nuffnang

Jun 25, 2018

Cuti Raya dah habis

Ingatkan nak update entry raya, tapi gambar malas aku nak masukkan lagi. Komputer tengah slow, download file pdf bercintaaaa sangat. Harini masuk ofis dan hari-hari seterusnya jugak aku masuk ofis. Semangat bekerja dah merasuk dalam diri, haha!

Tapi still masuk kerja tengok instagram dulu. Heh! Pagi ni mintak Fieya ambik kat rumah. Baru masuk kereta, cek Yurika berak dalam pampers. Masukkkkk balik rumah cuci. Masa ni la dia nak membuang pun. Huhu! Tapi mujur la perasan, kalau tak jenuh nak cuci kat ofis. Kat ofis boleh pulak takde air harini.Sabo je la. Nasib baik dorang kata tengah repair paip.

Masuk ofis sebab nak pas over kerja, sorang dah benti (Iqa). Ingat nak ambik balik job bungkus membungkus, haha! Minggu lepas staff cuti, aku masuk ofis kemas and packing produk. Itulah semangat membuak-buak buat kerja. Aku memang suka sangat lah kerja susun-susun ni. Patut kerja kilang atau kat stor, haha!

Sekarang ni plan memang setiap hari bawak Yurika masuk, masalah dia taknak dengan nenek. Pastu bila dia nangis, semua pun dia refuse. Susu taknak, air masak taknak, makan pun buang-buang. Susu tepung memang dengan aku pun dia taknak. Kalau keluar jalan, sementara dia haus tu memang sumbat air masak je. Biskut memang kena ada dalam beg. 

Kena fikir tahun depan masukkan Izz Qaiser dengan Runako satu sekolah. Pastu nak kena fikir si Yurika ni mengikut kemana saja. Nanti dah dapat kaki, dalam opis mesti ke sana ke sini. Tapi takpe aku belikan dia mainan mungkin ok kot main duk dendiam sana. Huhu!

Saja update ni takde benda nak cita. Sementara menunggu file download. Cek tadi tak sampai half pun lagi. Ok lah, esok aku up cerita raya. Nak sambung buat kerja jap. Bye

Beli produk Seqy : www.wasap.my/601121076726
Beli di Website : www.seqybeauty.com.my.

No comments: