nuffnang

Jun 13, 2018

Susun Baju Anak.

Masa zaman anak dara, aku memang tak suka lipat baju. Kalau kakak-kakak aku masuk bilik, dorang akan redho je nampak baju berterabur tak lipat. Tapi bila aku dah lipat, takde sapa boleh kacau. Sebab nanti tak sama diameter lipatan baju, boleh terjejas emosi aku, haha!

Kat rumah ni zaman takde anak, boleh lek lek lipat baju. Sekarang dah 3 orang anak, memang huru hara la baju tu. Dengan sekarang Qaiser dah pandai panjat kerusi ambil baju sendiri. Tetiba nak tukar baju spiderman. Pergi toilet sengaja basahkan baju, lepas tu tukar lagi. Urut dada mak ko. Sikit lagi bertukar Kak Limah. 

Kalau dulu boleh susun baju ikut warna, sekarang ni kalau dapat lipat baju kemas-kemas pun dah syukur sangat. Aku ni bukannya pengemas orangnya. Aku boleh hidup patjuta tahun dalam keadaan bersepah. Cuma kalau kemas tu, kemas bebetul la. Kalau kemas tapi nampak sepah, apakah maknanya hidop di donia ini. Huhu!

Ritu masa sambut befday ayah mertua aku. Dapat banyak baju. Pastu ayah aku lipat la baju tu satu-satu. Aku rasa tertekan sangat dengan lipatan kejap baju jadi kecik kejap lagi jadi besar kejap kang poket belah tengah, hahaha! Terus ambik semua baju beliau dan lipat semula. 

Tapi jangan risau, aku boleh je tengok baju yang dah terabur, cuma kau jangan lipat depan mata aku je, haha!

Lusa dah nak raya, aku baru beli baju bebudak ni. Actually membeli baju Yurika, dia punya baju banyak tak muat dah.  Kesian asik pakai baju sama je. Lepas tu dalam almari tu tak kemas, baju ada yang tak sepasang, mana pergi tak tau. Aku kan selalu pakaikan baju Qaiser dengan Runako sama-sama. Kang satu belah sana, satu lagi tempat lain. Sebab Qaiser la suka tukar baju sukati dia je.

Lupa nak ambil gambar sebelum. Takpe lah, kalau korang tengok gambar sebelum pun nanti buat sakit hati dan jiwa korang je, haha! Tengok selepas je.

 Baju jalan-jalan Qaiser dan Runako. Lega tengok semua sepasang. Yang dah lusuh kita bungkus bawak naik.

 Baju pakai harian Qaiser dan Runako. Pun sepasang. 

 Baju tidur Qaiser dan Runako + sweater tengok wayang. Pun sepasang, haha! Aku sejenis mak malas nak fikir. Macam ni senang hidup aku.

 Baju jalan Yurika. Takde warna pink-pink sangat sebab nanti senang matching dengan abang-abang dia. Huhu! Tunggu dia ada geng baru best.

 Baju duduk rumah, tak banyak sebab yang lain dah tak muat.

 Ini pun perlu ambik gambar ye, haha! 

Ada baju melayu semua, kat tingkat atas sebab jarang guna. Lagipun gantung kan. Semoga bertahan lah seminggu. Tiap minggu kena kemas ke apa. huhu!

Ok kita trobek pulak gambar lipat baju masa zaman takde anak.

 Zaman baru kawin.







 Kat atas ni tadi semua zaman baru kawin. Kegigihan seorang isteri solehah, kuikuikui!

Bawah ni adalah zaman anak dara uollsss...

 Kena ikut warna, dan kena sama size lipat. Masa ni Ceera pun tak boleh lipat, kalau dia lipat baju aku boleh stress sebab kemana-mana perginya, haha! Tapi opkos lah dia lebih rajin kuasa 10 dari aku. Aku acah-acah rajin je, lipat baju pun setahun sekali masa tu, hahaha!

Sekian sahaja kisah melipat baju semangat nak raya ni. Korang dah kemas habis baju ke belum??

2 comments:

Warisan Petani said...

Banyaknye pakaian

Siti Nurhayati Dollah said...

Hahahha. Yati pun sejenis kalau Yati dah kemas, jangan kau berani nak sepahkan. Tapi kalau dah bersepah, terpaksa tahan je hati sehinggalah betul betul boleh kemas.