Assalamualaikummmm...
Akhirnya berjaya jugak update untuk booth kat Shah Alam ni. Nasib baik pun tak beranak lagi, kalau tak memang pupus gitu je entry ni, hihi!
Untuk booth kat Shah Alam, kitorang join Event FiestaUsahawan OhMyJep. Actually aku tak kisah pun event besar atau kecik, sebab memang tercari-cari pun tapak kat Shah Alam. Ada gak niat nak masuk carboot sale je, bukak sehari berapa jam je gitu, then dah la. Tapi bila tanya-tanya penuh la, itu la ini la. Dah nama tak ada rezeki so tak ada lah rezeki kat situ kan. Huhu!
Tetiba staff wasap ada satu event ni buat kat Shah Alam 2 hari. Ehhhhh tengok harga tapak pun okay lah tak de lah mahal gila babeng, still mampu lagi nak join. So kita confirm kan kehadiran untuk Sabtu dan Ahad, then Jumaat kita dah boleh pasang booth.
Aku suka lah dapat bukak tapak kat Shah Alam, dapat mengimbau zaman belajar kat MSU. Merewang sana sini, pekena ABC Special kat Seksyen 2. Belajar ala kadar je, sibukkkkkkk dengan duniawi, kahkahkah!
Sampai dewan, tarik napas panjang. Sebab panas gila hoihhh cuacanya pun.
Aku tak ada buat kerja sangat pun. Jadi mandor je lebih. Yang kena kerah tenaga opkos lah Lina and Qery, hihi! Haaaa lupaaaa pulak nak bagitau. Backdrop bunga-bunga kat belakang tu ihsan dari Kak Nur. Siapa Kak Nur?? Yang buat pelamin aku sejak dari bertunang, kawin, buai berendoi, befday Qaiser. Sebelum ni kan aku dah bukak dua kali booth, Kak Nur cam sedih tengok booth kitorang tak semenggah tak ada hiasan ke apa, haha! So dia offer nak sponser backdrop untuk booth kat Shah Alam. Ehhh suka lah hati kita tu kan. Kikiki!
Ok dah habis cerita yang tu. So hari pertama tu, kitorang pukul 8 pagi dah sampai, sebab meja tak pasang lagi. Organizer memang provide meja, tapi ya ampun besar gedabak, so kita guna meja sendiri. Pagi Sabtu kemas pelan-pelan.
Masa ni baru pukul 9 lebih kot, kedai tak bukak lagi. Event start pukul 10pagi. Staff pun belum sampai. Lina tak bagi aku susun-susun. Suruh tunggu staff datang biar dorang susun. Ehhhhh mata aku ni sakit je tengok kalau tak siap tempatnya, hahaha! Lagipun tak susah pun kerja setakat susun kan. Degil sangat, so susun sampai habis. Cantik kat mata sendiri puas hati.
Try test ambik gambar kat backdrop
Backdrop pelamin kita, huhu! Booth2 lain duk puji booth Seqy Beauty cantik, aku yang kembang ni bertambah-tambah kembangnya. Kekeke!
Dari jauhhhhh ku lihat hijauuuuu...
Booth lain ada yang baru nak setup pagi tu, haha! Tu dah kira power gila la, maybe selalu bukak booth kot kan. Dah tau nak pasang apa semua.
Atas meja semuaaaanya barang cabutan bertuahhhh.
Mak kau hijau sangat ni, haha! Gigih la aku dengan Qery mencari kain warna hijauuuuu ni. Sib baik ada.
Belum pukul 10 aku dah ajak Qery gi beli air kelapa kat luar. Sedap gilaaaaa ye air kelapa dia. Tiap kali beli mesti order air kelapa je. Bukan sebab dah nak beranak ke apa. tapi aku memang suka air kelapa. haha!
Masuk-masuk je nampak sorang customer dah membeli, haha! Akak ni memang laju beno, belum pukul 10 lagi. Ni mesti nampak warna hijau2 terus datang booth. =P
Pastu siap menang toiletries bag lagi. Untung sangat. Huhu!
