Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

May 15, 2017

Makan-makan Hari Ibu Family Noh

 Assalamualaikum semua. Harini ingatkan macam nak Monday Blues, tapi macam tak berapa sempat nak feeling blues sebab banyaknya kerja tergendala. Kerja tergendala tu punca dari kemalasan diri sendiri ye, jadi hadapilah dengan tenang. Huhu!

Pagi tadi lepas buat payment KWSP dengan Socso, biasalah aku last minit baru nak bayo. Haha! Then update testimoni kat instagram, terus save gambar makan-makan masa sambut hari ibu Sabtu lepas.

Semoga rajin la setiap hari nak update blog. Selalunya malam tu tidurkan anak memang tertidur sekali lah maknya. Best je tido pakai bantal hotel. Haaaaaa, jangan memain iolls ada bantal dari hotel okay. Tu yang asik hanyut dibuai mimpi. Huhu! Yang tu nanti kita cerita dalam instagram dengan facebook eh.

Makan malam ni semua pun plan last minit. Bertukar-tukar tempat. Memula nak sambut kat Klang tapi duk kol-kol restoren tu tak pick up. Then nak makan area kat depan rumah Ode je. Sekali Ode kata tempat tu tutup ada renovation. Last-last makan lah kami kat Annur Restoren. Jangan tanya aku kat mana. Aku pun waze je.

Kali ni punya sambutan, aku memang kelam kabut. Pagitu ada bukak booth 2 jam kat Aeon Alpha Angle. So preparation semua, jam 7 malam baru sampai rumah nak siapkan anak semua. Dengan tak sempat langsung belikan hadiah mak. Nasib baik lah lalu Tesco Cheras tepi tu, lari jam beli hamper dari Famous Amous tu. Itupun dorang takde buat hamper yang special untuk Hari Ibu, ambik je la apa ada. Huhu!

Jemput Ceera dulu sebab dia lone ranger. Ciput takdok balik Sabak ada kenduri tahlil tak silap. Then menuju kita ke sana. Lebih kurang dekat pukul 9malam baru sampai.



 Anak pertama. Untunglaaaa jadi anak pertama kannnn. Berbaur cemburu ke apa tu. Haha!

Anak kedua. Pun untunglahhh..haha!

Kaklang belikan mak handbag. Bestkannnn. 

Anak ke-empat. 

Anak kelima.

 Anak keenam. Pun hadiahkan mak handbag. Boleh la pinjam satu.

 Anak ke tujuh

Anak ke lapan. Duk serumah dengan mak. Kak Ninie bertabahlah. Hahahaha!

 Anak bongsu yang cantik lagi baik hati. Wow! Hahahaha

Aku bersiap terus capai baju takyah gosok. Seluar dengan tudung tu tak tukar sebab tak mampu dah nak gosok. Qery cakap pakai lah baju lain, kan banyak yang dah gosok. Eiii malas la aku nak naik tangga dah. penat sangat dah rasa haritu.

 Ako dengan Maklang

Kisahnya masa tengah syok-syok makan, kuali steamboat kitorang terjatuh. Meja kitorang duduk tu goyang-goyang. Pepaham la Qery punya lengan berat mana. (mampuslah kutuk laki, haha). Dia angkat je tangan dia meja tu tak stabil terus terjatuh periuk, nasib baik tak kena sesiapa. Haihhhh... Memacam hal.

Terus kenyang kitorang, hahaha! 

Ucapan dari anak-anak perempuan untuk mak tercinta..




Nak ucap banyak-banyak pun mak tak baca blog. Jadi kita bagi ucapan general je untuk semua ibu-ibu di dunia. Selamat Hari Ibu. Semoga kita semua sentiasa happy melahirkan, membesarkan, melayan kerenah anak-anak. Kita semua hebat. =)

No comments: