Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Nov 13, 2015

INDAHNYA BEKERJA DI RUMAH

Ha, entry kali ni kita bukan nak ajak gaduh siapa lagi power. Bukan nak compare wanita bekerja di pejabat atau wanita bekerja di rumah. No no no. Itu masing-masing punya pilihan, so sayangilah apa yang korang ada sekarang ni. Suka pegi kerja hari-hari, boleh pakai baju kerja letops, suka jumpa kawan-kawan, suka lepak warung Pak Usin, enjoy dengan kerja, bos sporting, gaji mashuk, ok lah kan its up to you.

Macam aku, since aku pernah merasa dua-dua. So aku tetap akan pilih bekerja di rumah walau apa pun terjadi, hahahaha! Tapi itu buat masa ni lah, tak tau lah kot nanti esok lusa ada syarikat sendiri, ada bangunan sendiri, ewah, hahaha! Berangan lelebih pulak pompuan ni. =P

Perbezaan antara kerja kat rumah dengan bekerja dengan orang memang BANYAK GILA beza dia.

1. Tak payah apply cuti kalau kau nak jenjalan. 

Haha! Yang ni memang paling seronok. Dulu, kalau nak cuti memanglah paling menyampah. Bukan nyampah nak gi bercuti tu, tapi menyampah sebab nanti kena cari orang ganti tempat kita. Kalau dapat cari senang sikitlah nak cuti. Kalau tak ada orang ganti tu yang remuk hati bagai di tikam-tikam rasanya.

Kerja aku dulu bukannya boleh tangguh-tangguh. Eh takpe lah esok boleh buat. Kerja aku ni kita seperti 1 team jugak. Dalam 1 prescription ubat, perlu 4 tandantangan. Tandatangan siapa yang key-in ubat, tandatangan siapa yang ambil ubat, tandatangan siapa yang double check ubat, tandatangan siapa yang dispen ubat. Aku dulu memang saing-saing artis terkenal je, bawak pen kemana-mana sebab banyak nak kena sign. Luls. Kau bayangkanlah kalau salah sorang tak ada. Dia akan menjadi kelam kabut. Gitu.

Nak bercuti pun rasa serba salah yang melampaui batas sebab kesian terpaksa menyusahkan kawan-kawan yang lain. Tapi kalau kau dapat cuti, eh terus tak nak tengok fon, lantaklah apa pun yang jadi kat spital tu. Apa pulak aku kisahkan, bahahahaha!

Kalau kerja sendiri, anytime.. nak pegi mana? Cakap je, tapi harini aku duduk rumah. Krik krikk krikkkk. Duduk lah rumah ditemani bunyi cengkerik yang menjengkelkan ittew.

2. Banyak masa dengan family.

Ini memang paling obvious lah. Aku tak tau lah macam mana senior-senior aku mengharungi kehidupan yang macam tu, then sampai sekarang mereka masih lagi berjuang di tempat kerja. Memang salute sangat dengan kawan-kawan ku ini. Kitorang ni ada 4 shif.

7pagi sampai 2petang (takde rehat)
2petang sampai 9malam (takde rehat)
9malam sampai 7pagi (takde rehat)
9pagi sampai 5petang (rehat tengah hari)

Then kalau haritu staff tak cukup, kami terpaksa buat dua shift. Yakni bekerjalah kau dari pukul 7 pagi sampai 9 malam tanpa rehat, kahkahkah! tapi sebab ada human sense di kalangan rakan sekerja, dorang akan gantikan tempat kita sekejap sementara kita nak mentekedarah. Gitulah.

Aku dulu straight 5 hari oncall kena kerja dari 9pagi sampai 9malam. Bertuah la kau kalau boleh balik pukul 9 malam. Selalunya ada seorang doktor yang dia datang lambat untuk buat round check, then lambat jugaklah kau balik. Aku pernah kena balik sampai dekat pukul 11 malam. Sampai rumah terus tido. Mak abah memang tak sapa dah, jadi anak derhaka sangat masa tu, huhuhu! Memang menuju ke tilam je. Aku bukan kerja duduk-duduk, memang kena berdiri sepanjang bekerja. Lepas tu adik beradik tanya kenapa aku boleh kuwus. Eiiii malas betul nak jawab, hahaha!

