Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

May 18, 2017

Survey Sekolah/Kelas untuk Izz Qaiser


Bulan lapan ni, genaplah Qaiser 3 tahun. Tahun depan masuk 4 tahun pulak. Dah stress fikir nak masukkan dia sekolah kat mana.

Aku sebenarnya berat hati nak masukkan dia belajar awal-awal. Memang la aku tau kat sekolah tu banyak main je. Kiranya kalau belajar pun light-light je kan. Tapi rasa macam aduhai awalnya dia nak masuk sekolah. 

Qaiser ni dia cepat belajar tau. Cepat tu takde la dengar sekali then terus pandai. Ada benda yang menarik perhatian dia, atau kena cara ajar tu. Memang terus dia boleh paham. Contohnya, ada satu hari kitorang pergi jalan-jalan. Ada persembahan kat stage, tapi Qaiser tengok acuh tak acuh la. Balik tu dia boleh tiru sebiji macam persembahan kat stage tu. Padahal dia tak tengok sangat pun. 

Aku pernah share yang dia ikut step abang-abang kat skolah training bola. Jap aku share lagi sekali lagi kat sini.


mulutnya pok pek pok pek. Huhu!

Aku bagitau mak, mak cakap itulah perangai aku masa kekecik dulu. Disebabkan mak aku cakap perangai Qaiser sebijik perangai aku, itulah yang membuatkan aku risauuuu..hahaha!

Aku boleh membaca sebelum masuk tadika 5 tahun. Maybe sebab kakak ramai kat rumah, mak pulak rajin belikan buku cerita and rajin ajar aku. Masalah aku, bila cepat belajar, aku cepat bosan. Cikgu ajar benda yang aku dah tau kat depan, jangan harapla aku akan dengar kat belakang. Dulu meja kat sekolah aku penuh lukisan aku conteng. Sebab tu la. Malas dengar cikgu cakap sebab dah tau. Haha!

Itula yang merisaukan aku bila mana nak hantar Qaiser pergi sekolah terlalu awal. Takut nanti dia dah pandai, lepas tu dah bosan taknak belajar. Pastu risau gak dia terikut-ikut benda yang tak elok. 

Mak-mak ni kerjanya merisaukan anak je la kan. Hahaha! Padahal besar jadi orang gak la Insyaallah. Cuma tu la sibukkk nak risau. Agaknya budak tu okay je, aku yang melebih-lebih.

Pastu sekarang ni konfius, nak hantar dia masuk sekolah yang ada belajar agama masa umur 5 tahun ke atau nak hantar sekolah biasa. Tapi sekarang rasanya banyak dah sekolah yang ajar pasal agama kan. Tinggal nak pilih je. 

Aku fikir umur 4 tahun ni taknak la hantar pergi sekolah. Cuma nak hantar dia pergi kelas. Kelas apa tu tak tau sebab Qaiser ni semua dia minat. Sukan minat, Piano gitar nyanyi pun minat. Ingat nak masukkan kelas karate ke, taekwando ke, saja la suruh dia cuba bergaul dengan orang dulu. Taknak bagi dia stress. Kalau macam ABC tu aku boleh ajar sesikit kat rumah. Nak bagi ajar adap. Tak tau mana yang okay.

Korang hantar mana anak? Share lah...

3 comments:

yana2605 said...

ank sy pn thn depan 4 tahun..mmg tgh pikir nak msk kan dia sek sbb hari2 dia ckp nk gie sek..lgpn sian kt dia duk umh pengasuh tu berdua je dgn adk dia..ingt nk bg dia bkwn skt sbb dia mmg agk ramah..gie mn2 yg da bdk mst dia tegur dlu ajk main.

anyra said...

Comel suara sepet

abok said...

Since awak pon bole ajar kat umah agama, try masuk chinese kinder. Kalau minat la. Anak akk 2 org yg besar tu now sek cina, drjh 5 & 3. Alhamdulillah lelaki besar tu dh bole jadi imam n dorang bole mengaji n tau doa2 penting n surah. Bagi akk tu yg pting, tp klu awak nak ank further agama bole je. Sbb skrg sek cina dh ada JQAF. Yg kecik 2 org tu start umur 5 thn baru akk masuk kan chinese kinder, now both kat tadika biasa.