Honeymoon : Bukit Tinggi, Pahang

Tak boleh bla, dah berapa lama peram ni, memang kongajo sangat janji nak up minggu lepas. Ini pun ingat nak pospon, tapi jangan keji sangat. Cukup2 la kekejian dan kemalasan ku selama ini. Hihi! Marilah kita up kan. 

Aku dengan Qery sebenarnya tak puas-puas nak pegi honeymoon. Mula-mula honeymoon pegi Grand Lexis, Negeri Sembilan. Lepas tu kita ke USS, Singapore. Lepas tu bawak FIL honeymoon sekali ke HK + China. Lepas tu kita honeymoon ke Jakarta + Bandung, Indonesia. Baru-baru ni pegi Bukit Tinggi, Pahang pulak. Ala honeymoon saja nak fefeeling berdua dengan Qery, nak anje-anje pegang tangan. Kang baby dah keluar dah limit sikit pergerakkan tu. Sebelum delivery ni marilah kita merayau. Hihi!

Ekceli plan nak ke tempat lain. Tapi tetiba last minit Qery kata nak ke Bukit Tinggi. Aku okey je sebab perjalanan nak ke sana pun tak jauh sangat. Mula-mula ingat nak bercuti 3 hari 2 malam. Habis tu dah ke situ, 2 hari 1 malam pun okay. Qery book hotel kat Colmar Tropical. Korang boleh search, ada macam-macam jenis bilik. Aku berdua je dengan Qery, jadi ambik yang 1 suite 1 bilik tidur. Tapi yang tu pun boleh tahan besar dia. Ada bilik tidur (katil king size), Ada ruang tamu, ada bilik belajar. Incase kalau korang bawak anak kecik 2 3, takyah book bilik besar, korang bawak je toto. Memang besar ruang boleh bentang kat hall tidur ramai-ramai.

Perjalana dari KL ke Bukit Tinggi tak lama pun. Kalau tak jem sejam camtu je. Kitorang sampai sana sebelum pukul 12 tengah hari. Sepatutnya check-in pukul 3 petang kan. Tapi dorang bagi early check-in sebab bilik memang dah ready. Kalau korang datang awal boleh la daftar masuk terus, mana tau kalau ada luck boleh check-in awal. Kalau tak dapat check-in awal pun korang dah boleh jalan-jalan kat area situ. Sebab bawah hotel korang ada restoren, ada jual sourvenirs, ada banyak aktiviti untuk kanak-kanak. Nak ambik gambar banyak-banyak pun boleh sebab memang orang datang situ sebab nak tengok building ala-ala Franch pun.

Aku sampai sana, check-in bawak masuk barang-barang dulu. Lepas tu turun ambik gambar banyak-banyak. Setiap sudut cantik, nasib baik masa pergi tu tak ramai orang. Nak ambik gambar takyah tunggu turn pun. Semua orang datang situ semua gedik pun. Korang jangan malu-malu nak amik gambar gedik2. Haha! Lepas tu pukul 2 dah lapar. Makan je kat bawah tu.

*gambar berterabur, lantaklah. Korang tengok je tau*



















*banyak tempat menarik nak amik gambar, ini pun aku tak up semua tempat, sebab malas nak edit*

Okay, harga makanan memang mahal sebab situ kawasan perlancongan. Kalau korang nak save budget, sebelum datang bawak la bekal nasi boleh makan tengah hari, bawak maggy cup ke, roti ke. Kalau anak-anak ramai better korang sediakan roti atau makanan sampingan banyak-banyak. Kat sana air tin soya 1 RM6 tau. Jangan ditanya pulak harga makanannya. Hihi! Kebetulan masa otw tu, aku singgah Petonas beli roti kropok-kropok air, coklat semua. Sebab pepehamlah aku ni cepat lapar. Hihi! Sebelum menimbulkan masalah, baik aku prepare makanan aku. Tapi kalau nak makan kat restoran pun apa salahnya, sediakan saja ongkosnya. Kekeke!

Aku makan soto, tak sedap sangat. Berminyak sikit, plus cili dia tak pedas. Tapi tetapla makan. Bila perut dah kenyang, ajak Qery lepak bilik dulu. Nanti pukul 3.30 kita naik shuttle ke Japanese Village. Perkhidmatan shuttle semua free. Korang kena tunggu je kat pondok tu. Tapi sebelum naik shuttle tu dengar jelas-jelas, orang tu akan bagitau shuttle ni akan ke mana. Sebab ada banyak trip. Ada yang ke Japanese Village, ada yang ke tempat lain. Schedule shuttle korang boleh tengok kat buku dalam bilik hotel.

Aku ni kan mengandung kalau nak ikut minggu memang dah 7 bulan, tapi kalau tak ikut minggu baru 6 bulan setengah. Jadi memang la orang tengok pun risau-risau boleh ke pompuan ni naik Japanese Village. Aku sendiri pun risau tau. Sebabnya ada jalan naik bukit tu macam berlumut sikit. Agak licin plus jalan tu basah baru lepas hujan. Aku bagitau Qery suruh jalan belakang aku, kalau turun nanti pegang tangan aku. Dalam hati berdoa jangan la jadi apa-apa. huhu!

Mengah jangan cite la. Hahaha! Hadoi.. tangga dia macam nak naik batu caves. Dah la kena jalan tanpa henti sebab orang belakang nak jalan. Takkan la aku nak halang laluan asik benti-benti kan. Aku kemain la naik tangga tu. Sampai atas kaki dah gigil-gigil, tapi muka cover senyum macam tak ada apa-apa.  Terus suruh Qery pegangkan handbag sebab tak larat sangat rasanya. Hihi! Nak ke sampai sana tu memang menaik je jalannya.  Tak ada yang turun pun. Kecuali kalau nak pergi Botanical Garden atau nak ke Restoran Japan (Sushi). Dah sampai sana korang explore sendiri tempat-tempatnya. Sebab ada papan tanda kat situ.

Bangga sangat la bila dah sampai. Eh dah sampai mesti la nak pakai kimono dia kan. 1 baju sewa RM20. Tapi ada timing jugak la berapa lama boleh pakai, tengok keadaan orang ramai mana. Kalau time aku tak ramai lebih 15 minit dia bagi pakai. Kalau ramai mungkin la 10 - 15 minit je. Kau nak bergambar ala-ala gadis Jepun ke, ala-ala samurai ke sukatilah.

Ok tengok gambar dulu.



















Last shuttle pukul 6, pastikan korang turun sebelum pukul 6 tau. Sampai hotel, Qery pulak lapar. Kitorang makan chicken chop. Lepas makan jalan-jalan lagi. Tengok pool dia, jalan-jalan pusing bangunan. Pastu dah penat kitorang naik bilik. Qery call nak buat appointment untuk massage. Sekali dah full. Grrrr. Aku memang nak berurut, sebab kitorang tanya tukang urut tu, dia kata dia tau urut orang mengandung. Urut kat situ semua kena by appointment tau. Kecuali kalau korang pergi ke luar hotel ada la kot yang boleh walk-in. Dalam hotel Colmar tu kena buat appointment. Qery call dari bilik, ada satu je tempat kosong. Takkan la nak urut sorang-sorang. So cancel la.

Pukul 8 tu aku dah penat. Aku bagitau Qery nak tidur kejap. Nanti 9.30 gerak sebab plan nak turun nak tengok show. Show dia selang 3 jam kot. Aku nak tengok yang pukul 10malam punya. Sekali pukul 9.30 Qery gerak dia kata dia malas turun, dia nak tengok cite kat TV.  Aku pulak memang dah penat sebenarnya, hahaha! Dah dia kata camtu, aku sambung la tidur. Tapi pukul 10.30 terjaga sebab lapar. Restoran tutup pukul 10 tau. Ekceli boleh je nak call untuk order makanan. Tapi takyah la. Roti beli kat Petornas tu banyak. Kita makan roti je pun dah okay. Teman Qery tengok TV. Pukul 12 Qery ajak masuk tidur. Esok nanti nak bangun pagi susah pulak.

Pagi tu lepas sarapan free dari jam 8 sampai 10 kot. Aku cakap la dengan Qery kita keluar makan pukul 9. Pukul 8 tu Qery masuk mandi. Sejam okey dia mandi kat dalam tu. Seronok dia berendam dengan air panas. Pukul 8.45 tak keluar-keluar, aku dah macam cacing kepanasan kat luar.  Tak boleh jadi, ketuk pintu bilik air, masuk-masuk tengok Qery tengah cukur janggut, gosok gigi. Sabor je la. Aku pun terus mandi, sampai turn aku, air panas dia dah habis. Boleh? Haha! Kongasam gila. Mandi la sejuk-sejuk sambil memebebel kat Qery habiskan air panas. Dah la dalam bilik tu aircond sejuk, mandi pulak air sejuk. Sampai ke tulang peginya. Huhu!

