Marketing Seqy Beauty punya hal lah ni.

Aku tak berapa nak ingat lah bulan berapa sebenarnya Seqy Beauty gerak secara offline. Rasanya awal tahun ni kot.

Bincang-bincang dengan Qery, nak pulun naikkan nama Seqy Beauty. Niat kita nak bantu agen and stokis supaya senang nak jual. Senang nak yakinkan kat customer yang produk kita ni berkesan. Yelah, kalau kita tak perkenalkan nama Seqy Beauty, susah jugak nak ada pembeli. Ye dak?

So memang tahun 2016 ni nak pulun OFFLINE habis-habisan KONONNYA, haha! Mohon percayalah ye. 

Untuk first step, iklan Seqy ada keluar kat radio Kelantan. Tapi iklan tu aku tak suka sebab skrip yang aku nak lain, tapi bila dah record lain pulak. So sakit hati dengan orang yang handle benda ni, kita terus stop keluarkan iklan kat radio Kelantan. Tak pasal je kan, kekeke! Then dapat cari orang lain untuk handle iklan kat radio. Alhamdulillah yang second time ni orangnya bagus. Then memang puas hati lah. So sesapa yang belum pernah dengar iklan Seqy, silalah dengar Best FM ye, hihi! Ituje yang aku mampu masukkan. Nak masuk radio Sinar, Hot, Era cam tak mampu lagi. Kecualilah kalau dapat free. Tapi bertuahlaaaaa kau siapa nak bagi slot free pun, hahaha!

Then kita giat cari event harga tapak yang murah-murah untuk bukak booth. Haha! Tak malu betul siap mention yang murah lagi. Yelah, Seqy ni masih bertatih. Jadi kita belajar dari bawah la. Kita tak malu pun bukak booth even kalau ada orang ajak bukak car boot sale pun kitorang ok je. Nak cari pengalaman menjual bukan senang. Kalau yang kayu macam aku memang susah laaaaa hoi. Aku jenis yang reti duduk booth then tunggu orang datang beli. Aku masih belum pandai lagi nak approach orang, masih tak reti nak memulakan ayat. Yela dah kata pun berapa lama jadi suri rumah. Rasanya ada 4 tahun la kan aku duduk rumah. Nak ligatkan balik kepala otak macam kerja kat farmasi dulu perlu masa jugak lah. Padahal aku masa kerja memang ayat makcik2 kot, haha! Kena belajar balik uolls. =P

Untuk bulan Jan, kita ada bukak booth kat Bandar Sri Permaisuri, sehari je pun. 
Bulan Feb tak dapat bukak sebab Qery bizi setiap Sabtu Ahad
Bulan March kat Plaza Angsana JB, bukak tiga hari.
Awal April bukak kat Dewan Raja Muda Musa Shah Alam, 2 hari je.
Bulan 5 belum ada perancangan sebab aku tengah pantang, so tak decide lagi sama ada nak bukak ke tak, kalau staff boleh handle baru ku fikirkan. Kalau tak skip lah booth bulan 5. Hihi~

Then Insyaallah kalau ada rezeki awal bulan 6, sebelum puasa kita try ke Melaka. Tapi yang ni pun masih KIV lagi. Untuk bulan puasa kita rehat lah, banyakkan ibadat. Ececece, Ustajah jadian ni memang feeling habis kan, haha!

So yang paling latest, Insyaallah kalau tak ada aral melintang. Kita akan masuk Iklan kat TV9. Mohon korang lepas ni tengok TV9 je. Eh ada cerita Upin Ipin terbaru tau, kahkah! Tetiba dah kenapa aku kena tengok Upin Ipin kennn.. Uolls, TV9 kan cam Islamik sikit selain TV Alhijrah. Korang kan selalu gak jadi Ustajah jadian cam aku, jadi jom la tengok TV9 dan feeling sesama. Hahaha!

Korang hadam lah iklan Seqy Beauty kat TV9 nanti selama setahun. Tengok puas-puas yeah. Pastu beli produk Seqy sedozen terus. Terima Kasih in advance. Hewhewhew!

 
Untuk video pengiklanan pulak, kita cuba berkolaborasi dengan Ann Jaafar. Alhamdulillah laaaaahhh nak contact dak kecik ni kemain susah, hahaha! Staff aku DM beliau kat ig banyakkk kali tak berbalas. Kebetulan aku DM dia, tak sampai berapa minit terus dia balas. Uihhh betul-betul rezeki orang mengandung kan. Hihi! Ala aku kalau Ann tak balas pun aku paham sangat. Sebab dia terlalu banyak job, kadang tu tak cek pun dm ke pm ke. Lantak korang sana. Haha! Memahami sangat sebab aku selalu buat kan. Tetttttt =P

Baru-baru ni, terkejut tau tetiba masuk Iklan Sakura Mask kat Kosmo, huhu! Baiknya hati editor ni, sayang lebih lah. Huhu! Ekceli aku memang ada masukkan Iklan kat surat khabar. Tapi bukanlah Kosmo. Belum pun keluar lagi artikel tu. Tetiba editor wasap bagitau dia masukkan Iklan Seqy kat Kosmo free. Ya Allah, seronoknya, walaupun orang lain tak kisah pun, haha! Tapi untuk aku memang happy gila kot. Ada lagi dua artikel yang belum keluar paper, nanti aku kepochi kat Ig and Fb dulu k. 

Banyak lagi perancangan untuk Seqy, tapi setakat ni lah yang aku dapat kongsikan dengan korang semua. kang cerita semua sekali habuk pun tak ada dah kenapaaa kau ni kan, haha! Pungpang sana sini bila datang masanya krik krikk krikkk je. huhu! Syukur sangat Seqy cuba melangkahhhh ke hadapan perlahan-lahan walaupun takut-takut berani. Yelah tak cuba tak tau. Untung rugi asam garam perniagaan. Kalau takutkan rugi janganlah berniaga. Aku niat berniaga bukan sebab nak kaya sorang-sorang. Jujur kata lah, aku memang tak fikir langsung tentang berapa banyak aku nak untung. Aku cuma fikir nak tolong stokis dan agen, dorang happy aku happy. Nak tolong customer yang ada masalah-masalah tertentu. Korang cantik, korang sihat, kita semua bahagiaaa. Gittew kemain ayat manis dia. hahaha! 

Jangan sesekali lupa beli produk Seqy Beauty. 
Pakai Seminit Cantikkkkkkkk Selamanyaaaaaaa!

Comments

Syamimi Saad said…
Assalammualaikum awk..
Bestnya dpt buat bisnes sndiri. Ats nma sndiri.. Seronok jgk dpt smbutan.. :)
Tahniah.. Moga maju jaya..
Irfa said…
Tumpang bangga sbb knl sepet dari dulu smpi lh dh ada jenama sdiri
Hidayah said…
Akak tak tau lah... baca entry nih terasa sebak. Sebab kita dah ikuti kisah kehidupan zack u, sepet.. mommy.. huhu.. tgk satu satu perubahan hidup awak dari (tak cukup kain) sampai ustajah ajet ajet ;)

Awak memang seorang yang positif. Baik.

Sebab tu Allah sayang.