Repeat Kayuh Basikal

Disebabkan haritu, dapat main basikal berapa minit je. Jadi Sabtu lepas aku sok sek kat telinga Qery nak main basikal lagi. Ala, bukan aku nak main sangat pun, saja la nak anak-anak yang main. Plan nak sewa basikal untuk budak kecik yang kita boleh tolak-tolak tu.

Aku tolak lah Runako. So Qery boleh main basikal dengan Qaiser pakai basikal macam haritu. KLIK SINI untuk siapa yang tak tau basikal mana. Huhu!

Pagi tu lepas sarapan kat BRJ, terus menuju ke Taman Tasik Titiwangsa. Ya ampun jalan jemnyaaaaa. Sempat la Runako lelap setengah jam dalam kereta. Kalau Sabtu memang lah jalan jem kehape. Tak suka tauuuu.

Sampai sana, macam biasa masuk toilet dulu buang segala yang tak perlu. Baru senang hati nak kayuh basikal. *konon*

Tetiba Qery kata, nak sewa basikal yang naik ramai-ramai tu. OMG. Aku dah terkejut. Bukan apa, risau la mampu ke Qery nak bawak kitorang anak beranak ni. Haha! Aku dah la besauuu. Pastu aku memang susah sikit nak kayuh sebab tempat kayuh tu jauh sangat. Kena try hard sikit baru sampai kaki aku. Huhu!

Qery dengan konfiden cakap dia larat. Okay lah sukahati. Senang kerja iolls. Duduk menikmati panorama je. 

Yang ni harganya sejam RM30. Setengah jam RM20. So kitorang sewa sejam terus. 

Kalau ada tiga anak kecik pun masih muat. Dua orang budak boleh duduk depan. Ada sit belt jugak jangan risau. Kitorang belikan Qaiser pistol buih supaya dia tak bosan kat depan tu sorang-sorang. Huhu! Tapi redho lah mak kau makan buih kat belakang.

 Seronok memasing. Even kami sampai sini puku 1.30 tengah hari. Tapi cuaca just nice kejap mendung kejap panas. Takde la panas sesaja.

 Lepak sini bagi bebudak berlari. Dorang suka la kena lepas macam ni. Jangan kata anak, mak dia pun suka. Hahaha! Qery jaga anak, aku gi round sengsorang naik basikal jap. 

 Aku bising la Qaiser suka tembak buih tu kat bawah. Sebab nanti air sabun dia meleleh-leleh. Tapi budak ni bukan reti pun air meleleh ke apa kan. Dia happy tengok Runako pijak-pijak belon buih tu. Huhu!

Ini aktiviti Sabtu.

Ingat nak pergi bercuti ke apa. Tapi macam..kalau bercuti pun setakat aktivitnya sama je. Penat dalam kereta je lebih pun. Baik kita santai-santai camni. Jimat pun jimat. Haha! 

**********************************************************

PARUT CHICKEN POX SEMAKIN TIDAK KELIHATAN, KULIT WAJAH MAKIN CERAH DAN BERSERI SERI
Ni la dia testimoni yang kakros nak kongsikan tadi..
Sedihkan kalau muka berparut parut sebab chicken pox..lagi lagi kalau yang kena tu orang yang dah dewasa..abis lah muka yang licin sebelum ni. tapiiiiii, sekarang tak perlu risau lagi sebab Sakura Mask dari Seqybeauty HQ ni insyaallah akan menyelesaikan masalah parut2 hitam tu..

Tengok gambar testimoni kat bawah ni..hasil penggunaan sakura mask secara konsisten selama sebulan parut chicken pop sudah tidak kelihatan lagi..malahan pakej lain pulak adik ni dapat..wajah makin berseri dan cerah..x salah lah kakros gelarkan sakura mask ni adalah mask magic.

Satu keluarga satu sakura mask..multifunction..harga??? RM80 shj..tahan 2 hingga 3 bulan..satu pelaburan yang sangat bijakkkk..parut jerawat,jeragat,kulit kusam,pori pori terbuka, dan bykkkkk lagi boleh diselesaikan dengan sakura mask ini..
Cr utk Syamira Azme..testimoni dari kakak adik myra..

0139239880



Comments