Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

May 11, 2017

CUTI WESAK BAWAK ANAK JALAN-JALAN

Semalam cuti kan, pagi tu macam biasalah aku punya lemau tu. Tengok anak tidur lagi tu bersyukur sangat dah. Dalam hati tu berharap dorang tidur sampai tengah hari. Tengok Qery pun baring lagi. Tak tengok bebetul pun, jeling sikit je nampak kaki je, hahaha!

Pastu Runako macam biasalah, memang dia yang akan bangun dulu hempas-hempas badan kat aku. Eiii sakitnya hati, tapi apakan daya anak sendiri. Haha! Selalunya memang aku lantakkan je Runako tu. Pandai-pandai lah dia nak main thomas dulu ke, nak gi sepahkan barang abang dia ke. Yang penting aku nak baring lama sikit. 

Sekali Qery gerak. "Mami Mami, bangun la jom pergi mana-mana bawak anak jalan, takkan nak duduk rumah je bla bla bla bla bla"

Aduhaiiii... Pagi-pagi laki aku ni cargas je mulut nak membebel. Huhu! Nak tak nak bangun gak la. Tengok jam pukul 8.30 uolls. Tanya nak pergi mana dia jawab tak tau.

Itulah yang aku malas dengan Qery ni tau. Sejenis pemalas nak fikir nak pergi mana. Cubalah kalau nak jalan tu fikir awal-awal malam tu bagitau awal-awal. Senang la nak prepare terus dari malam tu kan. Atau kalau idea dia tak bernas ke boleh la tukar and fikir lain. Ini bangun pukul 9 pagi ajak aku gi Sunway. 

Tau tak aku ni bukan supermom. Sediakan barang anak pun lembap. Nak mandikan anak-anak, pakai baju dorang, fikir nak bawak baju apa pun dah setengah jam. Pastu nak pergi pulak masa hari cuti umum. Musim hujan pulak, memang tak laaaaaaaa. 

Pastu dah sakit jiwa aku pagi-pagi nak fikir nak pergi mana. Qery kata nak bawak gi Playground kat Bangsar. Eiii, tak tau la aku ni tak reti bila dah ramai-ramai. Bersesak sana sini, malas nak jaga and nak risau tengok anak tu pukul orang ke tak. Haha! Kang aku stress apa pun tak jadi. So cancel main kat playgorund yang indoor tu. Tak kose mak.

Last-last cakap kat Qery, bawak dorang naik basikal lah kat Taman Tasik Titiwangsa tu. Lagipun memang jarang sangat bawak dorang kat tasik-tasik ni.Bagi tengok pemandangan sikit. 

Korang boleh la datang sini. Selalunya abang aku bawak anak-anak dia kat sini pagi-pagi. Pukul 8 9 camtu. Masa tengah best cuaca tak terik sangat lagi. Nak bawak basikal pun berangin je. Semalam aku datang dah tengah hari, tapi cuaca mendung sebab musim hujan kan. 

Sewa basikal tak silap aku satu kepala setengah jam RM5. Tapi macam anak dia tak kira la. Basikal dia ada yang boleh naik 4 orang dewasa. Ada yang boleh naik dua dewasa sorang kanak-kanak. Yang tu aku tak tau dorang kira harga cemana. Sebab yang aku tau katanya satu kepala setengah jam RM5. 

Ehhhh setengah jam pun semput uolls. Aku 5 minit je kaki dah krem. Hahaha!

 Kalau bebudak cam Qaiser dengan Runako, duduk kat belakang ada sit belt jangan risau. Hihi! Aku pun takut gak Runako tu kang terkeluar je dia. Nasib la ada sit belt tu kukuh la sikit.

 Tapi Ako memang baik sangat duduk je dendiam. 

Aku ni dah 20 tahun kot tak bawak basikal. Belum kayuh kaki dah gigil. Pastu bawak melelong lelong kena sound dengan Qery. Qery kayuh belakang sebab dia nak tengok Runako. Dia stress tengok aku ke kiri ke kanan. Hahaha! 

Nasib baik sampai-sampai sana aku ddah terkucil dulu. Kalau tak ada yang terkucil atas basikal. Huhu! 

Tak lama pun kitorang main basikal. Sebab dah hujan renyai. Kalau ikutkan ramai je yang lantakkan hujan tu sebab dia cam manja-manja je lagi, tak lebat. Tapi sebab aku dah penat, dah dah jom gi tempat lain pulak.

Kan tak plan apa kan. Memula ingat nak gi Ikea beli carpet. Tapi cam malas pulak nak kendong carpet dengan bebudak ni semua. So jom pegi The Mines je main yang game masuk duit syiling tu. 



Runako dengan Qaiser sama je sekarang ni. Main tak ingat dunia. Qaiser tu takpe la sebab dia dah besar kan. Ini Runako tu ha baru je setahun. 15hb ni baru masuk setahun sebulan. Ewahhh dia yang lebih pun. Kejap lari main game tu, kejap kang lari main game ni. Bukan main pun, takat dia acah-acah pusing stering je. Main bebetul terkejut mak ko nanti. Haha!

Ingat nak lepak lama sikit kat The Mines, rasa seluar Qaiser basah pulak. Budak ni minum susu banyak pagi tadi, banyak la kencingnya. Aku pulak pandai sangat tinggal baju anak dalam kereta. So Qery cakap bagi je dia main puas-puas dalam ni. Then kita masuk kereta tukar pampers seluar semua, kita bawak dorang gi Playground tepi jalan kat UPM je.

Qery kebetulan nak fotostet apa tak tau la kat situ. Situ murah kan, harga student. Lantaklah. Dah masuk kereta tukar pampers seluar dedua. Buat susu bagi dorang minum kenyang-kenyang dulu. Start ke kereta, tengok dorang tertido siap berdengkur lagi..

 Maapla, camera fon kabur. Boleh pulak air tertumpah dalam handbag. Habis tepon aku ni, syukur masih hidup lagi. 

 Dedua tidur lamaaaaaa pulak tu. Sejam lebih kot tidur dalam kereta. Takde la pergi playground dah. Balik tu singgah nak beli burger. 
 
Budak tu baru bukak kedai. Qery pulak order burger special triple daging. Memang bercinta la menunggunya.. Qaiser asik jerit dari tingkap "Daddy cepatlaaaa". Sampaikan budak jual tu mintak maaf sebab lambat. Hahaha! 

Itulah cerita semalam.

(kita update pakai laptop baru uolls. Saja bagitau bukan berlagak tau. haha! Benda macam ni memang kena buat pengumuman lah kan *gelaktutupmulut*)

2 comments:

IQ = Iez Qis said...

lama sangat tak tengok qaiser, runako lagi lagi, dah pandai berjalan dah, rasa singgah dulu dia baby lagi...cepatnya masa berlalu

MaMa Chantique said...

comelnya the boys tu...anak² kalau dapat outing mmg gitu yer...main tak hinggat donia...ahahaha...pastu masuk kete je pengsan kepenatan..samalah dengan anak kita..