Aku tak sure lah kenapa, sejak ada anak ni manjanggggg lupa. Kalau nak bandingkan dengan zaman anak dara dulu, aku ni jenis akan ingat banyaaaak peristiwa yang best-best. Nama cikgu sekolah tadika pun aku ingat, aku main apa kat sekolah pun aku ingat. Masa memula kawan dengan Qery pun aku ingat, setiap ayat yang aku cakap pun aku akan ingat.
Sekarang ni, nak ingat apa yang aku makan semalam pun cam termenung kejap. Eh itu lauk semalam ke kelmarin. Pastu macam banyaaaaaak sangatlah kerja yang tak buat-buat sebab aku pelupa. Kena tengok buku baru Ya Allah tak buat lagi yang ni. Sobs.
Kismis kena makan lebih la camni. Apa yang aku ingat, nak mandikan anak, bgi makan, buat susu, sediakan baju, kejap lagi nak main apa dengan dia, nak borak apa, nak kemas rumah, baju tak sidai lagi, nak lipat baju, botol susu dalam sinki tak basuh lagi, mainan Qaiser tak kemas lagi. Hoih!
Rasanya semua emak pun macam ni kan, tapi still lah ramai je yang tak pelupa macam aku. Haha! Qery selalu ingatkan aku, contact orang ni, buat itu, buat ini. Otak tepu sangat la aku rasa. Ha ni nak bagitau ada kombo Seqy Beauty pun hampir terlupa. Padahal dari minggu lepas tu fikir-fikir nak update kat blog. Takpe kombo tu nanti aku buat sticky mode. Senang korang nak budget beli banyak terus, lebih murah lebih jimat, berbaloi-baloi. huhu!
Semalam kecoh la aku kat ig and fb bagitau pasal berat badan aku dah nak 60kg. Dah hujung2 ni memang aku makan je apa yang aku suka. Lantak kau sana. Sebab aku fikir nanti pantang susah nak keluar cari makan. Hihi! Dah hujung2 ni memang berat naik berkilo-kilo. Seminggu sekilo kot, kahkah!
Aku la kecoh, orang lain buat tak tau je. Dorang kata tak berat pun 60kg. Tapi bagi aku tu lah yang paling berat dalam seumur hidup. Sebab sebelum beranak berat aku 48kg. Agak2 dah naik 12kg lah ni. Itu pun tak beranak lagi, nanti kang mesti boleh naik lagi sampai 62 63. Huhu!
Tapi takpe, sebab losyen kurus Seqy dah nak keluar. So masa pantang nanti takde la aku kalut sangat. Aku pantang pun makan banyak gak. Dah tu nyusu badan kan lapo manjang. Ehhhh mana boleh tak makan, mesti nak kena makan and minum banyak-banyak. Hihi! Sebelum makan, selepas makan sapu la losyen banyak-banyak. Barulah tak rasa berdosa sangat masa makan tu.
Ramai gak tanya bila losyen keluar, tak sabar nak beli. Tunggu KKM keluar, kita war-war sini. Dapat stok kat tangan aku, tak kisah la aku dalam pantang ke apa, haha! Aku update jugak bagitau kat korang semua. Kena marah dengan mak sebab tengok komputer pun aku tak kisah. Gitu sekali gebangnya, huhu!
Eh ok lah, lupa baju tak sidai lagi. huhu! bye
1 comment:
Hahaha sama laaa kitaa. ada sekali tu, da balik rumah baru teringat susu anak ats meja rmah mak wei.. nasib baik rmh mak aku dekat je, husband aku kuar g kuliah kt masjid suruh dia singgah amek.. eh banyak la benda nak ingat. pastu kerja menimbun lak tu macam tak pernah habis lagi-lagi anak da rajin mengemas ni kan. lagi banyak kirijaaaa.
T_________________________________T'
Post a Comment