Perasmian Produk Tumix® Kuah dari Syarikat Ajinomoto

Sabtu lepas aku dijemput ke Syarikat AJINOMOTO® Malaysia, dekat jalan kuchai lama tu. Dah lama tak pergi syarikat yang ada kilang pemprosesan ni, last masa sekolah kot itu pun lawatan sambil belajar. Kihkihkih! Ada perasmian produk baru "TUMIX®Kuah". Ofkos aku pergi dengan Qery, sapa lagi yang nak temankan aku. Hihi! Ekceli event tu tak lama pun, dari jam 10pagi sampai 1 tengah hari je. Sebelum jam 10 tu ada la sesi ambik gambar, game untuk budak-budak. Cuma start perasmian, ucapan semua pukul 10 la. Tapi semestinya aku kena datang awal sebab nak register, plus jarang ke area sana, sebelum sampai mesti sesat dulu. Kekdahnya, aku sampai jam 8pagi. Terlebih punctual. Haha!

Sampai sana, kagum sekejap sebab tengok besarnyaaaaa kemah, banyaknya kerusi. Mesti ramai sangat yang join event perasmian ni. Yang meramaikan dah tentu-tentu staff-staff Syarikat Ajinomoto kan. Rugi kot kalau tak datang sebab sepanjang acara berjalan semuanya FREE. Aku paling suka pergi event dapat goodies bag. Lepas tu tak sabar tengok apa ada dalam beg. Perangai tak cover-cover. Huhu!

See, dapat 3 sachet sample Tumix® Kuah, dan beberapa sachet dari produk Ajinomoto® yang lain. Gembira sangat sebab takyah beli. Hahaha!

Qery memang suka sangat kalau aku masak guna produk dari syarikat AJINOMOTO®.


Kembali cerita pasal event. Sebelum upacara pelancaran tu bermula, jam 8.30 sampai 10pagi tu ada Peraduan 'WOW" face. Ala ko buat la muka macam excited lepas tu nanti ada la photographer snap. Nanti dorang pilih 10 orang pemenang, sorang dapat la RM100. Aku ni nak join, tapi macam ramai je orang tengok, so termalu tersipu-sipu nak masuk. Jadi ajak Qery ambik gambar nyorok2 buat WOW face syok sendiri.

 Ini je la muka WOW yang termampu aku buat. Haha! Saja bagi peluang orang lain menang. *ayat orang kalah tanpa bertanding, lalala*

Sementara orang-orang tua seperti aku nak berWOW face, budak-budak pun ada aktiviti dorang. Ada lukisan muka, belon kreatif oleh badut, ada sudut pop corn, ada cotton candy. So dorang happy la takde boring menunggu makpak berselfie. 


Dekat-dekat jam 10 tu, kerusi dah penuh dah, ramai yang dah siap sedia ambik tempat duduk.

 Ramai kan, ini belum penuh lagi. Bila dah tepat jam 10 pagi, aku ke meja depan, sebab dapat duduk tempat press. Betul-betul duduk belakang Ketua Pengarah Encik Ryoichi Ebata.

 Walaupun dapat duduk belakang je, aku tetap rasa best gila dan bangga sangat. Haha! Sedikit ucapan dari ketua pengarah, lepas tu duta Ajinomoto Adibah Noor dijemput sekali sama-sama melancarkan produk terbaru TUMIX® iaitu Tumix® Kuah.

TUMIX® ni ada 2 jenis tau, satu yang biasa korang dengar Tumix® Ayam, Tumix® Ayam ni biasanya kita guna bila nak masak sup-sup, masak bubur. Yang Tumix Kuah ni korang boleh guna kalau nak masak masakan berlauk contohnya masak Kari, masak Sambal, masak Gulai, masak Kicap, Asam pedas, masak Rendang ke. Sebabnya, bahan-bahan dalam Tumix® Kuah tu adalah bahan-bahan asas memasak.

 Lepas penerangan tentang produk baru Tumix® Kuah, ada viral video produk Tumix® Kuah dari Adibah Noor, memang lawak gila video tu. Aku ni yang sopan *percayalah* tetiba tak boleh control gelak. Terkuat pulak ketawa sampai kaki naik atas kerusi kemain over. Haha! Tapi bukan aku sorang je yang gelak over, semua orang kot.

Kalau korang nak tengok boleh KLIK SINI

Lepas habis gelak sakan, persembahan nyanyian dari Adibah Noor. OMG suara dia sama macam suara aku. *kalau senyap la* hikhokhikhok!

 Kepada yang bertanya, aku dah 6 bulan, sikit lagi boleh lawan Adibah Noor. Okay tak klaka.. Huhu!

Habis je nyanyi, apa lagi kalau bukan sesi makan. Sesi yang paling dinanti-nantikan. Haha!


 Setiap masakan ni ada rencah Tumix® Kuah. Memang sedap sambil menjilat sudu. Tapi jangan nak tunjuk sangat gelojoh. Makan sopan-sopan sikit, nanti kat rumah kita masak baru kita gelojoh2 sikit. Orang tak nampak. 

Lupa nak inform korang, Syarikat AJINOMOTO (MALAYSIA) BERHAD ada bagi peluang untuk korang cuba  TUMIX® Kuah ni secara percuma tau, korang berpeluang untuk MASAK, Rasa & MENANG wang tunai sebanyak RM100,000.

Best gila kan. Itu hadiah utama tau.

Hadiah Utama wang tunai RM100,000
Hadiah Tempat Pertama  RM50,000
Hadiah Tempat Ke-2 RM20,000
Hadiah Saguhati (Barangan dari Toshiba)
Wang Tunai dianjurkan setiap 2 minggu (penyertaan dalam talian)

Pertandingan ni akan berlangsung dari 19 Mei sampai 20 Julai.

Senang je nak masuk, korang dapatkan dulu sample percuma kat SINI, atau dari kru-kru radio HOT FM dan SURIA FM.

Habis je makan. Aku dijemput untuk melawat Infoseum. Apakebendanya tu?? Ala, info pasal Ajinomoto®. Info + museum Ajinomoto® kot lebih kurang. Ala-ala history gitu.

 Mula-mula masuk, staff dia tanya pernah dengar tak pasal MSG. Sebab ramai orang share kat facebook pasal keburukan MSG. 

Well, aku ni agak tak berapa ambik peduli pasal apa yang orang share kat internet. Sebab dalam 100 benda yang orang share, 99 belum tentu betul. Tapi ofkos aku tau MSG tu apa. Adalah memalukan kau belajar farmasi tapi tak tau apa itu MSG kan. Walaupun dah pencen.. Tetttt!! Haha!

Bagi yang menyebarkan info yang tak berapa nak betul tu, kepada sesiapa yang agak anti MSG. Marilah baca perlahan-lahan. Aku akan cuba menerangkan sesimple ABC.. Kepada yang tak tau apa itu MSG, jangan rasa terasing, haha! Aku akan layan sama adil, yang tak tau atau yang dah lama tau. Insyaallah akan paham apa itu MSG. Apa pulak kaitan dia dengan Produk Ajinomoto. 

Bahan utama dalam produk AJI-NO-MOTO® adalah  Glutamate.

Okay, korang tau susu ibu adalah susu yang paling terbaik dalam dunia. Korang tau tak susu ibu tu kandungan glutamate dia adalah paling tinggi berbanding susu yang lain. Kalau dalam susu ibu pun ada Glutamat, adakah bahaya nak bagi susu ibu kat baby? Fikir sendiri ye.


Glutamat jugak ada tekandung dalam daging, ayam, itik, sayur, keju, susu dan lain-lain. Jadi adakah makanan ni semua bahaya sebab ada Glutamat?? Fikir lagi sekali ye. Haha! Sukati suruh orang fikir.

Glutamat juga terdapat dalam kombu. Seach sendiri apa tu kombu, tapi kalau malas search meh aku bagitau je, haha! Ala makanan jepun yang ala-ala seewed tu. Alga ke apa aku tak sure, tapi kalau korang tengok gambar, mesti korang tau. Dan dorang proses ubi kayu atau tebu melalui penapaian untuk mendapatkan glutamat sebagai bahan utama dalam AJI-NO-MOTO®. 

Produk dari Syarikat AJINOMOTO® selamat dan diiktiraf oleh semua kat atas ni. 

Produk Ajinomoto® yang ada dalam Malaysia.

Ini adalah produk-produk runcit yang dihasilkan oleh Syarikat Ajinomoto di seluruh dunia. Kalau tak silap aku ada 26 buah negara kot.

 Inilah rupa pengasas syarikat AJINOMOTO®

Produk AJI-NO-MOTO® ni dah lama sejal tahun 1909 tapi syarikat AJINOMOTO® masuk Malaysia tahun 1961.
 
 Jadi ada yang tertanya-tanya, sebab dorang dengar kalau guna AJI-NO-MOTO® nanti akan rasa haus. Betul ke? Haus tu disebabkan oleh imbalance fluid dalam badan. Imbalance fluid dalam badan berlaku apabila berpeluh kuat selepas senaman, kehilangan darah ataupun pengambilan sodium yang tinggi.. Ramai kata dalam AJI-NO-MOTO® garam tinggi. Tapi sebenarnya garam yang biasa korang pakai tu sebenarnya lebih tinggi dari AJI-NO-MOTO®.

AJI-NO-MOTO® tu contain 78% Glutamat, 10% water, 12% sodium (garam)
Garam biasa mengadungi 40% sodium. 3kali ganda lebih dari AJI-NO-MOTO®

Kebanyakkan yang selalu suruh avoid guna AJI-NO-MOTO® ekceli tak tau pun kandungan percent dia. Ada pulak kata makan banyak MSG boleh cancer. Memang tak logik langsung kot. Rosak buah pinggang sebab MSG? Baca balik explaination aku tadi, fikir masak-masak. Kalau tak tau.. tanyaaaa.. Jangan teka-teka share share. Cubit kang. Hihi!

Sebelum aku habis membebel. Lagi sekali nak ajak korang join contest menang RM100'000.00 ni.
Dapatkan sample percuma kat www.tumixkuah.com.my

Lepas tu follow je instruction dia. Senang sangat. Hadiah Utama bukan calang2 okey. Cashhhhhhhh tauuu tak... Rasa tak percaya nak tumbuk diri sendiri, haha!

Dan pesanan terakhir dari aku, gunakanlah Produk Ajinomoto® tanpa was-was. =)

Comments

MIYAMIENATASHA said…
tumix is my fav..too
Nadia Dscarnia said…
Salam Kak.. Bestnya jumpa Adibah Noor.. Saya baru je terima sample Tumix hari ini.. Hehee terima kasih share :)
This comment has been removed by a blog administrator.