So lepas je resign, memang duduk rumah tu lebih banyak la. Boleh la berborak dengan mak abah. Dapatlah tengok-tengok dorang walaupun bukannya tengok sangat pun kan, kahkahkah! Tapi mak aku lebih lega lah anaknya ada depan mata, even aku setiap hari pun keluar pi teman Qery pos barang, ambik stok, dating dan sebagainya, mihmih!

Bila dah kawin, lagi lah best. Bila suami balik, kita ada je kat rumah. Bila ada anak, boleh tengok dorang membesar depan mata. Suami ajak jenjalan, kita gi bersiap je. Ajak balik rumah mak dia pun jom, ajak balik rumah mak kita pun jom. Macam kakak-kakak aku, dorang ada yang bekerja. kesian nengoknya, hahaha! Kadang tu sabtu ahad je lah dorang nak rehat pun, itu jelah masa nak kemas rumah, nak beriadah dengan anak-anak. Sekali mak abah aku call, hei bila nak balik ceras baru, takkan dah tak tau jalan balik ceras. Krik krikk krikkk... Hahahaha! So funneh!

3. Tak payah sakit hati gaduh-gaduh kat tempat kerja.

Ini biasa berlaku kot. Sedangkan kita kat rumah berdua suami isteri pun bergaduh. Inikan pulak dah beramai-ramai kat tempat kerja tu kan. Sakit hati dengan mulut orang tu lah, orang tu tak buat kerja lah. main lanting-lanting kerja lah. Bos tak support staff la, boss pilih kasih lah. Macam-macam hal kan.

Aku dulu, tak ada apa sangat. Kawan-kawan semua baik belaka. Bos aku pun memang sayang staff. kalau tak puas hati sikit-sikit tu, abaikan je. Selalunya aku mengalah je. Bukan salah aku pun aku mengalah, salah aku memang aku mengaku terus. Senang. Takyah nak complicatedkan keadaan.

Aku ada kawan yang dia tak pernah mengaku dia salah. Kalau memang terang lagi bersuluh  dia salah pun dia akan salahkan situasi, hahaha! Lantok sana, malas aku nak layan. Asalkan kita buat kerja kita dah lah. Asalkan kita jaga perangai kita kat tempat kerja, nak pergi kerja pun best je takde lah sampai nak gi kerja pastu update status kat facebook feeling stress, feeling menyampah, feeling hati terbakor. Gitu. Huhu!

Kerja sendiri, seronok. Tak ada sapa pun yang akan marah kau. Kau silap kau sendiri tanggung. Kau rajin kau dapat lah hasilnya, kau malas kau dapat jugaklah habuknya, hahaha!

4. Masa lebih flexible.

Dulu terkejar-kejar nak gi punch card. Sekali sampai-sampai eh lupa bawak card pulak. Dush Dush Dush kat muka sendiri, hahaha! Rehat tak boleh nak mengular. Ha walaupun ada je lah kawan-kawan kita yang suka mengulor ni, tapi aku memang tak pernah lagi la buat kerja seperti itu. Kalau terlambat pun mungkin sebab makanan sampai lambat. Makan kat luar, pastu nak balik jalan pulak jem. Ha camtu pernah la. Tapi belum lagi la tahap eh takpe lah kita lajakkan lagi sejam, nak gi beli baju anak jap. Krik krikkkkkk, cengkerik berbunyi lagi.

Nak ambik half day pun kena berkira berapa hour yang kita dah buat OT. kalau ada 1 jam je OT ko, janganlah harapkan bos bagi ko free half day tu. Ko hanya boleh balik pukul 4, awal lah sejam. Sila bersyukur sebab kau rajin buat OT. Kahkah!

Kerja sendiri, eh nak bangun pukul berapa, nak makan pukul berapa, nak keluar makan tempat jauh sikit, sukatilah. Tak yah nak terkejar-kejar.

5. Kurang DOSA MENGUMPAT

Eh yang ni memang terasa kan, termasuklah aku. Hahaha! Kadang tu kita taknak cakap, eh tetiba terjoin. Eh tetiba terdengar sekali. Eh tetiba ter ter ter ter lah.

Kerja sendiri, kurang banyak jugak lah dari yang selalunya, lalalala~~

6. GAJI YANG BERBEZA.

Haaaaa! Inilah yang kita mahukan, hahahaha! Dulu kerja bagai nak rak, habis berkorban masa, tak ada masa untuk diri sendiri, untuk family. Penat sampai demam pun kena kerja. Kena marah kaw-kaw dengan doktor bagaikan tiada hari esok. Salah bagi ubat umpama kau hidup tanpa nyawa. Gittew. Dia punya tanggungjawab besar gedabaq, tapi gaji krik krik krikk... Hahaha!

