Nov 24, 2014

Senyum Kambing

Sejak lahirnya Izz Qaiser di dunia, aku hampir meninggalkan tanggungjawab ku kepada suami. Eceh...Dan ala-ala cite Mah je ni. Hihihi! Selalunya aku jarang komen pasal isu-isu terkini ni sebab tak ada kene mengena dengan aku. Tak kuasa nak tambah dosa. Dosa terkumpul ni pun belum tentu diampunkan. Sobss..

Tapi aku rasa, sebagai seorang perempuan, isteri, dan ibu. Memang tanggungjawab kita besar dan kadang2 kita penat dan buat-buat lupa. Ofkos aku sebelahkan Mah tu. Sebab kita perempuan je yang akan paham betapa penatnya menjadi seorang ibu. Tapi sukati lah Kak Mah oiiii, nak terima balik suami dia ke tidokkkk. Itu tiada kene mengena denganku.

Bila baca karangan tu kan. Aku bukan fikir situasi Kak Mah dengan suami. Tapi terus terfikir suami sendiri. Sejak ada Qaiser ni, memang aku dah tak bangun buatkan dia air. Tak hantar dia sampai depan pintu. Tak salam pun. Durhaka sangat ni. Huhuhu!

Seriusly, dengan kebizian sekarang. Aku sejujurnya bagitau aku tak masak langsung dah. Diri sendiri pun tak terurus. Mungkin masih lagi nak serasikan diri dengan keadaan. Anak kecik memang susah sangat nak urus masa sebab waktu tidur dia tak tentu. Plus dia nak kita teman dia je bila dia bangun. Kadang2 aku nak mandi pun tunggu Qery balik.

Patutnya suami balik kena wangi2. Ini tidak. Bau susu masam. Kehkehkeh! Betapa buruknya perangai aku sekarang, tapi Qery diam je. Dia tak de merungut aku tak masak ke, tak mandi lagi ke. Selekeh ke........

Tapi dalam hati dia mana lah tau kan. Semua suami nak isteri cantik2 , wangi2. Start malam tadi. Ekceli aku tak tidur seharian. Siapkan parcel untuk agen. Tengok jam dah pukul 5.30 pagi. Badan penat tapi tak boleh tidur.

Jadi, aku ada masa sikit nak fikir pasal tak baiknya tak layan suami elok-elok. Bukan susah pun buat air pagi-pagi. Bukan jauh pun nak hantar suami sampai depan pagar. Bukan susah nak cantik-cantik mangi-mangi bila dia balik. Tak masak takpe la. *eh tetiba skip masak dah kenapa, haha* Dasar sangat.

Harini dah start cuti sekolah. Tapi selalunya cikgu belum cuti lagi. Seminggu selepas cuti dan seminggu sebelum sekolah bukak, selalunya akan ada meeting kan. So harini Qery bangun lambat sikit. Aku pun buatlah air nescafe 3in1 tu. Sambil kemas sikit-sikit rumah.

Pastu Qery cam terkejut kenapa rumah bau nescafe. Lols. Nampak sangat kan. Hahahaha! Pastu aku pun hantar dia sampai depan pintu, siap bukakkan mangga. Cium tangan. Hantar mesej i love u. Siap ada muah muah lagi. Mata tak ke atas pun tau. mihmihmih!

Tersenyum2 la Qery nak masuk kereta tadi. Malu lettew. Sebab masa aku nak salam dia, aku sempat bagitau...


...


...


...


...


...


...


...


...


...


...


...


Dah 100 hari tau

(>_<)

p/s : Saja nak melawak hari Isnin dengan korang. Jangan nak Monday blues sangat ye. Huhuhu!

16 comments:

elle-amin said...

Hahahaha! Merdeka ye

Lady D'yot said...

hahaha...qery dah leh buka puasa la..;p

Liyliz said...

Haha btl jgk tu.. 100 hr ye..

.::: Princess MOMOY :::. said...

haha...mesti qery sengih2 je dengar perkataan 100 tu
kihkuh
nakal sungguh sepet ni

Chekgu Azrine said...

Wahh..wah.. mata akk yg bersinar2 baca ayat last tuh..wakakaka

kedinkyst said...

Hahahaha bongokkk. kihkihkih

Syamimi Saad said...

Asslmkm.. Funny je.. Amboi.. Siap bgthu 100hri tu kt suami.. Jaga2.. Hehe

peej said...

panjang cerita kau sepet. tapi sebenarnya isi tersurat nak bagi tau dah 100 hari tu je. hahhaha i like.

yoorinmelacolea said...

hahhahahaa..win betul ayat 100 hari tuuu!!!! adehhh..tergelakkkk baca

Ayu Rashid said...

Lols... tu jer motifnya.. 100 hari.

Hahahaa... kenduri sakan ler uols.. hahahahaha

Mama Zharfan said...

salam ziarah..me pengguna SEQY bb cream tu :) esok nak publish entry psl SEQY ;)

ain.ya.nun. said...

Yey, 100 hari dah!!

raihanah said...

wah mesti best dah 100 hari. merdeka kata orang

It Me Azida said...

akak bajet ana cakap "i love you" hahah. dasar kaki jiwang lah akak kan. hehe

HyRoSSa NeNy said...

haha...yg tu kelakaaa...kikiki

Era said...

Hahahahah!