Tepat pukul 9. Dua-dua dah siap nak turun. Beg memang aku dah kemaskan sementara tunggu Qery mandi tadi. So kita turun makan lepas tu jalan-jalan last. Pagi tu aku dengan Qery dah sakit kaki sebab naik bukit Japanese Village tu. Hihi! Agaknya semalam tempat massage full sebab orang semua nak urut kaki kot. Sarapan dia nasi lemak sedap gilaaaaaaaa. Memang sedap sangat. Tapi aku tak boleh makan banyak. Walaupun aku cepat lapar, tapi aku tak makan banyak. 2 3 suap pun dah boleh kenyang. Sekarang ni dah teringat-ingat je. Nyampah betul.







Kalau korang ada anak-anak, boleh la sambung jalan ke Animal Park, tapi aku tak koser. Bukan aku je tak larat.  Qery pun sama. Haha! Tapi kalau ada anak gagahkan jugak la masuk. Boleh bagi makan kat binatang2 dalam tu. Dah jalan-jalan, amik gambar last day, kitorang check out dan pulang.

Tapi memang best la kalau korang nak santai-santai. Nak have fun ke apa. Suasana dia aman je.Aku dengan Qery nanti2 pun nak datang lagi, tapi mungkin tunggu dah ada anak la, baru la bertambah2 syok dapat pergi Animal Park bagi haiwan makan. (-_-') huhu!

p/s : handbag kat instagram sepetsshop, tapi aku dah publickan balik blog sepetshop lama tu and ada letak beberapa gambar kat dalamnya, so sapa-sapa nak tengok gambar lagi besar boleh ke blog sepetshop tau.

Comments

Unknown said…
bestnye...Aini dok pahang...tp jauh cket dr bukit tinggi...kalau ulang alik dari KL ke Kuantan tu lalu simpang bukit tinggi la...Jauh ke kak dari simpang luar tu?pernah terfikir nak buat post wedding kat sane...pakej skali honeymoon...huhu tapi sempat ke kak nak jalan2 tawaf bukit tinggi 2hari 1mlm?ke better 3hari 2mlm?
Unknown said…
wahh, bestnya... teringin plak nak g sane..
Liyliz said…
memang gediks habis la.. besnye gmbr smua cntik2
Mek Onie said…
satu baju rm20?emm emmm..okay la,hik... teringin nak p sini,entah bila kak sepet dio..
Miss M said…
Teringin nak pergi situ sebab feeling2 kat oversea. Bangunan die cantik!
Norliza Nordin said…
sejuk tak cuaca? mase g dulu rase gaklaa sejuk sikit :)
Baca tajuk je terus dalam hati terdetik "OMG, seriously?? Sepet is pregnant and bukit tinggi? Serious ha?". Tapi betul3 sepet pegi. wow hebatlah awak..comel2 je pic awak, seri bakal ibu..hee
Rina Ellisa said…
Salam Kak,

Minta maaf sy mencuit ruang komen akan sedikit..

Sy mohon jasa baik akak untuk repost entry di blog sy untuk hebahan dana untuk pembedahan anak saudara sy minggu hadapan..

http://memorintorinaellisa.blogspot.com/2014/05/sumbangan-ikhlas-hati-anak-saudara-ku.html

Terima kasih dengan jasa baik akak.. Hanya tuhan dapat membalas nya.. Amin Ya Rabb

#prayforizzrizqi
arzmoha said…
belum sampai lagi ke bukit tinggi ni. harap ada rezeki lepas ni nak ke sana
Sweet mom-to-be
http://drshikinzainal.blogspot.com
Boleh tengok sini bila baby dah lahir nanti.
http://drshikinzainal.blogspot.com/2014/05/developmental-milestone.html
Irfa said…
comel je perut dia :)
tq share akk.. x tahu plak banyak yg kne lawat kat bukit tinggi ni.. igtkan uma perancis je.. heh
Unknown said…
Salam... Singgah sini cari info pasal Bukit Tinggi..
Unknown said…
besner....plan nak g jgk bln 12 ni....follow back =)