nuffnang

Jun 27, 2018

Raya AidilFirti 2018 Day 2 Kuala Selangor

 Plan raya kedua ni memang last minit. Raya 2018 semua pun last minit. Kitorang redah je asalkan beraya. Cukup lah 4 tahun lepas beraya asal hado. Dua kali aku mengandung tak ikut balik kampung, terperap kat rumah cam ikan masin. Kali ni apa pun terjadi, marilah beraya. Haha! 

Tahun lepas tak balik Tronoh sebab Opah baru meninggal. Lepas tu kat rumah kampung takde orang sebab Cik Intan beraya rumah suaminya. Lepas tu nampak Ceera update gi beraya kampung Bangcik (Suami Kakcik opkos). Ehhhhh kuajaq ni raya kampung orang tak ajak. Jadi tahun ni aku cakap nak ikut beraya Kuala Selangor. Qery on je raya mana-mana. Dia kalau berjalan memang suka. Huhu!

Konon nak sampai KS (Kuala Selangor) pukul 1 macam tu. Jadi pukul 12 tengah hari tu aku keluar lah dari rumah, sampai sana lebih kurang jam 1.15 gitu. Jalan boleh tahan, ada lancar, ada perlahan. Tapi tak jem la. Bebudak dalam perjalanan tidur. Sejenis perangai aku jugak bebudak ni, masuk kereta kalau jalan jauh tido dulu. Kekeke!

Lama gila tak raya KS, last raya masa aku kecik lagi. Masa sekolah menengah kot. Dah ada anak 3 baru datang balik. 



Sampai terus makan, hahaha! Andak sampai dulu. Eh lupa cerita, ramai gak join raya KS, Andak, Atam, Ode dan aku. Ode tu diam-diam je tak bagitau pun nak raya, sekali wasap bagitau OTW, haha! Syok la, lagi ramai lagi best.
 Lauk dia rasa nak nangis tengok. Asam Pedas Pari, asam pedas ikan kembung, ulam petai, rendang, sayur campur, kerang rebus, sambal belacan. Lauk kampung always the best.


 Aku kena suap anak-anak dulu, tengok dorang makan rasa stress betul. Hahaha! Lepas suap anak, lelaju makan. Aku ambik petai, pastu Qaiser cakap..

"Mami ambik 2 je tau, nanti toilet kita bau pelik"

Kahkahkah! Nasib la... Tapi memang ambik dua biji je sebab petai dia besar krup krap bunyi.


Kakcik kata dia memang masak khas untuk kitorang datang. Ala tu la sayang sangat kat Kakcik. Muka cantik, masak sedap. Gitu pujiannya, tahun depan nak datang lagi katanya, hahaha!



 Pompuan dua orang tu (andak dan mak) makan tak benti-benti. Semorang dah bangun, beliau kat situ jugak, hahaha!

 Lepas makan, sementra tunggu Kakcik bersiap. Kitorang nak raya rumah saudara mara Bangcik. Dorang adik beradik rumah dekat-dekat. Jalan kaki je. Huhu! Jadi kami ambik gambar dulu.














Gambar memang banyak ya ampun, sebab suasana kampung. Jadi kena snap bebanyak.












Anak aku memang suka gila la rumah papan. Sebab bunyi kuat kalau lari kan. Haih berlari sana sini.





Lepas kakcik bersiap, baru boleh raya rumah saudara mara. Jom jalan kaki.


Ambik gambar je keje kau. Hahaha!







Rumah kedua beraya lupa nak snap. Ish... Tapi best sebab ada aircond, haha! Lepak kejap lepas tu sambung beraya rumah sebelah. Dorang duduk dekat-dekat. Sebab tanak pusaka kan. Makpak bagi kat anak-anak. So amik sorang sikit, tu yang rumah dekat-dekat.

Ini rumah ketiga. Masak soto. Sedap ya ampun.. Makan lagi.



Hahaha, budak kecik tak tumpahkan kerepek. Bapak budak yang tumpahkan. Jadi ambik gambar untuk bahan bukti.


Lepas tu kitorang terus ke rumah ke empat. Tapi sebelum tu snap gambar reramai dulu.








Dengan harapan adik beradik lain jeles, haha!

Ok sambung beraya.


Kakak feveret Qaiser dan Runako. Kakak Nisa is the best katanya, haha!




Sampai rumah ke-empat.


Bebudak happy sebab tuan rumah pasang cerita kartun yang macam dalam cinema tu, pantul kat dinding aduhai lupa nama. Projektor. Yeahhh projektor kann namanya. huhu!

Sementara tu, Yurika melekat dengan Bahdak dia.




Rumah kelima.

Baik nau sampai bagi air kat kita, ehek ehek ehek.






Habis beraya, ambik gambar kat luar. Sebab kawasan perumahan cantik yakmat.

Ololo so sweet Ode.








Lepas tu alkisah cabaran angkat isteri memasing.


Hahaha, muka Ciput takleh bla.






Haha tahan kentut kot tu.

Lepas tu turn bandak.




Kitorang paling kagum ni sebab Andak berat, pipi dah 10 kilo. #kataorangdiapunsama haha!

Then Qery.

Hahaha!






Benonya, ini kali ke-4 Qery dukung aku. Hahaha! 3 kali dukung, gambar tak cantik. Sebab baju aku pendek, bila dukung tu nampak Vuntut. Kali ke 4 baru okay. Gagah betul suami siapa lah tu.

Habis raya, balik KL. Esok sambung raya kita cerita lagi next entry.


Promo Free Kabuki.

KLIK SINI untuk order.

1 comment:

Warisan Petani said...

meriah sakan.
Seronoknye raya