Aku kira-kira, kerja aku satu jam masa kat hospital dulu adalah RM10.25. Kerja Isnin sampai Sabtu. Seminggu punya gaji boleh la dapat RM399.75.. Kebetulah masa tu aku memang dah start buat part time jual handbag. So masa tu sehari je boleh untung dalam RM50 ke Rm100. Kerja bukan macam nak mati pun, hahaha! Kerja rilek-rilek je. Sehari Rm50. Baru buat part time. Belum lagi buat full time.

Then masa tu lah aku decide, nak cuba nasib. Kalau aku boleh dapat banyak ni sedangkan aku buat ala kadar je, kenapa aku tak boleh cuba dapat lagi banyak dengan usaha keras sikit. So benti jelah. Apa nak kisah. Hahaha! Berlagak gila kan.

Sehinggalah aku betul-betul dapat momentum yang sesuai dengan bidang dan citarasa aku. Untuk permulaan sahaja, berpuluh-puluh kali ganda dari gaji sebelum ni, yang kerja bagai nak mati tu. Lols. Itulah beza dia. Kerja dengan orang, even kita rajin atau malas, hujung bulan dapatlah kita hasil syarikat yang entah la berapa percent je.

Tapi kerja sendiri, macam aku bagitau tadi. kau rajin kau boleh makan angin kat luar negara. Kau malas kau makan angin jerebu kat Malaysia je lah. Kekeke!

APA LAGI BEZA DIA?

Tak payah beli baju kerja, kasut kerja, seluar kerja, labcoat, tak perlu risau duit minyak, tak yah risau tol, takyah risau kalau sekolah tetiba cuti anak nak hantar mana, takyah buat-buat tak nampak kalau mak abah call, hahaha! Tapi aku selalu je tak angkat fon sebab aku silent fon. Kikiki!

Itulah dia, kalau korang rasa korang ni rajin bekerja, aku mintak TOLONG, TOLONGLAH BERNIAGA. Kalau korang rasa korang jenis pemalas, bolehla bekerja dengan orang. Sebab kalau korang berniaga sekalipun, tentu takkan berjaya sampai bebila. Lagi korang stress nanti sebab duit tak masuk. Baik korang kerja je dengan orang, tau2 hujung bulan dapat gaji, dapat lagi elaun sana sini. Kan, hihi!

Kepada yang rajin bekerja, nak jadi agen Seqy Beauty, nak jadi Dropship silakan contact kami. 011 2107 6726.

Eh sekali pun taknak bisnes online, buat lah bisnes lain yang korang rasa korang akan menjadi rajin bila korang buat. Kalau suam-suam kuku, takmo tau. Huhu!

9 comments:

nadiah hanum said...

saya dah 12 tahun jadi full time mommy..Alhamdulillah, sangat membahagiakan.

ff said...

Assalammualaikum.....saya dari singapura,boleh tak saya order BB Cream

Irfa said...

Skrg dh x kje, bru 7 bln melepak kt umh tp dh rasa syok.. Boleh buat apa suka. Cuma sesekali dtg rindu pd kgkawan tp utk kje blik pikir 6juta kali

mye arissa said...

Terbaikkkk sepet...I loike;)) menjiwai sy seorang PA;)

NICOLE SCHERZINGER said...

ff: sy agen seqybeauty. whatsapp sy 01632w5342

suffer8zine said...

dah 3 tahun tak masuk blog sepet, dah ada berapa orang anak agaknya

MasReena said...

Almost 9 months working by myself, after have bad arguements with the company. Now after 7 months I started to earned 15 thousands as freelance manager. But I still save about 5-6 thousand to fight with the employer at court.. LOL. Sometimes I think to working back, just to have many friends, but still rasa berat hati to faced the previous routine as employee... maybe, once a day afterall. Btw, good entry Sepet and congrats :)

IamAin said...

bisness sndri ni kene rajin kan kan kan..

hu3

ruqayya said...

Saya baru nak jadi WAHM tapi saya ngaku sebenarnya saya agak susah jati dan berdebar-debar. Kadang-kadang tu rasa nak keje fulltime balik bila tak yakin dengan diri sendiri. Pada Allah sahaja saya mohon kekuatan untuk terus istiqomah bekerja dari rumah.

Ruqayya has just posted on..... Beli pun dapat pahala. Macamana tu?