Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

May 18, 2017

Perihal Mengandung kali ke-3

Tak sangka kan, pejam celik pejam celik perut nak mengembang untuk kali ke-3. Syukur Alhamdulillah. Untuk isteri-isteri kat luar sana yang belum dapat zuriat lagi. Aku doakan korang dikurniakan zuriat yang soleh-solehah, taat, baik, cantik, hensem, disayangi semuaa orang. Amin. Jangan sedih-sedih (walaupun aku takkan boleh faham perasaan korang tu), Insyaallah Allah salurkan rezeki tiap hambanya dengan berlainan cara. Kita sabar dan sentiasa berdoa tau. =)

Rasanya awal lagi la aku nak cerita pasal pregnncy kali ni, tapi risau terlupa moment-moment tu. Rugi rasa sebab dah ada medium untuk aku kenangkan balik. Macam Runako aku tak banyak kongsi, then bila nak ingat balik macam dah tak berapa nak ingat. Huhu! So takmo la camtu. Nak cerita gak, mana tau 5 6 7 8 tahun lagi nak baca balik sambil senyum2. Huhu!

Orang pompuan tau kan cara pengiraan EDD (tarikh bersalin) start dari bila. Untuk yang tak kawin lagi, atau yang baru kawin, kita bagitau lah. Hihi! Tarikh EDD tu dikira dari hari pertama kita last period. Paham tak? Contohnya, bulan lepas ko punya period datang 10.4.2017. Itu hari pertama datang tau, then harini 18.5.2017 ko cek UPT tengok ada double line, maksudnya mengandunglah. So kiraan dia start dari 10.4.2017 tu sampailah tarikh harini bersamaan 5minggu 4 hari. Gitu.

So kes aku ni, last period aku 12.12.2016. Haaaa memasing kita sekarang dah berapa minggu. Hahaha! Tapi aku special kes..

13hb - 16hb Dec 2017 gi China beli barang gift Seqy.
Awal Januari opis Seqy beroperasi.
4 Feb 2017 tu tarikh dinner Seqy.
13hb - 25hb March 2017 pergi Umrah.
15 April 2017 buat sambutan birthday Runako.
28hb - 30 April 2017 bukak booth kat Shah Alam
13 Mei bukak booth kat Aeon Alpha Angle

Nak bukak opis Seqy, penat. Penat cari barang itu ini kesan ke mari. Masa ni tak tau lagi pregnant ke apa. 

Then masa hujung bulan satu baru cek then doktor kata mengandung. Stil penat dengan preparation nak buat dinner. Hari dinner tu dah start rasa kembang tekak. Haha! Tapi boleh control lagi.

Pergi umrah, dengan bawak dua orang anak. Dah tau la mengandung pun kan. Masa ni memang tak lalu makan langsung and berat badan drop terus ke 44kilo. 

Balik sini terus cek doktor. Patutnya kalau nak kira dengan EDD aku tu, balik umrah sepatutnya dah 15minggu. Aku kelam kabut balik nak cek perut sebab aku risau terlalu banyak aku berjalan. Lepas tu dengan dukung dua orang anak serentak. Ada masa dedua nak aku. Haha! Pastu tak lalu makan, muntah. Kat Mekah aku batuk kahak then ada hari yang aku demam. Jadi risau gila kat baby sebab aku tak boleh nak telan ubat sangat. 

Masa doktor scan tu, baby tengah bergerak. fuhhh legaaaa mak. Huhu! Risau kot sebab terlalu aktif naik turun kapal terbang semua kan. Dengar jantung dia dup dap dup dap memang lega banyak lah. Tapi doktor pelik size baby kecik. Bila scan jauh sangat minggunya.

Size baby dalam perut tak macam 15minggu, tapi size dia 13minggu. Doktor cek previous pregnancy aku, dedua anak normal besar dia. Lahir pun atas tiga kilo. Katanya kalau previous aku bersalin memang baby kecik then dia assume baby memang kecik lah. Tapi sebab sebelum ni size baby normal, then dia cakap maybe aku punya baby lambat jadi. Kata putusnya, dia tukar tarikh EDD aku ikut size baby dalam perut. Gituuuuu.

Aku tak kisah la asalkan baby sihat je syukur dah.

Qery cakap, baby kecik sebab aku kering sangat. Haha! Kongajo. Aku kering ke tak, tak ada kena mengena tau. Sebab baby dia akan sedut nutrisi dari badan mak dia.. Sebab tu kalau ada ibu yang mabuk teruk muntah macam kehape, jangan risau la. Mesti kita risau, aku tak makan then apa anak aku nak makan. Ko makan ke ko tak makan ke, anak membesar dalam perut tapi bergantung nutrisi badan mak la. Pastikan mak-mak sihat berlemak-lemak tu Insyaallah anak sihat jugak kat dalam. Hihi!

Balik umrah pun still bizi preparation nak bukak booth semua. Sampailah semalam aku check-up lagi dengan doktor. So dah scan baby semua, confirmlah 20 minggu, sama size dengan baby dalam perut. Doktor tu terkejut tengok berat aku masih 48kilo. Hahaha! Katanya tak sesuai dengan tinggi dan 20 minggu mengandung. Tapi takpe sebab baby sihat. Jangan risau doktor. Aku akan naik berat masa bulan puasa ni. Percayalah. Hahaha! 

Bulan puasa memang melantak macam onggila. Makanan kat param rasanya semua nak beli. Dah terfikir ni nak roti john. Kuih keria. Air tembikai. Murtabak. Adudududu.. tolong bukak sekarang lah param. Tak sabor nak beli dah ni. Hahaha!

Pastu semalam gak dah tau jantina baby. OMG so excited sebab dah tau kan. Hahaha! Start balik umrah tu Qery tanya doktor. Tapi sebab baru 13w mana la nampak. Lepas ni jenuh la Qery nak fikir nama anak. Aku malas nak fikir. Aku nak beranak dengan aman tanpa stress. Jangan suruh aku fikir, nanti aku stress. Hahaha!

Qaiser suka sangat tengok gambar adik dia. 

"Mami, gambar baby sama macam dalam perut mami"

Eh eh, nampak pulak ko dalam perut mami ye, hahaha!

Dalam kereta Qaiser tersengih-sengih bila Qery cakap dia dua orang kena jaga adik. Dia memang suka baby pun. Yang Runako ni tak paham apa pun lagi. Takpe nanti lama-lama paham lah kan..

 Kena angkut dedua sekali. Qaiser kata nak tengok baby dalam perut.


 Qaiser yang belek dulu gambar okay, haha!

Masa ni la dia cakap muka baby sama macam dalam perut. Huhu!

So, kalau ada mami lain yang baby size kecik dalam perut tu takmo risau tau. Kadang tu tak ikut tarikh period kita. Baby lambat sikit jadi. Gituuu..

Okay lah. Byeee

2 comments:

IQ = Izyan Balqis said...

tahniah sepet untuk kehamilan yang ketiga! mana tahu kali ni girl kan? hehe...rindu nak mengandung lagi, tapi ..huhu...

semoga senantiasa sihat. =)

Miss Moon said...

betul Sepet. akak pun kalau ikut tarikh period, baby dah 10w tp 1st scan mcm baru 5w cam tu so tgu 2 minggu scan blk kot bawah terus sbb nak bg nampak clear.

td scan nampak jelas dah...siap nampak heartbeat. So doc kata jgn ikut tarikh period. Kita ikut size baby lg tepat. Takut telor kita kuar lambat n disenyawakan lambat.

2 minggu lg akak cek blk. Td nampak size dah 7w plus.

geng preggy jugaks hiksss