nuffnang

Jun 28, 2018

Raya AidilFitri 2018 Day 3 Tronoh

 Raya ke 3, plan nak beraya kat Tronoh. Balik kampung rumah Opah yang sekarang ni Cik Intan duduk dengan suaminya. Lepas tu macam biasa singgah rumah maklong dengan rumah ayahchik. Rumah wajib singgah kalau raya. Adik beradik mak ada lagi macam Ciklan, Acyahcho, Paksu tapi jarang sangat aku pergi. Adik beradik lain tak sure la kot dorang beraya sendiri-sendiri rumah makpak sedara. 

Aku dari KL ke Tronoh dalam 3 jam camtu. Ceera, Andak, Ode dari Sabak Bernam. Semalam lepas beraya Kuala Selangor dorang pergi Sabak Bernam (rumah mertua Ceera) tidur sana. Janji jumpa rumah Cik Intan terus. Yang bertolak dari Sabak tu dorang singgah Menara Condong kat Teluk Intan dulu.


Aku takde la singgah, terus sampai rumah Cik Intan tunggu dorang. Lepas tu wasap-wasap terus ke rumah Maklong sebab Cik Intan takde rumah lagi. Ok la berdesup ke rumah Maklong.






Tudung Oren tu Maklong.

Adik beradik mak ada 7 orang.

1. Maklong.
2. Mak
3. Ayahcho
4.Ayahcik
5.Cik Lan
6. Cik Intan
7. Paksu

Yang duk kampung ada 4 orang, maklong, ayahcik, ciklan, cik intan. Yang lain memang bermaustatin kat KL. Mak lepas kawin duk KL dengan abah.



Mak mak borak, ajak Ceera bergambar kat luar.






Ini anak makndak no berapa tak tau la. Hahaha! Banyak nau anak makndak pun.






Feeling kampung sangat Ciput pun, haha!


Struggle seorang isteri, haha! 

Baju ni beso benonya, haha! Masa adik ipar aku kawin. Mak mertua yang pi tempah jahit. Pastu masa tu agaknya terbagi baju sample yang besar maklumlah baru lepas beranak, pakai baju kurung beso-beso sebab nak muatkan perut. Haha! Tu la agaknya baju pun terjahit besar. Nak sedekah sayang sebab mak mertua hantar jahit. Kita pakai je la besar pun. 





Tengok Qaiser Runako memang berkepit je dengan Kakak Nisa dia. Haha!

Maklong sayang..

Muka potostet. Haha!



















Amboi mak pun, haha!

Pastu kitorang gerak ke rumah Ayahcik.


Kebetulan ada Cik Faridah sekali (adik abah) beraya rumah Ayahcik.





Bebudak main kat luar tengok haiwan ternakkan. 









Ceera suruh ambik gambar, bukti Yurika nak dengan dia, haha!

Haha, pekerja kontraktor tak balik beraya ke tu. Depan rumah ayahcik ada benda alah ni tak tau aku nama dia.







Lepas tu kami balik rumah Cik Intan, terus tak snap gambar. Pastu ada raya satu lagi rumah. Rumah mak saudara jugak la. Aku punya Onyang ni ada 2 isteri kalau tak silap. So ada la tiri tiri gitu, tapi semua baik-baik tak gaduh hahaha. 

Mak cakap, saudara kitorang tu mak Andak. Sebab dia yang bagi nama Andak. Lupa sangat snap gambar. Sibuk makan je, masak sedap ngat ngat. 

Pastu kami pun balik kat homstay. Itu lah cerita raya ke 3 kat Tronoh.Sekian sahaja.


 KLIK SINI untuk order.

No comments: