Punyalah lama ambik masa nak update ni, edit gambar pun sejam deknon. Krem jari aku. Sekali upload buat-buat terperanjot monkey ada 133 keping gambar. Syabas *tepuktangankuatkuat
Majlis Aqiqah ni memang dah rancang buat rumah mak mertua, sebab mak aku awal-awal dah bagi mak mertua aku yang buat. Yela kan, mak aku tiap kali cucu buat rumah dia, kali ni bagi la besan raikan cucu pertama. Aku tak kisah, buat mana-mana pun boleh aje.
Sebulan sebelum majlis, bincang dengan Qery nak ambik siapa untuk buat buai, untuk marhaban, untuk katering, untuk buat goodies. Orang-orang yang terlibat ni last nanti aku bagi contact number kalau-kalau korang nak guna khidmat dorang ni.
Buai berendoi cam biasa, upah Kak Nor sebab memang takkan mengecewakan aku dan Qery, suruh buat goodies sekali. Senang takyah fikir. Bagitau je untuk berapa orang. Biar Kak Nur yang pening. Kita rilex bersenang2 tau-tau dah siap. Dasar orang pemalas nak fikir. Kekekeke!
Majlis ni buat hari Sabtu (1 Muharam), start pukul 10.30. Mulakan dengan marhaban, cukur jambul, bacaan tahlil, dan makan-makan sampailah jam 3 petang.
Aku dengan Qery sampai rumah mertua dalam pukul 10pagi. Kongajo sampai lambat. Saudara mara dah sampai dulu, tuan punya badan datang lambat. Elok sangat perangai tu. Muahehehehe!
Konsep ala lip lap lip lap gitu.
Aku suka ada lampu-lampu tu, macam omputeh sangat. Feeling kengkonon dalam i-City. Eh? Hihi!
Sampai je kami, semua orang la gilir-gilir pegang Izz Qaiser, nak selfie, nak main-main, nak acah-acah, nak geli-geli ketiak.
Aku dengan Qery dengan Izz Qaiser bertemakan warna putih. Aku cakap kat Qery, nanti masa majlis aku nak dia pakai baju cam Aqasha. Lols! Cari kat The Mines baju Aqasha ni, nasib lah jumpa.
Antara door gifts yang Kak Nur sediakan untuk tetamu dan geng marhaban.
Sebelum majlis kita beramah mesra dulu dengan tetamu.
Ha ni lah dia baju gaya ala-ala Aqasha. Patutnya dia kena bukak butang kat dada tu baru la cam auwww sikit, hahaha! Tapi Qery memalu. Tunjuk kat istewii aje. suwit sangat. #matakeatas huhu!
Izz Qaiser tengah bertenang
Geng-geng marhaban dah sampai.
Qery kena panggil untuk azankan lagi sekali ke telingan Izz Qaiser sebelum dorang mulakan bacaan doa dan selawat.
Belum apa-apa dah mengantuk budak ni, ikut perangai mother sangat tidur sampai ke tengah hari, tu lah pasal bangun awal lepas tu dah sibuk nak mamai-mamai.
Habis je bacaan doa tu, dorang panggil aku dengan Qaiser. Masa ni la baca selawat, puji pujian ke atas Rasul.
Asik la nak usha mana mother dia pegi. Kalau tak nampak mula la ter ek ek ek. Sabo je la. Aku rasa semua bayi menyusu macam tu, tak boleh nak lekang. Jauh je sikit melalak macam kena pukul. #urutdada
Kekeke! Nak marah pun tak sampai hati.
Sementara tu mak mertua lepak kat atas.
Baju mak aku pakai tu, aku beli kat Ampang Park. Nasib baik ngam-ngam. Maklumlah mak sekarang ni dah single pandai dah pakai shawl lilit-lilit sendiri. Wakakakaka! Selalu je usik mak, tanya tak ada orang ngorat ke masa mak jaga kedai. Sekali mak jawab 'ramai sangat yang ngorat, tapi mak malas nak layan'. Amboiiiiii... kalah menjunam dah aku punya market. Tak boleh lawan mak. Hahaha
Izz Qaiser dah bosan dalam buai, dia cam nak start ek ek ek, aku dukung dia. Kang kalau menangis, tak pasal-pasal je.
