Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

May 17, 2017

Sambutan Hari Guru Cikgu Khairi Fizairi

Tahun ni Qery kata kat sekolah dia tema hari guru dia kena pakai kostum watak cerita-cerita dongeng. Pastu sibuk la tanya aku nak pakai watak apa. Eii kose la aku nak fikir, fikirlah sendiri. Sendiri yang nak glemer kan. Hahaha!

Yang aku stress tu, nak cari kostum ajak aku, nak cari hadiah pertukaran cikgu last minit, sehari sebelum sambutan hari guru. Nak cari coklat duit syiling malam tu jugak. Hanginnnnn je aku. Cari la awal-awal kan. Aku membebel je dalam kereta sebab penat la ke sana ke sini. Pastu cari dah la lamaaaaa...

Tapi sebab suami kan...hahaha! Nak tak nak ikut je la, cuma dengar je la aku membebel. Qery kata dia pakai baju Raja Midas. Aku tak tau sangat sebab dah lama tak dengar cerita dongeng ni. Tapi Qery kata Raja Midas ni yang dia pegang apa pun benda tu akan bertukar jadi emas. Sampaikan dia pegang anak perempuan dia pun, anak dia bertukar jadi patung emas. Bila Qery cakap camtu baru aku macam ingat sesikit. 

Malam tu dia dah try baju tunjuk kat aku. Okay la. Aku ni mana la reti tengok okay ke tak. Aku nampak Qery hensem je macam mana pun keadaannya. Ewahhh. Haha! #mogadapathandbagbaru

Jadinya, semalam aku pun memerhati dalam facebook je la kot-kot Qery ada up gambar dia. Meh aku kongsikan sekali dengan korang gambar-gambar yang Qery up tu. 

Ini gambar sehari sebelum sambutan hari guru. Dia dah beli jiwa bebudak siap2. Aku tau taktik untuk dapat hadiah ni. Hahaha!

 Gitulah rupanya baju Raja Midas ye. Nampaklah rajanya. Hihi!

 Korang pandaikan, korang tau kan yang lain-lain tu watak apa. Hahaha! Sebab aku tak tauuuu. Kena bukak balik buku cerita kanak-kanak ni.


 Gembiralah cikgu-cikgu ni pakai kostum. Setahun sekali je kan. Nasib semua pun sporting.



 Eiii apenni ada yang tak ikut tema ni. Hahaha! Next year mohon semua ikut tema please. Barula syokkkkk.. hihi!

 Dapat hadiah pun nak ambik gambar. Melapau Cikgu ni. haha!

 Last-last, menang gak Cikgu Kay anugerah Top Top Meletop. Tak sia-sia sewa baju. Huhu!

 Tak tau game apa dorang main.


Pastu sampai rumah je suruh aku susun hadiah.

 Banyak gak hadiah tahun ni. Tengok komen dari Wan Zainina tu aku rasa nak pitam pun ada. Hahaha! Cikgu kegilaan katanya. 

Untuk Acik Dayah yang nak kita share kan apa hadiah yang Qery selalu dapat sebab selalu tak ada idea nak bagi hadiah apa kat cikgu lelaki.

Qery selalu dapat tali leher, perfume, coklat, cawan, frame, perkakas sekolah (macam pen, marker, buku note), bunga. Acik Dayah bagi sebatang pen pun cikgu dah suka tau, lagi-lagi pen merah. Eh request pulak, hahaha!

Pastu ada orang tanya, hadiah Qery semakin berkurang ke semakin bertambah? Aku pun tak sure. Ikut nasib la kot. So aku cari balik gambar tahun-tahun sebelum untuk compare.
 
Ini hadiah sepanjang yang dah berkahwin la. Lebih kurang je kan jumlah hadiahnya. Hihi!

Tq anak murid cikgu. Selalu bagi hadiah best-best, dapatlah isteri cikgu tumpang rezeki makan coklat-coklat tu. Gemoklah hakak. Baru je up tips kurus masa mengandung tau. Perbuatan tak selari dengan kata-kata ni. Hahaha!

Selamat Hari Guru untuk semua guru di dunia. We love you. Muah!

3 comments:

mrs kayrul said...

penuh stor cikgu dpt hadiah byk2..hihihi

IQ = Izyan Balqis said...

adik ipar IQ tak der share sangat ape yg dia dapat...haha

Azura Aziz said...

hahaha, nak gelak baca tulisan kak sepet ;)
.
Love,
Qekra ;)