Aku rasa, kebanyakkan perempuan ni memang sensitif pasal berat badan. Tak kisah la kau jenis halus ke, atau jenis tak berapa halus. Kalau berat naik sikit pun rasa nak diet kemain lagi atkin bagai, malam tu sibuk tengok menu diet and resepi semua. Padahal naiknya 0.5kg, haha! Kalau yang berisi ni, kurang 1kg pun perasaan tu happy gila lah kan.
Tapi ada je la orang yang dia tak kisah pun berat dia berapa, asalkan dia sihat. Gitu. Tapi tak ramai cenggini kot. Kebanyakkannya mesti cam sensitip je. Bila berat naik, tetiba orang tanya berat kau berapa. Mendapatlah jawap dengan jelingan. Kekeke!
Aku masa zaman sekolah menengah berat 45 46kg. Masa tu zaman aktif kan, walaupun aku tak aktif sukan, tapi aku aktif pi dating, kahkah! Takde lah. Pepaham la kehidupan di asrama. Bangun pukul 5.30 pagi, mandi, pastu kena turun surau, pastu kena naik balik dorm siap2 pegi sekolah. Sehari tak terkira berapa kali naik tangga turun tangga, dah la dorm aku tingkat 3. Nak kena jalan kaki ke perhimpunan, nak ke bangunan belah sana pun kena jalan kaki, kang nak kena pegi bengkel bangunan lain pulak.
Pastu balik solat kat surau berjemaah, nak kena beratur lama nak makan, petang kena buat aktiviti riadah, kalau nasib tak baik kena denda petang dan malam. Haha! Aktiviti pek gila so berat maintan lah gitu je.
Habis sekolah, berat naik sikit 48kg. Walaupun aku kerja kat Time Square (jual barang2 silver) tapi dudukkkkk je lah. Kalau berdiri and jalan pun bila nak tunggu bas nak naik bas. Tapi still okay lah berat tu pun.
Masa belajar kat MSU, naik 52kg yang terpaling gemok. Belajar lagi la tak buat apa. Nak gi kelas kawan ambik naik kereta. Pastu habis kelas makan, kelas batal makan, takde kelas makan, boring makan, ada pasar malam pesan makan, kerjanya bukan belajar, tapi makan. Hahaha!
Masuk kerja farmasi, berat terus drop 47kg, sebab terlalu penat. Ini memang kerjanya kerja kerja kerja. Makan pun tak sempat, hahaha!
Berhenti kerja. buat online dari rumah. Berat maintain 47kg sebab pun asik lupa makan. Seronok layan customer, balut parcel, kadang tu tak makan. Kenyang tengok duit kot, kahkahkah!
Masa beberapa bulan nak kawin sampai lah dah kawin, berat 48kg. Seronok kannn kawin... Krik krik krikkk..
Masa mengandungkan Izz Qaiser, berat sebelum beranak 57kg. Naik dalam 9kg. Tak naik banyak sebab mabuk teruk gila.
Lepas beranak maintain 48kg balik.
Sekarang ngandung yang second, 40w dah 60kg. Uihhhhhhhh! Terpaling berat sekali woiii. Kagum mak sejenak. huhu!
Naik 12kilo. Terbaik sangatlah. Seronok adik beradik aku kalau tau ni. Dorang memang berdoa siang malam supaya aku gemok. Hahahaha!
Mesti korang cam rasa aku hebat gila sebab boleh ingat berat berapa semua. Eh opkos, aku adalah salah seorang perempuan yang sensitif dengan berat. Huhu! Kalau mengandung ni takpe lah kan. Nanti lepas dah beranak ni memang kena pulun habis-habisan. Gaisssss, nak cecantik untuk diri sendiri. Suami gemok lantakkan sana, hahaha! Yang penting diri sendiri yang nak cantik. Aku lettew. Aku jenis takde otot tau. So kalau 49 50kg tu memang dah rasa gemok siap ada spare tyre dah.
Kalau orang yang jenis berotot pegy gym, atau super mom ni, 50kg masih kurus lagi. Sebab dia berat tang otot kan. Masing2 tau badan masing2. Tapi sekarang korang dah takyah risau sangat, sebab nanti aku keluarkan losyen kurus. Rasa gelebeh sikit, sapu je. Eh belum keluar lagi dah semangat cerita kat korang, haha!
Ok tu je sekian melaporkan berat badan sebelum beranak. Korang doakan aku beranak secepat mungkin ye. Aminnnn..
2 comments:
tak sabar nak tunggu losyen kurus tuuuu..hihi
Teringat lagi awal awal dulu akak request buat produk kurus skrg dah nak keluar tak sabar nak beli!
Post a Comment