time aku sedih. Dia selalu usahakan yang terbaik untuk aku.

Abah adalah orang ke dua yang aku bersedih bila dia dah tak ada. Orang yang pertama adalah arwah atok aku. Itu masa aku darjah berapa tak ingat. Atok rapat dengan aku. Kalau atok tinggal rumah mak, aku selalu borak dengan atok, selalu picit dan urut badan dia. Bila atok pergi, aku nangis dalam bilik. Bila abah pergi, aku dah boleh kawal emosi. Kalau nak nangis pun, dalam hati je. Mesti abah pun taknak anak-anak dia sedih. 

 

Ya Allah, terima kasih pinjamkan aku abah yang baik, yang bertanggungjawab, yang kelakar. Abah lah yang terbaik untuk kami adik beradik.

21 comments:

Nuriesya Nadia said...

Meleleh air mata baca entry sepet yang ni. Ayah kita pun pesakit cancer paru2 stage 4. Sekarang ni pun ulang alik buat kimo. Hope kita pun sama sama tabah macam sepet. :)

Filla said...

al-fatihah untuk arwah abah.. semoga sepet dan adik beradik terus cekal menghadapi hari mendatang..

Maszwin Mujahid said...

Allah..sedihnya..xtau la kalau kena face kenyataan mcm ni..sy x pnh lgi..:'(

Norma NML said...

Slm ..

akak yg baca pun turut tersentuh..bergenang air mata..tambah ldi still teringat arwah ayh yg baru setahun lebih tinggalkan kami...rindu setiap saat dgn arwah sbb akk boleh dikatakan ank ppuan yg paling rpat dgnnya..lps tu ank akk pun sgt rpt dgn arwah atoknya hingga setiap kali balik kg dia mesti tido dgn arwah...Allahuakbar..kdg2 kekuatan sgt perlu bila igtkan semua tu..semoga org2 yg kita syg diberi peluang oleh Allah swt utk berada dikalangan mereka yg beriman..InsyaAllah..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

... terbayang saat2 terakhir bersama abah akak bila membaca entry Sepet..

Al-fatihah buat mereka..

Aidah said...

Benar Allah perancang paling sempurna, benar padaNya jua kita akan kembali. Sabar ya dik. Mintak pada Allah kekuatan untuk mak juga. InsyaAllah raya ni semua akan tabah dan kuat menghadapinya tanpa arwah abah. Akak melalui raya pertama tanpa arwah mak tahun lalu. Alhamdulillah Allah beri kekuatan itu. Semoga Allah juga memberi kekuatan itu untuk adik dan keluarga. Amiin.

ilasofi said...

ALLAH..rindu kat ayah sy..ayah sy pun dah tak ada..moga arwah ayah saya dan abah awak tenang di sana..amin

masa ayah sy sakit ari tu pun mcm tu gak..dia selalu tgk atas dia ckp nak tgk dunia..

FADLINA MOKHTAR said...

AL fatihah untuk abah sepet.terasa2 kesedihan tu.tapi awak sgt bertuah dapat menjaga & berada di saat pemergian arwah.saya juga berdoa,semoga saya dapat menjaga kedua ibu bapa saya seperti awak.

wanie nadya said...

sebak bila baca entry ni..:'(
smoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..
harap akak n keluarga dapat meneruskan kehidupan dgn lebih tabah..
setiap yg hidup pasti akan pergi meninggalkn kita..yg tinggal hanyalah kiriman doa drpada keluarga..

Cik Puan Fairul said...

menangis saya baca entry awak sepet..saya belum pernah lalui situasi mcm ni...moga saya setabah awak nnti..sabar ye...Allah ambil ayah awak,dia gantikan dengan anak awak..situasi ni sama mcm saya.arwah bapak mertua saya meninggal lepas sy hbs pantang..Allah ambil ayah mertua saya dan digantiNya dengan anak saya...

Wawa_Nadwa said...

sedihnya baca..

Shazwani Ramly said...

Terus rasa rindu ayah yang kat rumah tu T.T Terima kasih kak Ana sebab buat kita lagi rasa nak hargai mak ayah kita yang masih ada lg :')

attyfir said...

Sedih baca entry ni na..teringat masa saat terakhir abah kty juga..
Alfatihah utk arwah2..semoga roh mereka dtmptkan dklagn org2 yg beriman

Super Nia Hana said...

lap airmata

A.I said...

:( teringat kat arwah abah akak. syukur sgt dpt bersama dgn dia smp dia pergi..

Al~Fatihah

Atieshah Ventures said...

Alfatihah...memang bergenang airmata masa baca entry nie...

Chekgu Azrine said...

Al fatihah...
Sedih sgt..
Bergenang air mata..
Semoga arwah abh sepet tenang di sana..

FaiiYatt said...

aduhh...genang2 jatuh juga.......

Fazlinil Irma said...

Ya Allah, ampunilah dia, kasihilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah tempatnya, luaskanlah tempat masuknya, mandikanlah dia dengan air, salju dan embun. Sucikanlah dia dari segala kesalahan sebagaimana pakaian disucikan dari najis. Gantikan untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya, gantikan untuknya keluarga yang lebih baik dari keluarganya, gantikan untuknya isteri (pasangan) yang lebih baik dari pasangannya. Masukkanlah ke dalam surga dan lindungilah dia dari azab kubur dan azab neraka.

Al-fatihah.. moga sepet terus kuat dan redha atas pemergian arwah..

Sue said...

salam... takziah sepet.. pakcik noh yg sy kenal mmg org yg happy..kelakar.. alhamdulillah dia pergi dgn tenang.. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas allahyarham pakcik noh..

misscrab said...

Ayah saya pun pergi kanser stage 4. Sy bsyukur smpat jaga dia sepjang dia skt dan ada di sisi hingga nafas terakhirnya. Redho.Namun selalu teringat kat dia. Dia ayah yg terbaik pernah saya ada. Tiada galang gantinya seorang ayah.