Raya AidilFitri 2018 Day 1 Rumah KCB

Malas la aku nak cerita malam takbir, sebab takde gambar syantek. Huhu! Aku cerita rumusan je lah. Setiap kali malam takbir raya aidilfitri, rumah aku memang rumah last. Jadi, kitorang malam tu menunggu sampai pukul 1 pagi tau baru boleh balik. Sobs. 

Dorang plan, nak datang rumah mak lepas solat Jumaat pukul 2.30 petang. Tetiba malam takbir tu dorang tukar plan, sampai rumah mak pukul 12 tengah hari. Aku okay je memana pun tak kisah. Dekat pukul 12 tengah hari aku pun bertolak la dari rumah mertua ke KCB (Kampung Cheras Baru).

Sampai KCB, yang ada family Kakcik, sebab kakcik tidur sana. Family Ode. Andak baru sampai saing dengan aku. Yang lain belum sampai. Jadi lantok sana. Baik aku ambik gambar banyak-banyak dulu.

Gambar banyak sangat ye, jangan muntoh dah la.










Bebudak ni tak habis-habis gaya Power Rangers. Terpaksa mak ko buat sekali.







Lepas bergambar, aku masuk bilik duk siapkan beg mak. Mak nak ikut andak beraya. So aku sebagai penasihat ingatkan apa yang bawak, apa yang takyah bawak, hahaha! So sementara aku tengah sorting barang mak, dorang ni pun bergambar kat luar.

Team Lelaki

Team Pompuan, ini mana yang ada je.

Family Kaklang.

Kemain overnya, haha!

Family Andak



Family Ode


Family Kakcik




Team Lombok, haha!

L for Lombok.

Sudah la korang, dah berapa lama punya plan nak ke Lombok tak jadi-jadi. Haha!

Family Akak, Bangah dengan Darwish masa ni tak sampai lagi.



Pastu anak buah aku Ajoi masuk bilik bagitau aku.

"Maksu, dorang semua ambik gambar kat luar dah, maksu je takde."

Ehhhh korang. Berdesup aku terbang terus sampai dalam masa 0.0001saat.

Yamg pompuan-pompuan. Ceera tak sampai lagi, Kak Ninie raya Johor.


Opah dan cucu terawal.

Maksu dan kazennya. Hekhekhek. Aku baru nak feeling sebaya dengan anak buah. Pastu Andak jerit "nampak dah muka makcik, keluar keluar takyah masuk gambar"

Hina sangat uolls... Hahaha!

Amboi Mak, hahaha!

Mak dan KakWe (isteri abang)


Tutup perut nak nampak kurus.

Menunggu Ceera tak kunjung tiba.

Anak buah gedik



Yang pompuan-pompuan ni mohon diet. Maksu dengan maktam nak sedekah baju, tapi sorang pun takde dalam piawaian. Hahaha!






Gamber berulang sebab aku ambik dalam folder wasap. Semua orang pun send. Ha pening.


Menunggu Ceera punya pasal, lepas Solat Jumaat baru dia tiba. Rupanya dia tak tau yang kitorang awalkan waktu. Deboh perangainya. Hahaha!

Dia sampai terus kita bersalam-salaman.







Nak cium sampai kemek muka aku, haha!







Beratur sampai dapur, haha!

















Sebab sampai lambat, so kesian takde gambar. So suruh posing lelaju, kat pintu pun jadilah, haha!









Lepas bergambar dorang beraya rumah jiran tetangga, aku tak join sebab Yurika tido.

Lepak-lepak sekali abang balik dah. Ok ambik gambar dengan abang pulak.



Tudung tak tau apa jadi dah..


Pastu paksa abang balik tukar baju raya, hahaha! Bergambar lagi.









And last sekali acara wajib, bergambar dengan perempuan gedss.. Aku suh buat muka model. Tapi semua muka cam acik-acik, haha!


Ceera paling over.






Ko rasa nak lempang Ceera tak, haha!


Pukul 4, balik rumah. Sebab malam kang rumah mertua ada orang datang. Lagipun lepas ni mak dah ikut andak balik. Kita calibut dulu.

Esok aku sambung entry raya lagi. Cepat-cepat habis. Malas nak pikir.

Selamat Hari Raya Uollsss..

Sekarang ada promo.


terus wasap HQ KLIK SINI.

Comments