Habis bacaan doa, terus nak cukur jambul.
Mula-mula dia bertenang je kan.
Sekali kena air kelapa tu kat kepala dia, terus menangis sampai gigil-gigil. Hahaha! Dia ni tak boleh la sejuk sikit.
Sampai ke sudah la dia nangis
Muka mintak simpati
Aku terpaksa gelakkan Izz Qaiser sebab kelako sangat. Orang lain dah cam kesian-kesian, sampai tak nak gunting dah, usap-usap kepala je, hahaha!
Qery terkejut bila orang bagi sumbangan. Dia cakap dia tak tau yang majlis aqiqah pun ada orang sumbang duit. Lols. Aku pulak terkejut yang Qery tak tau. Hahaha!
Q : Tak sangka orang akan bagi duit.
S : Memang lah. Duit Qaiser tau, jangan usik
Q : Oh bukan duit cover majlis eh? Hahaha!
S : Opkos la bukan, belanja majlis tanggungjawab makpak la. Pebendaaaa pakai duit anak, huhu!
TQ semua yang sedekah kat Izz Qaiser, kitorang dah selamat masukkan dalam Tabung Haji. Yang beli barang kat aku then bagi duit lebih suruh bagi Izz Qaiser pun dah selamat masukkan dalam bank. TQ korang. Murah rezeki korang semua. Aminnn =)
Kak Jeng berpura-pura gunting rambut Izz Qaiser, semata-mata nak ada gambar. Terpaksa upload gambar ni, hahaha!
Sampai ke sudah nangisnya. Haiiii la anak, dalam dunia ni bukan kita bertiga je tau. Ada ramai orang lain lagi. Jangan la nampak orang tak kenal je nak nangis. Gigit kang sia-sia je.
Anak Ateh si Aira, geram betul aku dengan budak ni.
Siap sedia untuk bacaan tahlil pulak.
Sementara dorang baca tahlil. Yang lain dah start makan. Makcik-makcik tak boleh makan lambat. Kena jaga kesihatan, kang kalau gastrik ke apa kan susah. So kita jamu lah dorang terlebih dahulu.
Katering macam biasa Abang Khalid kita. Aku ni kalau Khalid tak dapat masakkan untuk apa-apa majlis yang aku buat, rasa frust tau. Memang first choice akan tanya Khalid dulu. Sib baik dia ok. Kalau tak hentak-hentak kaki siap guling-guling protes. Huhu!
Lauk kambing paling win! Siyesly aku suka sangat2.
Aku suka sangat Khalid punya catering sebab dorang ni selalu jaga kualiti dorang. Bersih. Sedap. Best sangat tau. Ini bukan iklan berbayar eh. Ini sebab tersangatlah satisfied dengan servis dia. Kalau korang nak tempah silakan. 50 orang pun dia ambik. tapi silakan book awal-awal. Gov punya makan-makan pun dia boleh cover. Syarikat swasta pun dia banyak cover kalau ada majlis perpisahan ke, jamuan makan ke, parti harijadi ke.
Ustaz tengah baca doa tahlil.
Habis je bacaan doa, terus semua orang serbu makan.
Oh disebabkan Izz Qaiser kena korbankan 2 ekor kambing, jadi lagi sekor tu kitorang buat kambing golek special.
Ini golek depan rumah okey, kereta lalu lalang sila ambil bau aje. huahuahua!
Door gifts balance masa kawin kitorang. Botol dia je la recycle balik. Print sticker dan beli gula-gula masuk dalam tu. Hihi!
Sampai sekarang kagum mak boleh lilit shawl sendiri. Hihihi!
TQ Kak Nur dan team sebab buat buai cecantik, fikir tema, peningkan kepala Kak Nur and Yaya, tak tidur buat door gifts. Nanti masa befday Izz Qaiser tolong pening lagi ye. Kompom mintak Kak Nur buatkan lagi. Kalau Qery call jangan buat-buat tukar nombor tepon tau. Kekekeke!
Amboiiiidiaaaaatuuuuuu =P
Bergambar dengan tetamu
Perempuan ni kerempeng je. Nyampah sangat
Mak Ayah mertua kite ni memalu orangnya, hihi!
