This week memang bizi sikit, walaupun tak ada lah bizi sangat. Tapi maybe sebab pregnant, dia punya perasaan penat tu kadang-kadang sampai sakit pinggang, kaki pulak selalu je lenguh-lenguh. Ada satu hari tu berjalan je kerja aku, malam terus kaki krem, haha!
Semalam aku buat kerja sampai pukul berapa entah. Then harini badan dah flat. Aku bangun pun sebab Qaiser berak, kalau dia tak berak aku rilex lagi baring, hahaha! Kena basuh cepat sebab risau melecet. Budak ni kalau dah melecet bagaikan halilintar nangisnya. Yela mesti pedih, pernah la kitorang kat Tesco beli barang, sekali dia berak. Aduhai nak tak nak kena tunggu sampai rumah la baru basuh. Malam tu terus melecet, meraung2 dia, nangis pun sedu-sedu. Sian betul.
Lepas mandikan dia, teman tengok kartun jap. Aku balas la sikit-sikit pm kat facebook harini, walaupun ada lebih 100+ lagi aku tak balas, oih.. Ramai sangat nak join project facebook kita ni ha, nantilah kalau aku rasa ok sikit aku balas sesatu.
Aku ni sejak abah meninggal, aku dah jaga kesihatan sikit. Walau banyak mana pun kerja, kesihatan aku kena jaga dulu. Sebab aku taknak jadi macam arwah abah, tak sihat pun still kerja, then bila cek tau-tau je dah cancer stage 4. Dah tau ada cancer pun masih nak bekerja. Sobs. So kalau aku rasa tak sihat ke apa, aku rehat terus. Lantaklah yang lain, haha! Mentang-mentang kerja sendiri kan, sukati aku je.
Kerja angkat-angkat barang pun aku serah kat Qery, walaupun tak ada la berat sangat, hahaha! Eh biarlah dia angkat, i kan wanita lemah. Hihi!
Tapi ni dah ok sikit, then kita continue lah mana-mana yang tergendala. Untuk semua pm kat facebook, ada yang kita dah pilih, ada yang masih lagi tengok-tengok, sebab terlalu ramai sangat nak join, so ramai la kena pilih. Taknak la ambik random je.
Banyak lagi project yang kita akan umumkan kat facebook, so sesiapa yang rasa taknak terlepas kena rajin-rajin lah intai fb atau ig, atau kat blog. Sebab macam semalam, aku open kat facebook tak sampai sejam dah kena tutup penyertaan sebab terlalu ramai. Aku bajet nak bukak sampai malam, dah tu tengok 40 minit open dah 100+, eh tak boleh ni kena tutup. Hahaha!
Nanti aku gan Qery jugak nak kena menelaah satu2, staff aku dah la banyak gila kerjanya. Haritu singgah tengok dia buat kerja. Banyak gila percel, kesian, hampir mereput dalam bilik tu, tak sempat nak buat apa pun, hahaha! kalau ada sesiapa yang pandai marketing, then nak kerja part time dengan Seqy Beauty, silakan contact Seqy beauty, 011-21076726.
Takde lah, bos sebenar adalah Qery. Krik krikkkkk. Then nanti Qery akan balas la. Ada sesiapa yang pernah kerja marketing, tak kira lah marketing online atau offline, wasap je ok. Kami menunggu dengan hati yang terbuka. Ok tu je, TQ everibadi. Ha one more, kalau ada student-student videography, eh tak kisah la, film maker ke, video animation, multimedia yang pandai buat video pendek, yang banyak idea. Please contact hakak. Hakak memerlukan khidmat korang. Nanti kalau video cun melecun, akak promote korang ok. (padahal blog sendu).
Ok, then pengumuman kita pada harini.
1. Sesiapa yang nak join project2 Seqy beauty, selalulah usha Fb, Ig, and Blog ni.
2. Sesiapa yang ada pengalaman dalam bidang maketing, nak buat part time, sila contact kami.
3. Student SAHAJA. Yang pandai buat video pendek, yang banyak idea, yang kreatif, yang peramah, kalau perempuan lagi bagus, meh contact hakak.
Kbye
2 comments:
Ahaks...tulah memang akak dah terlepas pun peluang kali nie...huk..huk...huk....
Ok akak akan slalu alert lepas nie...gitu....
hihihi ;)
Terlepas time awk open hritu sbb tgh bizi msak.. :)
Post a Comment