Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Nov 25, 2015

FREE MARKET : AMBILLAH SEMUANYA FREE SAHAJA.

Assalamualaikum semua.

Korang pernah dengar tak Free Market yang baru-baru ni berlangsung kat Sikamat, Seremban?
Ok lah takpe kalau tak pernah dengar, meh la aku nak cerita sikit pasal even ni.

Aku ada seorang agen namanya Kak Effi, akak ni duduk Seremban lah sama tempat kerja dengan Jemah. Nak dijadikan cerita memanglah aku ber-friend dengan beliau dalam facebook. Maklumlah beberapa minggu lepas aku cam mabuk sikit, aku perasan Kak Effi ada update kat facebook pasal FreeMarket ni, tapi tulah badan tak berdaya nak libatkan diri.

Free Market ni kalau korang nak tau, team Kak Effi yang anjurkan. Tak sure lah siapa ketuanya, tapi cara aku tengok Kak Effi ni antara orang kuat jugaklah, dan dibantu oleh kawan-kawan baik beliau. Gitu. Konsep Free Market ni, dorang nak bagi semua barang-barang secara FREE kat orang yang tak berapa mampu.

So sebelum tarikh kejadian tu, dia ada la mintak share-share sesiapa yang nak sedekah, siapa yang ada baju lebih, yang masih elok, apa-apa sahaja barang yang nak disedekahkan, bolehlah hubungi beliau. Dengan itu memang tersangatlah ramai yang membantu, menderma beras, susu, pampers, peralatan sekolah, baju sekolah, ada yang sponsor makan free, memang khas untuk golongan yang memerlukan ini.

Yang datang tu tak perlu ada syarat, tak perlu ada slip gaji, tak perlu bawak semua anak untuk bukti ada berapa baju sekolah yang perlu di ambil. Kiranya bila datang, AMBILLAH KERANA ALLAH. AMBILLAH YANG KAMU PERLUKAN SAHAJA. AMBIL DAN GUNAKANLAH DENGAN SEBETUL DAN SELAYAKNYA.


Inilah konsep Free Market yang Kak Effi perjuangkan. Ok dah paham ya semua. Hihi! Dan aku sajikan gambar barang-barang sedekah yang berjaya dikumpulkan.

















Then after majlis, ofkos ada orang suka, ada orang tak suka. Katanya yang tak berapa suka tu, ada orang yang datang berebut-rebut, tamak, pentingkan diri sendiri, ambil sekali banyak, bla bla bla.

Macam ni, kita tak tau yang datang sorang tu mungkin ada 5 anak kat rumah dia. Mungkin yang datang tu dia ambil sekali untuk jiran yang tak mampu nak datang ke Free Market ni. Kita tak tau so kita tutup mulut kita rapat-rapat. Kita tak perlu nak tambah dosa kita, orang tu betul atau taum itu urusan dia. Yang penting, kita dah ingatkan semua, ambillah kerana Allah, jangan tamak, mungkin ada orang lain pun memerlukan benda yang sama. Kita share-share rezeki. Kita bagi orang dengan hati yang ikhlas seikhlas ikhlasnya.

Antara beberapa komen dari kawan-kawan yang positif.

Beberapa hari selepas Free Market berlangsung, Kak Effi update lagi kat facebook, dia tanya-tanya kalau dia nak buat Free Market lagi, ada tak insan yang nak menderma, dan menolong menjayakan majlis. Eh aku terus la pm beliau. Sebab aku dah tertinggal yang sesi pertama kan. Taknak lah tertinggal yang kali ni.


Lagipun sebulan yang lepas, memang aku ada bagitau Qery, nak sedekah kat anak-anak yang tak mampu ni. Bagilah apa yang patut, macam kalau dia nampak budak yang tak pakai kasut baru tu, belikanlah. Yang tak ada stokin, yang pakai seluar koyak, yang baju dah lusuh, yang tak ada pensel, yang tak cukup itu ini, tolonglah dorang. Disebabkan suami aku cikgu, senang sikitlah aku nak bagi ke budak-budak ni.

Korang pun tau kan, setiap RM1 pembelian dari Set Skincare kita derma kan. Ha itulah hasilnya. Kami bagi beras, minyak masak, kat keluarga-keluarga yang tak berapa mampu. kami bagi kat murid yang tak mampu beli kasut sekolah, kami bagi derma kat sekolah jenis kurang upaya. Ke situ lah kami salurkan duit-duit korang. Oh ada lagi macam derma ke pusat tabligh, ke Syiria, Palestin. 

Ha ke sanalah duit korang semua, aku doakan semoga customer pun murah rezeki jugak. Then pembelian kali ni, aku dan Qery akan salurkan pula ke Free Market dengan niat nak bantu golongan yang memerlukan.

Ok ni aku bagi gambar ketika majlis FreeMarket yang lepas.



 





Inilah dia antara team yang berjaya menjayakan majlis Free Market ni.

Ok, aku tak pasti lah macam mana cara korang nak berhubung terus dengan Kak Effi, mana tau ada yang nak hulur duit je sebab nak bagi barang rasa jauh sangat ke apa kan. Boleh la try pm Kak Effi kat facebook, namanya Effi Rahmat. Tapi kalau nak direct contact (MOHON WASAP SAHAJA) 012-6370162, beliau akan balas tapi jangan la consider akak ni balas secepat mungkin, sebab dia pun bekerja jugak. Gitu.

So, kita sedar kita mampu menolong orang lain, dapat tolong sorang, dua orang pun boleh dah. Aku nak buat collection beramai-ramai, tapi risau tak dapat arrange sebab bank aku ni duit SQB pun masuk, susah sikit. 

Kalau korang nak derma apa-apa, harap n mohon baca dulu blog Kak Effi ye. KLIK SINI.

Next Free Market mungkin 20.12.2015 (Ahad). Berlangsung di tempat yang sama Insyaallah, Masjid Sikamat, Seremban. Sebelum tarikh ni, aku harap ramai yang dapat join program amal ni. Kita sedar ramai golongan tak berkemampuan, ramai saudara seIslam kita yang susah, jom lah kita tolong mana yang mampu. Berilah seikhlas hati.

TQ semua penderma. Muah sikit. =)

3 comments:

Irfa said...

Program yg menarik

Yana Libra said...

wah..bagusnya..harap yg betul2 memerlukan dapatlah semua tu :)

sHieRa cAkAp said...

Aku ada join yg kat Bandar Seri Putra punya tp ni lagi ramai nampaknye. Hopefully ni event berterusan. Gembira sgt tgk barang-barang kita tu dapat sedekah kan pada yg memerlukan.