Then datang sorang sorang customer memeriahkan booth Seqy. Rezeki waktu pagi memang tak dijangka betul kan. Aku bajet pagi tak ramai orang. Yela kot ikut keturunan aku ni, masih lagi bermalasan kat atas katil. Takpun terbungkang depan tv. Takpun tengah melantak kat dapur. Huhu! Tapi kebanyakkan yang aku bukak booth, waktu pagiiii memang ramai gila orang datang beli. Syukur selalu.
Ha lepas bebudak ni dah sampaiii terus ajak ambik gambar reramai.
Aku bukanlah nak puji staff sendiri. Tapi nak gak lah puji, hahaha! Dorang ni muda. Sebaya dengan anak buah aku yang sulung tu, si Ika. Semua umur 22 tahun. Masih belajar lagi. 2 orang Uni kat Johor, 2 orang lagi Uni kat Shah Alam. Tapi punyalah pandai cari duit. Sanggup tak berjimba dengan kawan2 hari Sabtu Ahad, datang kerja nak cari duit poket.
Seriuslahhh kan aku dulu pun tak camtu. Tak cukup duit mintak abah. Paling2 pun berjimat cermat je la. Takde lah sampai gigih cari duit semua. Tapi aku ada lah jugak jual topup masa kat MSU. Jual topup takde lah susah pun, sebab orang datang cari kita, haha!
Pastu dorang punya comunication skill pun bagus, pandai sangat approach orang. Aku yang kena banyaaak belajar dengan dorang ni. Kadang tu aku tengah duduk update instagram, perhatii je cara dorang bercakap dengan customer, ada makcik, ada kakak-kakak, ada bebudak. Pandai je dorang ni melayan. Ni kalau kawin kompom kesayangan mertua ni. Eh? Hahaha! Tetiba sangat.
Kerja aku, bergambar dengan customer je ye. Tu pun rasa hebat dah, kahkahkah!
Masa ni dah ramai orang, so semua staff memulakan misi mereka. huhu!
Dan aku pun memang dah standby je nak bergambar dengan customer, kekeke!
Depan booth Seqy, jual pulak air milo. Sama tema kita bang warna hijo, keke!
Suka akak ni menang toiletries bag.
Tapi yang ni lagi win, beli BB Cream, menang Set Skincare.
Terus kena paksa bergambar reramai anak branak, haha!
Haha! Aku dah sakit bontot masa ni. Kerusi tu kan lubang2 kat bawah, aku dah la berat, haih pepahamlah kan. Terus duduk bawah, ngadu kat Qery, Qery gi ambik kerusi yang sedap sikit dalam kereta. Kitorang memang bawak kerusi sandar. Tapi sebab tapak tak besar mana, so keluarkan kerusi yang kekecik lah. Terlupaaa ada orang yang bersize gajah kat sini, haha!
Akak ni lawak gila, dia dari dewan orang kawin sebelah. Memang datang sini dekat gila jalan kaki je lah. Akak ni bungkus lauk pengantin, pastu malas nak bawak balik rumah, bagi kitorang suh makan, hahaha! Boleh kak, asalkan beli produk Seqy, kekeke!
Petang sikit pukul 5 lebih aku balik Cheras, nak bawak Izz Qaiser jenjalan sini. So lepas tu staff handle lah.
Sekali lepas maghrib tu dah ontheway ke Shah Alam, dapat wasap dari Ceera, katanya dia datang tapi aku takde, haha! Sapa suruh datang maghrib. Opkos lah aku takde, kekeke!
Si Bun budak tersengihhhhhh je kejenya. huhu!
Bos kecik dah datang melawat kawasan.
Si kecik ni cam biasalah, lebih bos dari bos, haha!
Aku sampai dekat pukul 9 malam gak kot. Pastu cek sale muka puas hati, hahaha! Terus announce pukul 9.30 tutup kedai. Semua tepuk tangan kuat-kuat, huhu!
Tutup awal sebab banyak kedai tutup dah. Pulak tu risau bebudak ni balik lewat sangat. Walaupun lepas tu dorang merayap gak sebenarnya, hahaha!
Ok bersambung next entry.
1 comment:
Bestnya buka booth. Then dpt smbutan. Seronok tgk. :)
Post a Comment