Tak sabar tunggu Syah kawin tahun depan, ada la geng menggedik.
Adik beradik mak mertua.
Jiran tetangga geng ayah. hihi!
Tetiba promo BB Cream kan dah kenapa, hahaha!
Aku lupa nak bagitau, sepanjang hari tu aku memang pakai BB Cream dengan lisptick sahaja. Walaupun haritu panas dia sampai berpeluh2, tapi muka iolls tetap maintain tak berminyak.
Ha, bagitau skali, aku dah buat blog SeqyBeauty tau. Segala info, testimoni, review, contact agen, soalan cepu emas pasal BB Cream SQB semua ada kat sana. Produk2 akan datang pun akan menyusul kat sana. Senang korang nak refer. Tak ada lah bercampur-campur. #tetibapromo #ambikkesempatan
Gambar ni paling kelakar, berdekah-dekah aku gelak, tapi dalam hati la. Hahaha! KRU betul. Kanan skali Syah dah nak kawin pun tahun depan. Kiri Cepul baru 16 tahun. Sapa nak ngorat silakan add ig dia @izzaini. Sekian
Tiga adik beradik ni anak manja mak sangat. Lols. Huhu!
Bergambar dengan jiran belakang rumah.
Daddy kalau tak sakat Qaiser memang tak sah.
Kawan ala maya. Aunul Superb. TQ datang. Muah!!
Kawan facebook =)
Datin Dato kita. Hehehe! Kak Azlin n Abang Akram tersayang!
Kesian, hari2 kena buli. Haha! Nasib mu lah.
Tak muat nak peluk. lalalalala~~
Ayah mertua punya kakak.
Bersama mak mertua.
Menantu kesayangan sangat kan, hahaha!
Dah nak habis majlis, bagi Qaiser main buai.
Nangis kena kacau dengan Daddy
Okbye, saya dah mengantuk!
***************************************************************
Khafa Catering (Encik Khalid) : 013-6646 300
Kak Nur (FB : Symbolique Asia) : 012-2559769
Symbolique Asia kalau tak silap dorang tengah buat promosi akhir tahun, sapa-sapa nak kawin tu boleh la usha kot-kot la nak majlis kawin kedebabom dengan harga special. Gerenti tak nyesal.
Catering pun memang aku suggest Encik Khalid. (Area KL Selangor, kalau negeri lain aku tak sure) Pastu bagitau dapat dari blog Sepet. Mana tau dapat diskaun atau gifts2 seperti kuih muih free ke kan. muahahahaha! Khalid ni dia suka sedekah. Tu pasal la rezeki dia limpah ruah. Dia selalu memang bagi lebih punya.
Itu je. Kbye =)
12 comments:
wah byknya gambar.... meriah majlis cukur jambul.. kombinasi kaler pun cantik sy suka :)
Alooo comel sgt Qaiser. Dah la pakai baju melayu siap sampin. Hihi. Awk pun comel gak.
Dah ada blog pasal produk bagus juga Sebab tak ada campur sgt dengan blog peribadi. Nanti kat blog peribadi just tulis ada produk baru, gi tgk kat blog produk. Ada promosi baru, gi tgk kat blog produk. Camtu... ;-)
omeyyyyyyy sangat qaiser ni....
Puas hati sangat tgk entry nih sebab best n banyok gambo ....ai like ai like
plus dapat tgk baby yg handsome tuh rasa cam nak gie meminang terus anak teruna kamu nih sepet ...handsome sungguh
nak peluk diaaaaaaaaaa...!!
sorry sepet and qery sbb tak dapat datang... qaiser comelll sangat.. geram geram gerammmmm kat dia heheh
alolololo comelnya qaiser, nangis time kena air tu comel gak, tapi kesian pun ada ekekeke
c baby yg bikin geram...comelnyaaaaa...
meriahnya majlis'
gigih baca sampai abis
gambar pun cantik2
Kenapa cam anak omputih sgt nih izz...comel angat2
askm..katering tu ad fb atau y lain x?
next time dapat baby girl plak, leh cari baju kat Lovely Kidz Closet.. readymade ada nak tempah pun boleh :)
Post a Comment